Tip Keselmatan Tinggalkan Rumah Dan Doa Yang Perlu Diamalkan. Musim cuti sekolah, mesti ramai yang merancang percutian panjang. Musim percutian panjang dan perayaan mengali peningkatan kejadian pecah masuk dan kecurian. Selain memastikan kediaman sentiasa dalam keadaan selamat sebelum bercuti, Ada beberapa langkah keselamatan tambahan yang perlu anda ambil. Menurut Polis Diraja Malaysia, Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan kediaman anda mudah atau menjadi mangsa pencuri.
Baca juga: Elak Pisang Dicuri, Tak Perlu Keluar Modal Pasanag Pagar Cuba Amal Ni
1. Ketika penghuni tiada di rumah, sama ada siang mahupun malam.
2. Apabila tahap kerjasama sesama jiran kurang, malah tidak mengenali antara satu sama lain.
3. Apabila ada tanda-tanda kecuaian penghuni dalam aspek keselamatan rumahnya.
1. Kunci pintu dan tingkap apabila meninggalkan rumah walaupun untuk masa yang singkat.
2. Jangan sembunyikan kunci rumah di dalam pasu, bawah alas kaki ataupun dalam rak kasut di luar rumah.
3. Jangan tinggalkan nota menunjukkan anda tiada di rumah.
4. Hentikan penghantaran pesanan harian (surat khabar) apabila anda tiada di rumah untuk beberapa hari.
5. Pasang semula manga atau kunci rumah yang baru jika anda kehilangan anak kunci ataupun penyewa rumah bertukar.
6. Elakkan dari memberi kunci rumah kepada kontraktor.
7. Simpan tangga dan peralatan (tools) di tempat yang selamat agar tidak digunakan oleh penceroboh.
8. Wujudkan suasana rumah yang berpenghuni seperti bunyi radio dan lampu terpasang pada waktu malam (guna timer, alat kawalan waktu).
9. Cabut talian telefon bagi mengelakkan telefon berdering berterusan ataupun pasang sistem pesanan/simpanan suara (jangan maklum anda tiada di rumah).
10. Sertai program kejiranan, khususnya bersama polis untuk mengenali serta meningkatkan kerjasama antara komuniti dan polis.
11. Berikan nombor talian anda yang boleh dihubungi dan juga talian balai polis yang berhampiran.
12. Pastikan kebersihan persekitaran rumah agar tidak ditumbuhi lalang dan semak-samun yang boleh dijadikan tempat sembunyi penceroboh.
13. Pastikan sekitar kawasan pagar kita tidak mempunyai pokok yang boleh digunakan oleh penceroboh untuk memasuki rumah dengan mudah.
Nak pasang CCTV tak mahal pun. Cari yang plug and play dan kita boleh pantau di mana sahaja berada melalui telefon bimbit macam brand ni. klik je kalau nak beli https://invol.co/cl9k8g4. dah terjual lebih 24k unit
1. Pintu utama dan pintu belakang perlu diperbuat dari bahan yang kukuh dan dilengkapi dengan sistem kunci yang berkualiti.
2. Pasang “door viewer” dan penyelak di pintu utama.
3. Pasang jeriji (grill) berkunci pada pintu dan tingkap rumah.
4. Pasang lampu (guna lampu yang jimat tenaga dan mesra alam) yang mempunyai alat pengesan untuk kawalan di luar rumah.
5. Pasang alat keselamatan tambahan seperti pengera dan CCTV.
6. Amalkan doa ini
Tip Keselmatan Tinggalkan Rumah Dan Doa Yang Perlu Diamalkan