Tip keselamatan rumah ketika bercuti, wajib tahu. Dah nak masuk musim perayaan, mestilah ramai yang berpusu-pusu hendak pulang ke kampung kan? Ada juga yang dah rancang nak pergi bercuti bersama keluarga. Ha masa musim cuti dan perayaan ni lah kes jenayah kecurian dan pecah masuk berlaku.
Jika anda inginkan percutian yang tenang, anda wajib lakukan perkara ini sebelum keluar dari rumah.
Pasang sistem keselamatan seperti sistem penggera atau kamera CCTV untuk menjaga rumah anda dari sebarang ancaman. Sistem penggera dapat memberi peringatan awal jika ada yang cuba untuk pecah masuk ke dalam rumah anda. Kamera CCTV dapat merakam aktiviti di sekitar rumah anda yang akan menjadi bukti jika terjadi sebarang insiden. Dengan teknologi yang semakin canggih, banyak sistem keselamatan yang boleh diakses dari jarak jauh melalui aplikasi telefon pintar. Ini membolehkan anda untuk memantau rumah anda ketika meninggalkan rumah.
Jangan kongsikan maklumat mengenai percutian anda di media sosial untuk mengelakkan ramai orang tahu bahawa rumah anda sedang kosong. Gunakan media sosial dengan bijak, dengan elak daripada menyiarkan gambar percutian anda sehingga anda kembali. jika anda ingin berkongsi pengalaman percutian anda, lebih baik tunggu sehingga anda kembali ke rumah.
Jika anda memiliki kunci pendua, sangat penting untuk tidak meninggalkan kunci pendua di tempat yang mudah dijumpai oleh orang lain. Kunci pendua boleh menjadi akses kepada rumah anda, jadi pastikan untuk menyimpannya di tempat yang selamat dan tidak boleh dikesan oleh orang asing. Lebih baik menyimpannya di tempat yang tersembunyi atau memberikannya kepada saudara atau jiran yang dipercayai untuk kegunaan darurat sahaja.
Jika anda ingin bercuti untuk jangka masa yang panjang, memberitahu pihak berkuasa tempatan atau polis tentang rancangan anda boleh menjadi langkah tambahan yang baik untuk meningkatkan keselamatan rumah anda. Anda boleh memaklumkan kepada pihak polis dengan memberikan maklumat seperti nama, alamat, nombor telefon, tarikh ketiadaan di rumah, dan nombor kenderaan yang ada di rumah.
Minta bantuan jiran atau rakan yang anda percayai untuk memeriksa rumah anda setiap hari. Mereka dapat membantu dengan mengawasi keadaan rumah anda, memastikan pintu dan tingkap ditutup rapat, serta mengambil bungkusan pesanan yang mungkin tiba di saat anda tiada di rumah. Dengan bantuan mereka, anda boleh bercuti dengan tenang, kerana tahu bahawa ada seseorang yang memerhatikan rumah anda dengan baik.
Semoga bermanfaat!
Mesti Baca: Tip Keselamatan Tinggalkan Rumah Dan Doa Yang Perlu Diamalkan
Baca Lagi Di Sini: 7 Tip Cara Dan Pilih Kamera CCTV Terbaik Untuk Rumah Anda
Artikel Menarik: Masih Pakai Mangga Kunci Lama? Tukar Kepada Smart Padlock, Dijamin Lebih Memudahkan
IMPIANA: Tip Keselamatan Rumah Perlu Diambil Kira Jika Nak Bercuti Dengan Tenang
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.