Nak hasilkan bandi yang banyak, bukan sesuatu yang mudah. Walau pun telah diberi baja dan penjagaan yang rapi, belum tentu hasilnya optimum. Ini kan lagi untuk hasilkan pokok bendi bercabang. Puan Wahida Hambali, pemilik Sri Organik berkongsi cara untuk hasilkan bendi bercabang untuk hasil yang lebih banyak.
1. Pastikan tanah subur julat ph antara 5.8 hingga 6.8
2. Tanam hanya 1 pokok sahaja 1 point
Jarak tanaman : 1.5 kaki hingga 2 kaki antara pokok. 1 batas boleh tanam 2 baris. Saiz batas bendi 4 kaki lebar batas dan 5 kaki lorong kerja. Atau 4 kaki pun boleh. Ruang sangat penting utk pokok berkembang dengan baik
3. Pembajaan seminggu sekali. Jadual baja boleh rujuk posting saya sebelum ini. (Klik sini)
4. Kawalan serangga dan penyakit serta foliar seminggu sekali. Jadual juga ada saya sertakan pada posting sebelum ini. (Klik sini)
5. Penyiraman sehari sekali. Kalau hujan tidak perlu, kalau musim panas 2 kali sehari.
6. Semburan mikrob penyubur tanah diberikan sebulan 2 kali pada pangkal pokok dan tanah utk memastikan kesuburan tanah berada dalam keadaan yang baik sepanjang tempoh penanaman.
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Atasi Ulat Beluncas Pada Tanaman, Lakukan 5 Perkara Ni
Memng seronok tengok rama-rama datang memeriahkan laman. Ia bukan sekadar menjadi tetamu malah menjadi agen pendebungaan. Tapi, ada satu masalah yang ramai pekebun, petani atau pemilik laman paling tak suka iaitu apabila tanaman gondol di makan beluncas. Ulat bulu atau beluncas merupakan satu kitaran hidup sebelum menjadi seekor rama-rama atau kupu-kupu yang cantik.
Tapi, jangan khuatir. Ini tidak bermakna tanaman anda mati. Pokok yang baru lepas dimakan beluncas akan tumbuh tunas baru malah lebih cantik. Cuma sakit lah hati dan mata tengok pokok yang dititip cantik tiba-tiba gondol. Terdapat beberapa langkah dan cara untuk mengatasi masalah serangan ulat beluncas tanpa menggunakan racun kimia. Antaranya ialah:
1. Kutip menual
Secara amnya, ulat bulu atau beluncas amat mudah dilihat dengan mata kasar. Namun ada beberapa spesis yang sukar dikesan kerana warnanya akan menyerupai daun atau tanaman yang diserang. Jadi, jika anda kesan bahagian pucuk tiba-tiba lenyap, segera periksa pada keseluruah pokok termasuk bahagian bawah daun. Kebiasaany, beluncas menyerang bahagian pucuk. Bila dah kenyang, ia akan bersembunyi di bawah daun. Kalau perasan kehadirannya, kutip secara manual dan letakkan di dalam larutan air sabun untuk mematikannya.
Cara ini memerlukan ketelitian dan tuntutan masa. Anda perlu sentiasa periksa dan kenal pasti sebarang perubahan fizikal tanaman. Jika tidak, pokok boleh gondol bila dibiarkan sahaja.
2. Pasang jaring
Kenalpasti tanaman yang selalu berpotensi menjadi tempat persinggahan kupu-kupu dan rama-rama. Selepas itu, pasang kan jaring pada keseluruhan pokok bagi mengelak dari disinggah rama-rama. Pastikan jaring yang digunakan bersaiz kecil dan tidak mampu dimasuki rama-rama. Namun, jangan jaring pada tanaman yang memerlukan agen pendebungaan seperti lebah. Nanti pokok tak berbuah pula
3. Menarik pemangsa
Burung dan tabuan adalah ancaman utama kepada ulat beluncas. Untuk mengatasi masalah serangan beluncas secara biologi, apa kata jemput haiwan pemangsa ini untuk datang ke laman anda. kalau nak tarik kehadiran burung, anda boleh sediakan bekas minuman dan mandi (birdbath) serta sediakan makanan. Mankala kalau nak menarik kunjungan lebah, tanambeberapa tanaman yang menjadi kegemaran seperti jintan manis, ketumbar, lobak merah, parsley dan saderi. Biarkan tanaman-tanaman ini berbunga. Biji benihnya nanti boleh lah disemai untuk dijadikan benih. Sementara itu, bunganya diminati lebah
4. Rancang tanaman
Elak tanam, tanaman yang diminati ulat beluncas secara berdekatan atau bersebelahan. Seperti contoh pokok sitrus dan durian belanda. tanaman ini amat digemari oleh rama-rama untuk dijadikan tempat bertelur. Oleh itu, elakkan untuk menanaman tanaman ini secara berkelompok atau dekat untuk mengurangkan risiko terhadap tanaman yang lain.
