Fungsi papan pemotong di dapur memang tidak dapat disangkal lagi. Kepentingannya ibarat air dan udara buat manusia. Tetapi malangnya, jangka hayat bagi sesebuah papan pemotong tidak lama. Lebih-lebih lagi jika digunakan setiap hari, papan pemotong akan cepat kotor, tambahan pula ia juga mudah menjadi pusat perkumpulan dan pembiakan kuman!
Jadi bagi menjamin makanan yang disediakan untuk keluarga kita bersih dan selamat, adalah lebih baik jika kita mencuci papan pemotong dengan kerap. Tidak memadai hanya dicuci menggunakan sabun setiap kali selepas diguna, ahli kimia Dr Fatimah Salim ada berkongsi cara mencucinya dengan lebih menyeluruh dan mendalam. Mari kita semak perkongsian bermanfaat ini.
CUCI PAPAN PEMOTONG TANPA SENTAL
Tahukah anda, papan pemotong merupakan alat penggunaan dapur yang paling kotor?! Jika tidak dibersihkan dengan betul dan kerap, ianya boleh menjadi ‘sarang’ kepada beribu jenis kuman.
Ada banyak petua dan cara membersihkan papan pemotong ini. Namun bergantung kepada tahap kekotoran, kadang-kadang ianya tidak berkesan perlukan lebih masa, usaha dan tenaga (menyental).
Di sini, saya kongsikan cara yang lebih mudah, cepat dan tanpa perlu menyental. Cara ini hanya sesuai untuk mereka yang berani, teliti dan cermat.
Ads
CARANYA:
• Lap dan keringkan permukaan yang perlu dibersihkan.
• Tuangkan cecair peluntur Clorox secara perlahan-lahan pada bahagian papan pemotong yang kotor. Pastikan seluruh permukaan yang mengandungi kotoran degil berjaya dibasahkan. Boleh gunakan sudu keluli tahan karat untuk ratakan.
• Tinggalkan selama 30 minit untuk tindakbalas yang optimun. Atau lebih lama bergantung kepada hasil yang diperolehi.
• Cuci dan rendam papan pemotong seketika sehingga BAU cecair peluntur hilang. Ini untuk memastikan tiada cecair peluntur yang tertinggal pada papan pemotong.
• Dan gunakan seperti biasa.
PERHATIAN:
1) Cecair peluntur Clorox mengandungi bahan kimia aktif natrium hipoklorit yang bersifat bes yang kuat, boleh merengsa/ menghakis kulit. Maka, berhati-hati semasa menggunakannya dalam keadaan pekat ini. Jika terkena kulit, segera basuh dengan air.
2) Bahan kimia dalam Clorox ini larut dalam air dan mudah meruap. Maka, dengan merendam seterusnya membasuh dengan air tidak akan meninggalkannya pada papan pemotong ini.
3) Sila tutup mulut dan hidung dengan kain atau topeng kerana cecair peluntur mudah meruap dan menghasilkan bau yang kuat. Ianya boleh menyebabkan komplikasi lain.
Ads
4) Pastikan aktiviti ini dibuat dalam ruang yang mempunyai pengudaraan yang baik contoh ruang terbuka atau ada tingkap.
Nota: Tidak perlu tuang banyak cecair peluntur ini. Cukup sekadar rata ke permukaan yang perlu dibersihkan. Jimat dan kurang bau yang tidak menyenangkan.
Kediaman, tidak kira yang bersaiz kecil atau besar, kini bukan lah menjadi masalah buat pemilik. Sama ada rumah anda banglo tiga tingkat mahupun apartmen kecil dua bilik, perkara paling penting adalah bagaimana anda menyusun atur dan menghias kediaman agar sesuai degan gaya hidup masing-masing.
Lebih-lebih lagi buat rumah dengan ruang yang terhad. Perancangan pelan atau susun atur yang sesuai dan menarik perlu diberi keutamaan. Pastikan setiap sudut digunakan dengan bijak dan tiada negative space dalam mana-mana ruang supaya rumah yang didiami lebih selesa dan sudah digunakan sebaik mungkin. Seperti apartmen di Rusia ini yang tampak selesa tetapi juga praktikal buat pemiliknya. Semoga ia menjadi inspirasi buat pembaca IMPIANA.
Sumber : Pinterest
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Nak tukar langsir dari jenis hook ke eyelet, tapi sayang pula langsir lama. Takkan nak buang pula. Tambahan pula jenis langsir yang ada eyelet ni mahal. Tak jadi masalah, langsir lama tu kita boleh ubah jadi langsir eyelet. Nak tahu macam mana cara mudah pasang eyelet ring pada langsir? jom ikut cara Lyns han ni
KITA BELI LANGSIR NI DEKAT KAISON. TAPI JENIS CANGKOK BIASA. LEPAS TU RASANYA MACAM LEBIH CANTIK KALAU LANGSIR NI JENIS EYELET RING. TERHASIL LAH IDEA DARI ABAH KU SAYANG. JADI, SIAPA-SIAPA YANG ADA LANGSIR LAMA TU, NAK TUKAR KE STYLE EYELET NI BOLEHLAH CUBA MACAM NI. SENANG SAHAJA
1. Beli ring secukupnya mengikut rekabentuk yang sesuai dengan corak atau konsep langsir
Guna tuil jenis pemegang lebih praktikal berbanding tombol pintu, doktor ini kongsi faktanya. Memang terdapat banyak tombol atau pemegang pintu di pasaran. Pelbagai jenama dan berbeza-beza harganya.
Rupa-rupanya, bukan rekaan dan jenama yang menjadi keutamaan ketika memilih. Doktor Perubatan Rehabilitasi Kamarul Ariffin Nor Sadan punya penjelasan rekaan pemegang pintu yang macam mana sesuai digunakan.
Jika kalian ada niat nak tukar pintu bilik/rumah, saya sebagai doktor perubatan rehabilitasi fizikal, sarankan tukar kepada tuil pintu yang gunakan pemegang (handle) bukan tombol pintu (knob).
Kenapa saya sarankan tuil jenis pemegang bukan tombol pintu?
Tuil pemegang boleh dipulas menggunakan kekuatan lengan, maka ia lebih mudah berbanding tombol yang menggunakan kekuatan pergelangan tangan. Makanya ia lebih mesra kepada warga emas yang mempunyai masalah sendi (arthritis).
Ia mudah digunakan oleh kanak-kanak kerana membolehkan mereka gunakan kedua-dua belah tangan dan berat badan untuk memulas tuil itu. Kanak-kanak sukar untuk memegang tombol dan tidak mempunyai kekuatan memulasnya.
Di bilik air atau tandas, tuil pemegang lebih sesuai kerana tangan yang basah menyebabkan tombo menjadi licin untuk dipulas. Merujuk kepada perkara sebelum ini, ia pasti menyebabkan lebih kesukaran kepada kanak-kanak dan warga emas.
Jika kita membawa barang dengan kedua-dua belah tangan, tuil jenis pemegang boleh dipulas dan ditarik menggunakan siku. Guna kaki pun boleh. Bermakna ia juga boleh digunakan oleh OKU yang ketiadaan jari atau sebahagian tangan.
Ini agak jarang dan ekstrim, tapi dalam keadaan genting di mana kita perlu mengekang orang memulas tuil pintu dan masuk ke dalam bilik, tuil jenis pemegang lebih mudah untuk disendal dengan perabot lain seperti kerusi.
Selain tuil pintu, rekaan pili air juga mempunyai konsep yang hampir sama. Pili air jenis tuil pemegang lebih kelebihan berbanding jenis tombol atau jenis kepala silang “+”. Tuil pemegang lebih mesra kanak-kanak, warga emas, dan OKU.
Salah satu langkah untuk menjadikan rumah kita lebih inklusif (tidak meminggirkan sesiapa) adalah menggunakan tuil pintu dan pili jenis pemegang. InsyaAllah, anak-anak kita akan selesa , ibu bapa kita pun akan selesa.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.