Tip Meja Solek Sentiasa Kemas, Bersih, Teratur. Lumrah seorang wanita, mesti gemar menggunakan alat solek. Bezanya sama ada alat solek tersebut banyak ataupun tidak. Bila dah banyak sangat, mesti tak tahu mana nak letak. Akibatnya, memang bersepah sehinggakan nak mencari pun susah.
Ruang meja solek ini bukan sahaja merupakan tempat menyimpan alat solek, malah turut merupakan satu pusat di mana kita meletakkan semua barang penjagaan diri dan tempat menyediakan diri seperti bersolek atau membuat rutin penjagaan muka.
Bagi memastikan meja solek anda sentiasa kemas dan teratur, IMPIANA kongsikan beberapa tip yang boleh membantu:
1) Susun Atur Peralatan
Gunakan organizer atau kotak kecil untuk menyusun peralatan solekan seperti lipsticks, eyeshadow, brushes, dan lain-lain Ini membantu mengelakkannya daripada bersepah di atas meja.
2) Gunakan Laci atau Kotak Penyimpanan
Ads
Meja solek yang dilengkapi dengan laci atau kotak penyimpanan ialah pilihan yang baik. Gunakan laci ini untuk menyimpan barang yang tidak digunakan setiap hari atau barang kecil seperti pensel mata, pemadam atau lap.
3) Bersihkan Setiap Hari
Jadikan amalan untuk membersihkan meja solek setiap hari selepas digunakan. Keluarkan sisa seperti tisu atau kapas terpakai, dan letakkan semula peralatan ke tempat asalnya.
4) Gunakan Rak Beringkat
Jika meja solek anda kecil, pertimbangkan untuk menggunakan rak bertingkat yang boleh memanfaatkan ruang secara menegak. Ini membantu memastikan susunannya teratur dan memaksimumkan ruang yang ada.
Ads
5) Susun Mengikut Kategori
Susun alat solek mengikut kategori atau kekerapan penggunaan. Letakkan peralatan yang sering digunakan lebih dekat dengan tangan anda dan peralatan yang jarang digunakan di kawasan yang lebih tersembunyi.
6) Bersihkan Peralatan
Selain membersihkan meja, pastikan anda membersihkan peralatan solekan dengan kerap. Ini termasuk berus pembersih dan membuang maskara atau gincu yang telah tamat tempoh.
7) Gunakan Alas Meja
Letakkan alas meja atau dulang kecil di bawah peralatan solekan untuk mengelakkan meninggalkan kesan dan kotoran di atas meja.
Ads
Moga bermanfaat!
IMPIANA: Dengan mengikut tip ini, anda boleh memastikan meja solek anda sentiasa kemas, teratur dan selesa untuk digunakan sepanjang masa.
Bagi anda yang berhasrat untuk melakukan perubahan terhadap konsep dekorasi hiasan dalaman rumah yang sedia ada kepada bertemakan konsep ‘Scandinavian’, ada beberapa perkara yang wajib anda tahu sebelum melakukan transformasi tersebut terutamanya dari segi pemilihan aksesori.
Seperti umum mengetahui, bagi mendapatkan hasil dekorasi hiasan dalaman rumah yang berkonsepkan ’Scandinavian’ ini, harus menggunakan pemilihan aksesori khas dengan tema tersebut.
Maka oleh itu, pemilihan aksesori untuk dekorasi hiasan dalaman berkonsepkan ’Scandinavian’ ini harus betul dan bersesuaian dengan tema yang telah dipelopori oleh negara di Sweden, Denmark dan Norway.
Jadi mari kita lihat senarai antara aksesori yang wajib ada bagi menyempurnakan hasrat anda untuk mendapatkan hasil dekorasi hiasan dalaman rumah yang berkonsepkan Scandinavian ini.
1.PASU SERAMIK (Ceramic Vase)
Jika anda mahu memiliki pasu seramik yang kelihatan sama seperti ini, ada boleh sahaja mendapatkannya dengan membuat pembelian secara dalam talian menerusi aplikasi Shopee.
2.MANIK KAYU (Wood Bead)
Kalau anda mahu memiliki Manik Kayu yang kelihatan sama juga seperti ini, ada boleh sahaja mendapatkannya dengan membuat pembelian secara dalam talian menerusi aplikasi Shopee.
DIY kabinet dapur bajet, mampu milik, semua barang beli online. Jika anda belum mempunyai bajet untuk menempah kabinet dapur, anda sebenarnya boleh sahaja buat sendiri kabinet dapur mengikut bajet yang anda ada.
Melalui perkongsian Ila Athilah dilaman Facebooknya, wanita ini berkongsi tip bagaimana dia dan suaminya memasang sendiri kabinet dapur rumahnya. Moga dapat membantu anda yang bercadang untuk memasang sendiri kabinet dapur.
“Kabinet dapur atas dan bawah saya dan suami buat sendiri. Kami custom made dan pasang sendiri. Rangka kabinet semua kami buat sendiri. Rangka kabinet daripada aluminium dan kabinet daripada chipboard.
“Mencabar juga hendak membuatnya mungkin sebab kami kali pertama melakukannya. Alhamdulillah siap juga. Kabinet mampu milik, kabinet dapur bajet. Tak mewah tapi janji sedap mata saya memandang…. Alhamdulillah…
“Mungkin ada kawan-kawan yang nak cuba DIY sendiri. Bolehlah buat rujukan. Chipboard, hinge, skru, handle dan aluminium, semuanya beli online. Taip sahaja, nanti banyak pilihan yang keluar. Tengok dulu product rating, review customer kemudian barulah beli.”
Berikut ‘perjalanan’ daripada mula hingga akhir proses memasang kabinet dapur kami. Moga dapat dijadikan panduan bersama.
Cermin merupakan salah satu barang yang penting bagi semua orang. Hal ini kerana tanpa cermin tentu akan menyukarkan anda untuk berdandan dan merapikan diri. Namun, salah satu masalah yang sering dihadapi adalah cermin sering kotor dengan kerak dan kelihatan berkabur. Kotoran ini terdiri daripada debu, percikan sisa-sisa kosmetik dan bakteria yang terkumpul.
Kotoran ini juga muncul kerana ada kotoran yang melekat terlalu lama atau cermin sering terkena air dan sabun. Tapi anda semua jangan risau, kerana anda mampu mengatasinya hanya dengan menggunakan ubat gigi.
Ubat gigi merupakan bahan yang sangat efektif dalam membersihkan kerak. Pilih ubat gigi yang mengandungi butiran lembut. Sapukan permukaan cermin yang berkerak dengan ubat gigi dan tunggu sehingga kering. Setelah itu bilas dengan air dan gosok dengan berus. Anda disarankan untuk menggunakan berus yang lembut agar tidak menggores permukaan kaca. Setelah itu bilas dengan air bersih dan keringkan dengan kertas tisu.
Untuk cermin tandas kelihatan sentiasa bersih, anda juga harus sering menjaga kerbersihan tandas dan melakukan aktiviti pembersihan sekurang-kurangnya seminggu dua kali.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.