Selainan itu juga, apa kata anda amalkan kaedah tanaman companion untuk mencegah kehadiran serangga perosak termasuk beluncas. nak tahu tanaman yang sesuai di jadikan sebagai companion plant [klik sini]
5. Racun serangga organik
Bila terdapat tanda-tanda serangan ulat beluncas, segera ambil tindakkan. Jika pencarian sudah selesai dilakukan. semburkan seluruh tanaman yang diserang dengan racun serangga. Antara racun serangga yang kerap menjadi pilihan adalah campuran cili dan bawang putih. Selain itu juga anda boleh cuba beberapa resepi racun serangga lain yang mujarab. Namun perlu diingat. Semburan perlu dilakukan secara menyeluruh termasuklah bahagian bawah daun.
5 Racun Serangga Mudah Hanya Guna Bahan-Bahan Dapur Yang Mujarab
Resepi Racun Serangga Untuk Cegah Bena Dan Koya Dari Daun Bangun-Bangun Betul-betul Berkesan
Ini Resepi Mudah Buat Sendiri Racun Organik Untuk Halau Serangga Pemakan Daun
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Gantung Air Macam Ni Dekat Dahan, Pokok Rendang Berbuah
Gantung Air Macam Ni Dekat Dahan, Pokok Rendang Berbuah. Pokok buah bila dah sampai masa untuk di tuai, mesti bahagian yang tinggi dan tidak samapai akan terbiar busuk hingga jatuh ke tanah. Bagaimanapun, ada tip yang boleh digunakan untuk memastikan pokok buah yang ditanam dalam sentiasa rendang walaupun dah berusia.
Teknik untuk memastikan pokok buah sentiasa rendang di panggil “Gravity Lowret”. Teknik tersebut telah di kongsikan oleh D’Pro A’nas di dalam group Facebook Berkebun Di Rumah. Jum kita baca macam mana nak hasilkan pokok buah yang rendang dan berbuah lebat
Baca juga: Tip Suburkan Limau Purut Kalau Tanam Dalam Pasu
Tips Pokok Buah Naik Meninggi, Separas Lutut Dah Berbuah
Sememangnya menjadi masalah untuk kutip hasil jika Pokok buah yang naik meninggi. Bukan itu saja, ia juga menyukarkan proses pemantauan dan penjagaan pokok.
Satu yang ramai tak tahu pokok yang dibiarkan meninggi ini juga mungkin tidak akan berbuah hingga ada yang sampai ke sudah tuan pokok tak merasa hasilnya.
Bagaimana pun ada tip yang boleh kita gunakan untuk memastikan pokok buah yang ditanam tak naik tinggi. Dikongsi oleh D’Pro A’nas boleh cuba kaedah Gravity Lowert telah beliau praktikkan untuk merendahkan pokok buah.
Tip merendahkan pokok
Jika disukat ketinggian pokok ini sudah melebihi tahap bahu orang dewasa. Jika dibiarkan tanpa kaedah tarikan graviti maka pokok ini akan meninggi dan terus meninggi.
Bila dah tinggi, pokok tak ingatlah nak berbuah. Asyik nak ‘makan’ dan nak meninggi semahu-mahunya.
Dengan kaedah GRAVITI LOWERT ini, kita dapat merendahkan pokok yang kita inginkan rendah dan mudah dipelihara serta buat pemantauan.
Cara merendahkan pokok
1.Bahan-bahan yang diperlukan untuk kaedah ini cuma plastik aiskrim, air dan tali plastik.
2. Caranya seperti dalam gambar di bawah. Cuma isi air dalam plastik aiskrim dan ikat kemas. Biarkan tali panjang supaya dapat diikat pada dahan pokok yang mampu menahan beban berat air tadi.
Hasil dari tarikan graviti pokok buah sudah mula berbunga.
Tujuan kaedah gravity lowert
Sebabnya untuk senang cerita dan faham, pokok kita akan ‘berfikir’ tahap ketinggian pokok cuma sampai setakat itu saja. Pokok dah tak dapat meninggi lagi.
Jadi pokok akan ‘berfikir’ untuk lahirkan keturunan/generasi baru iaitu berbuah dan berbunga. Istimewanya pokok rendah paras lutut dah berbuah.
