Laman

Tip Menjadi Tanam Pudina Dalam Pasu

Share

Daun pudina, enak dibuat air atau sebagai bahan masak. Penggunaanya sama seperti daun herba yang lain, tidak terlalu banyak terutamanya dalam hidangan minuman. Harganya di pasar pun tidak lah mahal namun kuantitinya terlalu banyak. Walhal, yang diperlukan hanya 2-3 batang keratan sahaja. Selebihnya disimpan layu begitu sahaja.

Hal ini yang menyebabkan ramai mengambil keputusan untuk tanam sendiri pokok pudina. Tambahan, ia mudah dibiakkan dan tidak cerewet. Namun, ramai yang membuat kesilapan dalam penjagaan dan penyelenggaraan pokok pudina terutamanya yang ditanam di dalam pasu. Ini yang menyebabkan tanaman ini tidak dapat bertahan lama dan mudah mati.

TIP PEMBIAKKAN POKOK PUDINA DI DALAM PASU
1. Jika anda memulakan pembiakkan pudina dari biji benih, pilih waktu yang sesuai. untuk semaian benih pudina, waktu yang sesuai adalah awal pagi

2. Transplant atau pembiakkan melalui keratan batang adalah pilihan yang paling mudah untuk melakukan pembiakkan pokok pudina. Anda boleh ambil keratan batang yang di beli dari pasar dan terus cucuk ke dalam medium tanaman

3. Sediakan habitat yang mempunyai persekitaran tidak begitu panas namun masih menerima pencahayaan terus. Sebaiknya letakkan pasu di hujung bumbung atau tepi tingkap

4. Pastikan pasu yang digunakan mempunyai lubang saliran yang baik

5. Gunakan medium tanaman yang mempunyai kandungan bahan kompos yang tinggi seperti sabut kelapa.

6. Pokok pudina tidak memerlukan pembajaan yang kerap. cukup sekadar 1 kali sebulan

7. Kerap lakukan cantasan. Ia bagi mengelak pokok yang tumbuh terlalu panjang. Cantasan mampu menggalakkan penghasilan tunas baru

8. Pastikan medium tidak terlalu lembap kerana ia bukan sahaja merosakkan akar tanaman malah menggalakkan kehadiran serangga perosak seperti bena, siput, lintah bulan dan sebagainya

Published by
Impiana