Seperti yang sudah kita tahu, kesan bintik hitam atau tahi lalat muncul apabila pakaian dibiarkan lembap dan berkuap selama beberapa hari. Perkara ini boleh terjadi dengan sengaja ataupun tidak. Pasti kecewa apabila melihat pakaian kesayangan kita sudah bertahi lalat dan tidak lagi boleh digunakan kerana nampak kotor dan tidak kemas. Kebiasaannya, tahi lalat memang agak susah dan mustahil untuk dihilangkan. Tetapi jangan panik dulu. Cuba ikut langkah mudah ini untuk hilangkan tahi lalat pada pakaian anda, mungkin berkesan. Selamat mencuba!
LANGKAH-LANGKAHNYA :
1. Masukkan cuka kedalam baldi yang berisi setengah liter air.
2. Rendamkan pakaian yang bertahi lalat tersebut kedalam campuran tadi selama24 jam.
3. Selepas 24 jam, anda boleh cucui pakaian tersebut seperti biasa menggunakan sabun basuh baju.
4. Sediakan baldi berisi air panas dengan perahan limau nipis atau lemon.
5. Kemudian bilas pakaian yang sudah dibasuh menggunakan air panas dengan perahan limau yang telah disediakan tadi.
6. Biarkan pakaian selama beberapa minit didalam bilasan tadi kemudian ulang mencuci dengan sabun.
7. Selepas itu, bilas sahaja menggunakan air bersih.
8. Jika masih ada tahi lalat pada pakaian tadi, cuba ulang bilas dengan air panas + limau nipis/ lemon sehingga anda puas hati.
9. Jemur pakaian tadi di tengah panas sehingga betul-betul kering.
LIHAT JUGA : HILANGKAN KESAN PELUH PADA TILAM, HILANGKAN BAU HANCING PADA TILAM