Baja buah
Jangan lupa berikan baja buah sewaktu kita merendahkan pokok.
Cara membungakan dan membuahkan;
– 1 Sudu Makan Baja Novatec Premium.
– 1/2 Sudu Makan Baja TSP
– 1/2 Sudu Makan Baja MKP
– 2 Minggu Sekali.
– Saiz pasu 24 inci.
Kalau pasu kecil kurangkan dos kepada setengah.
Kalau atas tanah, kena darab 3X jumlah baja mengikut umur pokok.
Siram setiap hari, buat waktu petang sahaja bila putik bunga mula keluar. Ia bagi mengelakkan bunga gugur jika disiram waktu matahari naik.
Jangan buat pada pokok yang berdahan besar
Perkongsian dari pengalaman ini hanya sesuai untuk pokok buah berdahan sederhana, jangan buat pada pokok dahan besar.
Untuk keselamatan, jangan buat kalau pokok dah tinggi sebab membahayakan. Tebang dan tunggu dahan baru. Redha saja kalau pokok dah meninggi.
Kaedah ini dibuat pada pokok belimbing tetapi boleh juga dilakukan pada pokok buah yang lain seperti jambu air, longan, rambutan dan lain-lain.
Semoga bermanfaatGantung Air Macam Ni Dekat Dahan, Pokok Rendang Berbuah
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Tanaman Hijau Nampak Lebih Bergaya Dengan Terrarium, Ini Jenis-Jenis Dan Tip Pemilihannya!
Bagi pemilik kediaman yang sentiasa inginkan sentuhan hijau dan natural dalam kebanyakan sudut dalam kediaman, pastinya anda tercari-cari idea yang boleh digunakan bagi menyerlahkan sisi pokok dan tanaman yang ingin ditampilkan.
Pencinta tanaman hiasan semestinya tidak asing lagi dengan terrarium. Ia merupakan tanaman hiasan yang direka dan biasanya diletakkan dalam bekas kaca khas bersama tambahan lapisan medium seperti pasir, kerikil, pasir serta tanaman succulent.
Tanaman terrarium kini menjadi trend dalam dunia interior dan landskap. Rupa bentuk yang menarik adalah daya tarikan utama bagi sebuah terrarium. Ada bermacam bentuk kaca yang boleh digunakan untuk memperindahkan reka bentuk terrarium anda.
1) Bebola
Paling banyak digunakan sebagai bekas transparan terrarium ialah bekas berbentuk bebola. Kebiasaannya, terrarium dengan bentuk bebola menjadi pilihan para pemilik kediaman untuk diletakkan di atas meja kerja mahupun bilik tidur.
2) Berbucu
Bentuk berbucu di bahagian atas dan segi lima di bahagian bawah menjadikan terrarium kesayangan anda kelihatan sangat bergaya. Kesan maskulin muncul kerana garis-garis aluminium pada bekas hanging plant yang menghiasi lelangit rumah.
Tambahan pula, rantai bahagian atas, terrarium jenis ini boleh berubah menjadi dekorasi hanging plant yang juga menarik.
3) Segi Lima
Bentuk bekas yang unik pilihan para pencinta tanaman hiasan bentuk segi lima. Dengan bentik segi lima yang terkesan tidak tertatur, namun pada akhirnya terrarium kelihatan simetri serta menarik dari pelbagai sudut. Gabungan warna dusty pink pada sudut lekukan bekas dengan warna hijau tanaman di dalam terrarium.
JENIS TANAMAN
Bukan sahaja bentuk bekasnya yang unik, pemilihan jenis tanaman yang digunakan juga faktor penting.
CRYPTANTHUS BIVITTATUS
Jenis tanaman terrarium ini memiliki bentuk seperti bintang. Dedaunnya pula tumbuh menghala ke sisi atau horizontal, kaku dan memiliki warna yang berbagai seperti merah, pink, coklat dan hijau.
ECHEVERIA-PULIDONIS
Jenis tanaman succulent berbentuk kelopak bunga yang sedang merekah ini adalah tanaman pilihan bagi para pencinta terrarium. Tanaman ini seringkali kita lihat di dalam setiap rekaan DIY terrarium.
CRASSULA OVATE
Tanaman ini juga termasuk dalam jenis tanaman succulent yang popular sebagai tanaman penghias terrarium yang ada di rumah. Bentuk tanaman ini kecil namun memiliki bentuk daun seperti jempol manusia.
Sumber: Amy Mohd
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Baca artikel berikutnya: 5 Tip Dekorasi Cipta Ruang Tamu Lebih Santai & ‘Welcoming’
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI