Menguruskan kain yang bertimbun-timbun adalah satu tugas yang sering membuat kita rasa malas, terutama jika ia dibiarkan terlalu lama sehingga menjadi seperti ‘bukit’ dalam bakul pakaian.
Kain yang tidak diurus dengan baik bukan sahaja menjejaskan ruang dalam rumah, tetapi juga menambah beban kerja yang boleh mengganggu rutin harian. Bagaimana cara untuk memastikan kain sentiasa kemas, teratur, dan tidak bertimbun?
Haaa… cuba amalkan 8 cara yang dikongsikan Bijen Mohd ini, mesti selesai masalah…
1. Basuh baju anda sendiri
Ini tip paling penting. Jangan harapkan pasangan basuh baju kita. Dia ada banyak lagi benda nak dibasuh. Jadi ringankan bebannya.
2. Tetapkan jadual membasuh
Buat jadual membasuh suami isteri. Barulah tak bertembung bila nak guna mesin dan ampaian pun tak penuh.
Ads
3. Asingkan pakaian mengikut warna dan jenis kain (kasar & lembut)
Supaya kain tak turun warna dan tak cepat rosak atau berbulu. Juga asingkan pakaian yang bernajis dengan yang bersih.
4. Pakaikan butang baju dan kemaskan zip seluar
Supaya butang tak mudah tertanggal jahitan dan gerigi zip tidak merosakkan kain lain. Kesian nanti berbulu baju lain.
5. Terbalikkan pakaian (inside-out)
Supaya warna kain tak cepat pudar di bahagian luarnya. Bahagian ketiak juga dapat dicuci bersih dan tak mudah berkarat.
6. Pakai detergen dan pelembut yang halal
Setakat ni yang halal adalah dari jenama Top. Jenama lain mungkin ada.
Ads
7. Terus sidai selepas siap basuh untuk mengelakkan bau hapak
8. Seni menggantung pakaian
Gantung pakaian guna hanger untuk jimat ruang dan kurangkan kedutan. Bagi kain saiz besar, boleh lipat dua secara memanjang dan sidai.
Gantung pakaian berwarna secara inside-out dan di tempat yang tidak kena cahaya matahari secara terus untuk mengelakkan pakaian cepat pudar.
Bagi pakaian putih, biarkan bahagian luar di luar. Gantung di bawah cahaya matahari terang supaya putihnya jadi melepak.
Ads
Susun pakaian mengikut warna, saiz dan jenis dengan tertib. Semua orang suka bila tengok benda tersusun dan seragam. Tapi tak semua orang boleh tengok benda yang berterabur. Jadi menyukakan orang tu adalah akhlak terpuji. Orang nak ambil jadi menantu pun senang hati.
IMPIANA : Sekarang bolehlah share ataupun tag bakal, pasangan, adik-beradik atau kawan serumah anda yang masih blur tak tahu macam mana nak basuh baju sendiri.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Rumah, selain daripada menjadi tempat berteduh ketika hujan serta terik mentari, ianya juga turut menjadi tempat kita menghindari serta membebaskan diri daripada segala kekusutan yang melanda baik di pejabat atau rutin seharian di luar rumah. Kediaman yang kita miliki sepatutnya tenang dan mendamaikan.
Jika kediaman anda terletak di kawasan kampung yang jauh dari hiruk pikuk bandar, anda bertuah, posting kali ini adalah guideline kepada mereka yang menetap di tengah ibu kota yang mungkin di malam hari masih lagi terganggu dengan bunyi bising.
Manfaat Penggunaan Permaidani
Kebanyakan lantai di rumah, disaluti dengan jubin marmar. And boleh bayangkan bagaimana kusutnya kita rasa bila barang terjatuh di atas lantai jubin. Bising sudah pasti, yang tidur lena pasti terbangun. Untuk ini, anda dinasihati untuk menghamparkan karpet yang sesuai dengan tema hiasan dalaman rumah. Karpet berupaya untuk menyerap bunyi bising dan juga berupaya untuk menampung barang yang terjatuh daripada pecah.
Dekorasi kedap bunyi
Langsir dan tirai bukan sahaja berfungsi sebagai pelengkap dekorasi kediaman, malahan ianya amat bermanfaat dalam mengekang bunyi bising dari luar rumah terutamanya jika dinding kediaman anda tidak mampu menjadi barrier menghalang bunyi bising dari luar, anda masih boleh mendengar dengan jelas bunyi kesesakan jalan raya di luar. Cadangan mantap untuk anda adalah, gunakan langsir dari material berkualiti dan tebal. Selain daripada menggunakan langsir serta tirai, anda juga boleh menggantung lukisan kanvas yang boleh menyerap bunyi bising, paling penting pastikan kediaman anda tidak terlalu kosong dengan perabot.
Gabungan keselesaan dan praktikaliti
Tahukah anda susun atur strategik sofa serta rak buku di kediaman mampu berperanan sebagai silencer yang amat efektif. Tip ini amat praktikal untuk diterapkan di kediaman yang bersambung dengan jiran seperti semi-D dan apartment yang mana jika dinding anda bersambung dengan jiran, kita sering terdengar bunyi ketukan di dinding sebelah. Untuk mengekang isu ini, anda boleh sandarkan sofa berkusyen serta boltkan rak buku di dinding yang bersambung. Selepas itu, susunkan dengan teratur seberapa banyak buku yang ada dalam simpanan anda dan voila, anda tidak perlu lagi merungut bunyi bising dari kediaman sebelah.
Bahagikan ruang
Tip ini pula amat berguna untuk anda yang mendiami rumah jenis studio dan townhouse berikutan susunan ruangnya yang berbentuk memanjang dan mempunyai banyak ruang kosong. Tanpa susunan yang betul, suara anda akan bergema segenap ruang kediaman. Anda perlu membahagikan kediaman anda mengikut beberapa seksyen. Penggunaan partition serta pasu bunga sebagai pengasing antara ruang amat sesuai untuk diaplikasikan. Tumbuhan tersebut bukan sahaja mampu bertindak sebagai pemisah antara seksyen bahkan berupaya membekalkan anda udara segar.
Guna perkakas rumah yang cekap bunyi serta tenaga
Tidak dinafikan teknologi terkini sedikit mahal berbanding perkakas lama yang kita gunakan sekian lama. Tidak salah untuk berbelanja lebih dalam usaha memastikan tiada pencemaran bunyi dari kediaman kita sehingga menganggu ketenteraman jiran tetangga. Bayangkan jika anda mula menggunakan perkakas serta alat elektrik di kediaman yang cekap tenaga serta bunyi, pasti kediaman lain pun akan turut serta mengikut jejak langkah positif yang anda terapkan di rumah anda sendiri.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Susun atur karpet cara yang betul dan salah. Sebelum membeli dan memilih karpet, pastikan anda tahu panduan susun karpet dengan sebaiknya. Sayang kalau karpet yang cantik, tapi tidak nampak menarik selepas disusun atur.
Langkah paling mudah untuk anda memberi nafas baru pada lantai kediaman anda ialah dengan membentang permaidani atau karpet. Selain itu, penggunaan karpet juga dilihat mampu mengubah persekitaran serta mood sesebuah ruang kediaman.
Karpet berkualiti tinggi merupakan pelaburan yang baik kerana biasanya ia tahan lasak dan boleh digunakan dalam jangka masa yang lama.
Bagaimanapun terdapat perbagai aspek perlu anda pertimbangkan sebelum membeli karpet. Berikut checklist untuk anda semak sebelum membuat pilihan.
RUANG
Karpet berbeza, untuk ruang yang berbeza. Anda perlu terlebih dahulu mengenalpasti aktiviti ruang dan cara penggunaannya. Pastikan karpet yang dibeli bersesuaian dengan ruang di kediaman.
SAIZ
Ukur, ukur, dan ukur sekali lagi, jangan main agak-agak je. Dengan mengukur dahulu saiz ruang sebelum membeli, anda akan dapat memastikan dimensi yang sesuai untuk ruang tersebut. Tidak terlalu kecil, tidak terlalu besar.
BENTUK
Anda tidak semestinya perlu beli karpet segi empat yang standard. Sebenarnya ada lagi bentuk karpet yang boleh disesuaikan mengikup ruang. Sebagai contoh, jika anda mempunyai meja makan bulat anda mungkin mahu karpet bulat yang lebih besar untuk diletakkan di kawasan itu.
WARNA DAN CORAK
Pertimbangkan kawasan permaidani dan persekitarannya. Permaidani adalah cara yang baik untuk menambah sedikit warna dalam sesebuah ruang selain mampu memberi personaliti kepada ruang tanpa ia kelihatan keterlaluan.
FIBER/MATERIAL
Terdapat material atau bahan berbeza untuk permaidani di setiap ruang berbeza. Semak penggunaan ruang dan pastikan ia selari dengan apapun material karpet yang anda pilih.
Berikut dikongsikan panduan untuk menyusun atur karpet:
Dinding Rumah Kotor Dengan Lukisan Si Manja, Ini cara Hilangkan. Si cilik, dalam usia 3 hingga ke 5 tahun asyik dengan penerokaan meraka. Segala aktiviti yang dilakukan tidak memikirkan kesan atau bahaya terhadap dirinya mahupun persekitaran. Salah satu mereka mengekspresi apa yang mereka baru belajar adalah dengan cara melukis.
Bagi anda yang memiliki anak berusia antara 3 hingga ke 5 tahun, diding bercontong adalah satu kebiasaan. Untuk mengelak dinding anda dipenuhi mural, sediakan buku atau papan sebagai ruang untuk anak anda melukis.
Tapi macam mana kalau perkara tersebut sudah terjadi? Aduh! sedih dan tidak keruan si ibu nak-nak bila dinding baru dicat. Apakah penyelesaian terbaik untuk membersihkan lakaran tersebut? Anda boleh cuba 6 bahan ini.
1. Soda bikarbonat
Basahkan kain sedikit dan celupkan ke dalam serbuk soda bikarbonat. Gosak bahagian kain yang telah dicelup tadi terus di atas permukaan lukisan tersebut engan perlahan-lahan. Confirm hilang
2. Cuka
Ambil sebatang berus gigi yang telah tidak digunakan lagi dan basahkan bahagian berus dengan cuka. Gosokkan berus tadi pada permukaan yang telah diconteng sampai bersih
3. Penyembur rambut
Sembur penyembur rambut di atas permukaan kesan conteng. Biarkan seketika untuk lukisan tu mengembang, tapi jangan sampai kering. Gunakan kain atau berus yang lebut dan gosokkan pada permukaan yang tealh disembur tadi
4. Krim pencukur
Sapu sedikit krim pencukur pada permukaan dinding yang telah diconteng. Guna kain atau berus yang telah dibasahkan dan gosok pada permukaan conteng sehingga hilang. Kalau buih pencukur dah habis, tambah lagi.
5. Mayonis
Dengar macam sedap. Tapi ia boleh hilangkan kesan conteng. Sapu mayonis pada permukaan conteng. Biarkan seketika dan bersihkan dengan kain yang telah dibasahkan
6. Ubat gigi
Gunakan pes ubat gigi yang tak ader gel. Letakkan sedikit pada berus gigi yang telah tidak digunakan lagi dan gosok pada kesan contong. Kemudian dicuci dengan kain yang telah dibasahkan
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.