Bosan dengan suasana ruang kediaman anda, inilah masa terbaik untuk anda bermain dengan warna. Tukar langsir dengan warna cerah dan tukar warna sarung kusyen bagi mencetus suasana segar, harmoni dan tidak keterlaluan.
Ads
ALIHKAN AKSESORI LAMA
Aksesori yang pelbagai akan membuat hiasana kediaman anda kelihatan sarat. Oleh itu, simpan atau jualkan aksesori lama dan gantikan dengan aksesori baru yang lebih moden dan minimalis mengikut konsep kediaman anda. Kediaman anda pasti akan kelihatan sentiasa dipenuhi dengan item menarik.
KEHADIRAN ELEMEN LUAR
Letakkan sedikit sentuhan natural ke dalam kediaman anda dengan dekorasi bunga-bunga segar, ranting kayu atau buah-buahan. Walaupun dengan sentuhan kecil dari luar, ia akan mengingatkan anda suasana sentiasa berubah dan memberi kesegaran kepada anda.
Ads
Ads
NAIKKAN KARYA SENI
Gantikan beberapa lukisan atau gambar pada dinding bagi mewujudkan suasan harmoni. Fikirkan rona cerah, landskap segar dan natural.
TUKAR FUNGSI PERABOT
Anda boleh menukar fungsi asal perabot bagi menampakkan ia sebagai idea baru dan unik. Sebagai contoh, anda tukarkan kegunaan rak buku kepada rak tuala dan tempatkan ia di bilik air.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Lagi perkongsian rakan-rakan yang mengambil tempoh PKP yang lalu untuk dekor kediaman. Kali ni dari Leila Janne. Walaupun kediaman yang disewa rumah kayu setinggan, tapi hasil dekor dalam rumah macam apartmen. Leila juga merupakan penjual perabot dan produk dekor moden. Jom belanja gambar dekor rumah kayu setinggan ni
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
lepas wainscoting, hadir pula fenomena shiplap wall. Walaupun ia bukan lah elemen dekor yang baru, akan tetapi olahan yang diberikan menyuntik kesegaran dalam dekorasi sesebuah kediaman. Kali ini, impiana nak kongsikan pula idea wall paneling yang banyak digunakan untuk kediaman berkonsepkan moden kontemporari iaitu slat wall.
Penggunaan slat wall secara vertikal menghasilkan sesuatu ruang itu lebih besar. Kaedah pemasanggan masih sama seperti wainscoting dan shiplap wall.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setiap sudut kediaman telah dihias indah. Dari depan pintu masuk, terus ke bahagian dapur juga bilik. Namun, ada satu ruang yang mendominasi kediaman sering diabaikan iaitu anak tangga.
Ramai beranggapan, anak tangga tak perlu cantik walhal ia adalah salah satu elemen penting dalam sesebuah kediaman bertingkat. Sibuk memperkatakan ruang negatif yang terhasil di bahagian bawah tangga mahupun sudutnya, tapi kita lupa akan bahagian anak tangga yang juga perlu dihias.
Berikut 5 cara mudah untuk anda cantikkan anak tangga:
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.