Kesum antara tanaman herba yang banyak digunakan dalam masakan melayu seperti asam pedas, laksa, asam rebus dan sebagainya. Tanpa kehadiran daun kesum, macam kurang enak dan aroma masakkan kita tu nanti. Walaupun mudah untuk dibiakkan sendiri, ramai yang menuju jalan buntu apabila kesum yang disemai mula kekuningan dan mati walaupun tekniknya betul. Ia berpunca dari kurang nya pencahayaan.

Salah satu teknik yang banyak digunakan adalah hanya dengan menggunakan air. Teknik semaian dalam air ni, paling mudah dan cepat. Nak tahu caranya, boleh ikut cara Nur Izzah Muhmud

CARA BIAK KESUM DALAM BALANG

1. Pilih keratan yang matang, sihat dan segar dari pokok induk

2. Buang daun di bahagian bawah seperti dalam gambar

3. Sediakan botol lutsinar. Saya gunakan balang lutsinar untuk mudah pantau kehadiran jentik-jentik. Kalau berlumut atau ada jentik-jentik, cuci sahaja balang dan bahagian akar ebrsih-bersih. Boleh guna balang kaca atau plastik

3. Rendam keratan batang tadi dalam balang

IKLAN

4. Letakkan balang di kawasan yang mudah mendapat cahaya matahari tapi bukan secara terus dan panas. Macam saya, kawasan tanamn kesum menerima pengamatan cahaya matahari sehingga jam 3 petang sahaja.

5. Tambah air jika kandungannya berkurangan

6. Pembajaan boleh dilakukan selepas sebulan mengunakan campuran AB ata NPK 15Tip Mudah Biak Kesum Dalam Balang, Memang Menjadi

IKLAN

Tip Mudah Biak Kesum Dalam Balang, Memang Menjadi

Tip Mudah Biak Kesum Dalam Balang, Memang Menjadi

Tip Mudah Biak Kesum Dalam Balang, Memang Menjadi

IKLAN

Tip Mudah Biak Kesum Dalam Balang, Memang Menjadi

TIP POKOK KESUM TUMBUH SEGAR DAN MERIMBUN

Selalu pangkas pokok kesum lebih-lebih lagi jika sudah mengeluarkan bunga. Itu tanda tanaman sudah tua. Cantas dan tinggalkan hanya sejengkal sahaja batang kesum dari pangkal. Jika dibiarkan, pokok akan mengering dan mati. Selapas cantas, boleh lakukan pembajaan. Boleh guna air basuhan beras, ikaan dan sekali sekala tanamkan perut ikan pada pangkal pokok

Bila akar dah terlalu sarat, boleh pindah dalam pasu macam ni. Saya gunakan medium hampas sawit dan cocopeat Tip Mudah Biak Kesum Dalam Balang, Memang Menjadi

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI