Ramai yang suka dengan buah durian. Namun, ada juga segelintir daripada teman-teman kita yang sangat anti dengan buah durian. Ada yang sampai ke tahap tercium sahaja bau durian mereka pasti rasa mual, pening dan ingin muntah.
Setelah memakan durian, baunya pasti akan tertinggal cukup lama di dalam rumah. Bagi yang tak suka durian, bau ini jelas akan mengganggu anda. Untuk menghindari bau ini kekal lama di kediaman anda, berikut ada tip mudah yang mungkin ada boleh cuba.
Ternyata caranya sangat mudah uolls. Anda hanya perlu menggunakan daun pandan. Ambil beberapa tangkai daun pandan. Potong atau gunting daun pandan sampai daunnya sedikit berair. Setelah itu sebarkan aroma pandan di beberapa sudut ruang atau letak berhampiran penghawa dingin.
Anda tidak perlu menunggu lama kerana aroma buah durian akan segera hilang digantikan dengan harumnya pandan. Aroma durian memang boleh dikalahkan oleh beberapa aroma lembut seperti pandan, vanilla, atau strawberry. Selamat mencuba.