Seperti yang sudah kita tahu, kesan bintik hitam atau tahi lalat muncul apabila pakaian dibiarkan lembap dan berkuap selama beberapa hari. Perkara ini boleh terjadi dengan sengaja ataupun tidak. Pasti kecewa apabila melihat pakaian kesayangan kita sudah bertahi lalat dan tidak lagi boleh digunakan kerana nampak kotor dan tidak kemas. Kebiasaannya, tahi lalat memang agak susah dan mustahil untuk dihilangkan. Tetapi jangan panik dulu. Cuba ikut langkah mudah ini untuk hilangkan tahi lalat pada pakaian anda, mungkin berkesan. Selamat mencuba!
LANGKAH-LANGKAHNYA :
1. Masukkan cuka kedalam baldi yang berisi setengah liter air.
2. Rendamkan pakaian yang bertahi lalat tersebut kedalam campuran tadi selama24 jam.
Ads
3. Selepas 24 jam, anda boleh cucui pakaian tersebut seperti biasa menggunakan sabun basuh baju.
4. Sediakan baldi berisi air panas dengan perahan limau nipis atau lemon.
5. Kemudian bilas pakaian yang sudah dibasuh menggunakan air panas dengan perahan limau yang telah disediakan tadi.
Ads
6. Biarkan pakaian selama beberapa minit didalam bilasan tadi kemudian ulang mencuci dengan sabun.
7. Selepas itu, bilas sahaja menggunakan air bersih.
8. Jika masih ada tahi lalat pada pakaian tadi, cuba ulang bilas dengan air panas + limau nipis/ lemon sehingga anda puas hati.
Ads
9. Jemur pakaian tadi di tengah panas sehingga betul-betul kering.
Sebuah bilik dobi atau laundry merupakan tempat dimana semua pakaian serta fabrik diuruskan. Kediaman yang mempunyai bilik laundry sememangnya menjadi idaman semua orang. Sudah tentunya bilik laundry impian anda menepati ciri-ciri asas bersesuaian dengan penggunaannya. Ruang ini biasanya dilengkapi dengan peralatan asas membasuh seperti sinki mencuci, mesin basuh, dryer dan juga papan seterika.
Antara ciri-ciri bilik laundry yang baik termasuklah :
1. Mempunyai ruang atau permukaan kaunter yang mencukupi
2. Ruang penyimpanan atau kabinet yang lengkap
3. Pencahayaan yang tepat
4. Pengudaraan yang lancar
5. Susun atur yang bijak
6. Multi-fungsi dan versatil
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Rata-rata pemilik rumah sewa kini tidak berminat nak menghias kediaman mereka kerana beranggapan rumah itu bukan milik mereka dan mungkin hanya tinggal sekejap saja disitu jadi tak perlu membazir wang nak deko pun. Tapi sedarkah anda, rumah kita melambangkan keperibadian kita. Kalau rumah tak selesa dan kusam, apa pula orang akan fikir tentang tuan rumah tersebut nanti?
Itulah yang pemilik akaun fb Puan Syafiqah Syaza ingin tekankan kepada semua penyewa rumah diluar sana. Supaya jangan malas nak menghias atau mencantikkan kediaman walau hanya disewa sementara kerana ianya tidak memerlukan kos yang tinggi pun. Yang penting, perancangan yang teliti dan bijak. Kerana bak kata pepatah “hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih” jelas menggambarkan yang jika benar mahukan rumah yang cantik dan selesa, tak perlu tunggu cukup duit nak beli rumah sendiri pun. Mulakan dengan rumah yang disewa juga sudah memadai.
Terletak di Semabok, Bandar Melaka rumah sewa kampung yang mempunyai 2 bilik serta 1 bilik air ini dihias dengan konsep modern chinoiserie yang menggabungkan warna biru dan putih. Walaupun ruang terhad dengan keluasan 600 kaki persegi, tema itu dapat dizahirkan dengan baik sekali oleh pemilik. Perlu selalu diingat, hiasan dan susuan atur perlu disesuaikan dengan saiz ruang agar tidak nampak terlalu sarat dan serabut.
Mendapat ilham dan idea daripada perkongsian di IMPIANA sendiri, Puan Syafiqah mengambil masa lebih kurang 3 bulan sahaja untuk menyiapkan rumahnya sebelum musim perayaan yang lalu. Berlainan bagi setiap individu, beliau lebih selesa membeli barang online seperti di Shopee kerana mudah dan jauh lebih murah berbanding harga barang diluar sana. Jumlah RM1.5k termasuk perabot ruang tamu yang dibeli di kedai secondhand perabot hotel telah dibelanjakan. Pesan Puan Syafiqah lagi,
Bagi saya, untuk mula menghias kediaman, kena bermula dari rajinkan diri mengemas. Bila kemas, dari situ kita boleh fikir untuk idea dekorasi mengikut citarasa sendiri. Dan bagi saya, untuk menghias tidak perlu barang yang mahal, cukup nampak cantik dan harga berbaloi sudah memadai.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Memang terdapat banyak tombol atau pemegang pintu di pasaran. Pelbagai jenama dan berbeza-beza harganya. Rupanya, bukan rekaan dan jenama yang menjadi keutamaan ketika memilih. Doktor Perubatan Rehabilitasi Kamarul Ariffin Nor Sadan punya penjelasan rekaan pemegang pintu yang macam mana sesuai digunakan
Jika kalian ada niat nak tukar pintu bilik/rumah, saya sebagai doktor perubatan rehabilitasi fizikal, sarankan tukar kepada tuil pintu yang gunakan pemegang (handle) bukan tombol pintu (knob).
Kenapa saya sarankan tuil jenis pemegang bukan tombol pintu?
Tuil pemegang boleh dipulas menggunakan kekuatan lengan, maka ia lebih mudah berbanding tombol yang menggunakan kekuatan pergelangan tangan. Makanya ia lebih mesra kepada warga emas yang mempunyai masalah sendi (arthritis).
Ia mudah digunakan oleh kanak-kanak kerana membolehkan mereka gunakan kedua-dua belah tangan dan berat badan untuk memulas tuil itu. Kanak-kanak sukar untuk memegang tombol dan tidak mempunyai kekuatan memulasnya.
Di bilik air atau tandas, tuil pemegang lebih sesuai kerana tangan yang basah menyebabkan tombo menjadi licin untuk dipulas. Merujuk kepada perkara sebelum ini, ia pasti menyebabkan lebih kesukaran kepada kanak-kanak dan warga emas.
Jika kita membawa barang dengan kedua-dua belah tangan, tuil jenis pemegang boleh dipulas dan ditarik menggunakan siku. Guna kaki pun boleh. Bermakna ia juga boleh digunakan oleh OKU yang ketiadaan jari atau sebahagian tangan.
Ini agak jarang dan ekstrim, tapi dalam keadaan genting di mana kita perlu mengekang orang memulas tuil pintu dan masuk ke dalam bilik, tuil jenis pemegang lebih mudah untuk disendal dengan perabot lain seperti kerusi.
Selain tuil pintu, rekaan pili air juga mempunyai konsep yang hampir sama. Pili air jenis tuil pemegang lebih kelebihan berbanding jenis tombol atau jenis kepala silang “+”. Tuil pemegang lebih mesra kanak-kanak, warga emas, dan OKU.
Salah satu langkah untuk menjadikan rumah kita lebih inklusif (tidak meminggirkan sesiapa) adalah menggunakan tuil pintu dan pili jenis pemegang. InsyaAllah, anak-anak kita akan selesa , ibubapa kita pun akan selesa.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.