Tip Pasang Sendiri Lampu Di Laman Rumah, Kena Tahu Langkah-langkah Perlu Buat

Share

Tip pasang sendiri lampu di laman rumah, kena tahu langkah-langkah perlu dibuat. Pencahayaan di laman amat penting. Ia bukan sekadar menghidupkan laman diwaktu malam malah sebagai salah satu tujuan keselamatan.

Terdapat pelbagai rekaan dan jenis lampu laman. Namun yang menjadi kebiasaan dan kerap digunakan adalah jenis lampu suar (spotlight), lampu limpah (flood light).

Kredit foto: Pexels

Terdapat beberapa jenis lampu landskap atau lampu taman yang lain iaitu seperti wall light dan sebagainya. Namun, untuk melakukan pemasangan lampu di laman sedikit ilmu diperlukan untuk memastikan lampu yang dipasang dapat berfungsi dengan baik.

Berikut antara langkah-langkah yang perlu dilakukan:

1. PILIH LAMPU
Di pasaran, terdapat dua jenis lampu laman iaitu pencahayaan yang menggunakan GCFI outlet atau tenaga solar. Jika pemilihan lampu solar, pemasanagan dan pendawaian tidak perlu dilakukan. Namun jika sebaliknya, anda perlu merancang lebih awal berapa panjang wayar yang diperlukan untuk menyambungkan lampu-lampu dengan outlet dan jenis penyambung.

Kredit foto: Pexels

2. OUTLET BERHAMPIRAN
Sediakan pembekal atau outlet elektrik di luar kediaman. Ia bagi memudahkan tugas-tugas penyambungan dan penyelenggaraan yang akan dilakukan.

3. LETAK POWER PACK BERHAMPIRAN OUTLET
Kotak kawalan dan sambungan lampu perlu diletakkan berhampiran dengan outlet. Ia memudahkan anda untuk mengawal aliran tenaga yang perlu disalurkan pada keseluruhan lampu

4. PASANG LAMPU
Pasangkan lampu di lokasi yang telah dipilih mengikut arahan pengilang. Untuk pemasangan lampu pada lantai laman, gunkan trowel untuk memudahkan anda menanam tiang atau kaki lampu.

5. PENDAWAIAN
Selesai pemasangan lampu, lakukan pendawaian dari outlet terus ke bahagian yang telah disasarkan.

Kredit foto: Unsplash

6. CABLE CONNECTOR
Sambungkan setiap lampu dengan pendawaian yang telah siap dengan menggunakan cabble connector.

7. TANAM KABEL
Untuk tanam kabel tak perlu menggali, cukup sekadar buat satu longkang kecil saiz kabel dengan menggunakan trowel. Posisikan cable di dalam longkang kecil yang telah disediakan dan tanam atau tutup semula lubang tersebut.

8. SAMBUNGAN PENDAWAIAN KE OUTLET


Selesai pemasangan lampu pada aliran pendawaian, sambungkan pula pada power pack untuk tujuan kawalan dan terus ke outlet.

Kredit foto (top image): Pexels

 

BELI LAMPU TAMAN DI SINI

 

Ingin kongsi idea dekorasi rumah anda? Klik link ini untuk join telegram grup Geng Dekor Impiana: https://t.me/gengdekorimpiana

 

Ingin lebih tahu pelbagai tip untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.

 

 

 

 

 

Published by
Norhasliza Mohd Shafi