Tip Penggunaan Periuk “Non-Stick” Tahan Lama Dan Baik Untuk Kesihatan

Share

Kenapa beli kuali atau periuk tidak melekat atau teflon mahal-mahal sedangkan fungsinya sama dengan yang murah? Banyak isu sebenarnya nak dijelaskan atas perbandingan ini. Tapi sebelum ini ramai mempunyai tanggapan yang salah terhadap barang memasak teflon.

Punca utama ada lah disebabkan produk teflon dikatakan mengandungi PFOA untuk mengikat lapisan tidak mudah melekat pada pekakas masakkan. Bahan tersebut adalah makanan sel barah dalam tubuh. Tapi, melalui perkongsian dari media sosial Ini Sains Beb

.

Kebanyakkan pengusaha sudah tidak menggunakan bahan tersebut.

Jadi, kalau nak beli dan menggunakan teflon dengan selamat, ini tip yang dicadangkan oleh mereka:

1. Beli produk teflon yang berkualiti. Kembali pada isu yang awal-awal tadi. Mahal ke murah bukan menjadi pilihan, tapi cari yang berkualiti

2. Teflon berbahaya jika dipanaskan melebihi suhu 350 darjah selsius dalm tempoh 4 jam ke atas


3. Jika lapisan teflon terkoyak atau calar teruk, sebaiknya jangan digunakan lagi

4. Jangan gunakan senduk atau sudip besi untuk elak lapisan teflon cepat rosak dan koyak


5. Ramai yang buat silap, cuci periuk teflon ketika panas. Ia juga antara punca utama lapisaan teflon mudah rosak

 

Published by
Impiana