Tanaman layu bila tinggalkan rumah beberapa hari, ini kebimbangan biasa bagi yang menanam pokok sayur atau hiasan di halaman rumah. Tambah pula kita akan bercuti lama untuk perayaan Aidilditri beberapa hari lagi.
Tapi tip dari Puan Lina Sahedin y
ang dikongsi melalui Facebook Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri ini mampu mengelak situasi pokok bunga atau tanaman mati dari terjadi. Caranya mudah dan murah, modal cuma plastik dan getah saja.Beginilah cara saya buat kalau nak tinggal rumah dalam beberapa hari. Saya buat begini, mudah modal kurang sebab saya ada banyak jugak pasu depan, belakang dan tepi rumah.
1. Isi air dalam plastik dan ikat tapi jangan ikat terlalu padat sebab air keluar akan cepat. Biar longgar saja plastik.
2. Cucuk plastik berisi air dengan hujung jarum peniti agar air dapat keluar secara perlahan.
3. Insya-Allah cara ini boleh bertahan beberapa hari. Selamat mencuba semua.
Selain plastik, boleh juga menggunakan botol plastik yang ditebuk sedikit bagi menggantikan plastik.
Sumber : Lina Sahedin
Mesti Baca: Lakukan 4 Langkah Ni Selamatkan Tanaman Layu Selepas Pulang Bercuti Raya