Petua Mudah Elak Makanan Tercemar Dengan Lalat Di Bulan Puasa

Share

Kini musim puasa bakal tiba. Confirm ramai di kalangan kita gigih menjadi usahawan makanan dan gigih juga membeli juadah berbuka di bazaar. Salah satu masalah utama apabila dalam menjaga kebersihan makanan adalah serangan dari lalat yang adakala membuat kita hilang selera. Apatah lagi ditinggalkannya telur dan segala kekotoran yang menyebabkan kita sakit.

Bagi episod pertama cara yang paling mudah adalah anda menggunakan bunga cengkih.

Ada yang menempatkan bunga cengkih di dalam mangkuk bagi memberi bau yang mampu menghalau lalat.

Terdapat juga petua yang menyatakan perlu dimasukkan sedikit air ke dalam mangkuk tersebut bagi semarakkan bau bunga cengkih tersebut.

Bagi yang sukakan keunikan,  cuba mencucuk bunga cengkih ini pada limau purut. Ia juga mampu memberikan bau yang agak kuat dan ia juga boleh digubah menjadi hiasan meja yang unik.

Ada juga yang menyatakan petua ini juga mampu menghindarkan kehadiran semut. Jadi ia amat berguna dan berbaloi. Bukan sahaja mapu memberikan bau yang menyegarkan malah cantik jika dijadikan hiasan meja makan.

IDEA HIAS – Anda boleh susun limau purut yang telah dicucuk dengan bunga cengkih ini menjadi susunan menarik di tengah meja makan sebagai hiasan utama . Malah ia juga menarik digantung sebagai tarikan pandangan.

Selamat Mencuba

Published by
Impiana