Tip pilih jubin, jangan asal berkenan terus pilih, bukan semua jenis kediaman sesuai. Masih ramai yang tidak tahu memilih jubin yang sesuai untuk kediaman. Selalunya yang menjadi kebimbangan ialah bila kita tersalah pilih jubin. Mungkin tidak sesuai dengan konsep rumah, kurang cantik dan sebagainya.
Jubin rumah akan kelihatan cantik jika anda pandai memilih jubin yang betul-betul berkualiti dan sesuai. Seperti yang kita ketahui jubin bukan sahaja sesuai untuk lantai di bahagian ruang tamu tetapi juga menyeluruh hingga ke bilik mandi dan juga ruang dapur.
Paling penting, tentukan konsep kediaman terlebih dahulu jadi secara tidak langsung ia memudahkan anda untuk memilih warna, corak dan juga saiz jubin tersebut.
TIP PEMILIHAN JUBIN UNTUK KEDIAMAN:
*Salah satu cara untuk melihat jubin sebelum membelinya adalah dengan berdiri dalam jarak sekurang-kurangnya satu meter untuk mendapatkan gambaran yang realistik bagi jubin tersebut.
*Pada bahagian luar atau kawasan mudah terdedah kepada kelembapan, anda boleh menggunakan jubin dengan permukaan bertekstur lebih kasar.
*Berbanding untuk kegunaan dalaman rumah, selalunya jubin daripada jenis permukaan licin dan berkilat sering menjadi pilihan.
*Bagi kediaman yang lebih kecil, pilihan jubin sederhana lebih baik berbanding bersaiz kecil atau besar.
Ads
*Jika jubin daripada jenis yang kasar selalunya mudah memerangkap kotoran dan berdaki. Oleh itu menggosok dan pembersihan secara intensif dengan teknik yang betul diperlukan bagi mengekalkan keaslian permukaan. Jangan sesekali memasang jubin yang dikhaskan untuk dinding pada lantai kerana masing-masing ada perbezaannya.
Paling penting untuk memilih jubin yang berkualiti, pastikan anda meminta pendapat pada mereka yang berpengalaman luas dalam bidang binaan. Mereka lebih mengetahuai mengenai produk atau jenama yang lebih bagus, yang lebih mantap untuk jubin rumah anda. Paling penting kita akan tahu ‘standard’ dan ianya bermutu atau tidak.
Permukaan yang licin biasanya sesuai untuk lantai di bilik tetamu, manakala permukaan yang kasar sesuai untuk bilik air. Bagaimanapun jubin dengan permukaan yang kasar susah untuk dicuci kerana kekotoran itu susah hendak ditanggal.
Selain itu, anda juga perlu memastikan tukang yang dipertanggungjawabkan untuk memasang jubin di rumah anda juga adalah yang berpengalaman dalam pemasangan jubin. Pemilihan tukang yang berpengalaman dapat memastikan jubin dapat dipasang dengan sempurna agar kelihatan kemas dan cantik.
Jangan sesekali memasang jubin yang dikhaskan untuk dinding pada lantai kerana masing-masing ada perbezaannya. Fungsi jubin untuk dinding dan lantai tidak sama kerana seperti yang kita ketahui jubin untuk lantai lebih tahan lasak.
Ads
Teknik pemasangan jubin juga perlu diberi perhatian supaya tetap utuh dan tidak menggelembung. Jika jubin lantai sudah menggelembung, lama kelamaan ia pasti pecah dan berserpih. Jubin yang bersepah mempunyai bucu tajam dan boleh mencederakan kaki jika terpijak.
Dekorasi rumah teres setingkat bertemakan warna hijau zamrud (emerald green) menawarkan efek yang fleksibel untuk dipadukan dengan hampir semua warna terang dan juga natural. Ketika diterapkan sebagai warna utama, hijau zamrud memberikan pernyataan berani serta mewah.
Trend warna datang dan pergi, tetapi daya tarikan hijau zamrudtidak pernah lekang dek waktu. Jika anda siap untuk perubahan berani di dapur, pertimbangkan untuk mengaplikasikan hijau zamrud untuk dinding atau kabinet dapur.
Berikut dikongsikan dekorasi dengan tema hijau zamrud yang dikongsikan oleh Nur Nazihah Abd Razak. Kediaman jenis teres setingkat.
Faham Dulu Kelebihan Dan Kekurangan “Sofa Bed”. Sofa bed atau tempat tidur sofa adalah pilihan bijak bagi kediaman yang mempunyai ruang terhad atau kompak. Sebab itu, sofa bed menjadi pilihan bagi mereka yang tinggal di dalam unit studio. Namun ia bukan lah menjadi tempat tidur utama, tetapi hanyalah sebagai tambahan untuk tetamu yang hadir.
Tapi sebelum membeli sofa bed, harus faham Kelebihan Dan Kekurangan “Sofa Bed”
KELEBIHAN SOFA BED
HARGA JAUH LEBIH MURAH
Harga sebuah sofa bed jauh lebih murah Jika di banding jika anda membeli sebuah sofa dan sebuah katil.
SELESA UNTUK DIJADIKAN TEMPAT TIDUR DAN DUDUK
Jika dahulu rekaan sofa bed agak terhad dengan cara membukanya menjadi sebuah katil pun sukar, kini dengan teknologi dan pemahaman industri terhadap keperluan semasa ia lebih mudah diguna pakai.
Jika dahulu sofa bed menggunakan material yang keras untuk memastikan ia lebih kukuh, kini bahan binaan sebuah sofa bed lebih selesa. Ada kalanya lebih selesa dari hamparan tilam
JIMAT RUANG
Umum tahu pemilihan sofa bed untuk jimat ruang. Ia juga sebagai penyediaan kecemasan apabila tetamu yang berkunjung ingin tumpang menginap. Tak perlu dah nak hampir tilam atau toto lain. Nak simpan stok tilan dan toto pun dah satu hal makan ruang
LEBIH RINGAN DARI SOFA BIASA
Kebanyyakkan rekaan sofa bed lebih ringan jika dibandingkan sebuah sofa mahupun katil. Ia bertujuan memberi kemudahan kepada pengguna untuk membuka dan menutup dari sofa menjadi sebuah katil.
KEKURANGAN SOFA BED
BUKAN TEMPAT TIDUR KEKAL
Walaupun direka sesuai untuk kita jadikan tempat tidur, harus diingat ia hanya lah untuk kegunaan sekali sekala.
TERHAD UNTUK 1 ORANG DEWASA
Kebiasaanya sofa bed jika dijadikan tempat tidur hanya sesuai digunakan untuk 1 orang dewasa. Walaupun masih ada ruang yang berupaya memuatkan seorang lagi orang dewasa, ia akan menyebabkan kerosakkan pada binaan struktur sofa bed. Melainkan pengelang memang meraka bentuk sofa bed tersebut seusia digunakan untuk lebih dari 1 orang
Backsplash atau kemasan dinding pada bahagian belakang sinki adalah satu perkara yang selalu kita pandang remeh ketika dalam proses renovasi rumah khususnya di dapur. Fungsi utama backsplash adalah bagi menghalang dan mengelak dinding dari terkena air seterusnya mengotorkan bahagian tersebut. Ia tidak perlu terlalu dominan dan menyakitkan mata, namun jika ia terlalu hambar, anda pasti akan tertanya-tanya mengapa ruang dapur anda kelihatan kusam..
Jika anda bercadang untuk menambah baik atau mengubahsuai dapur anda, di sini IMPIANA kongsikan beberapa jenis bahan yang sesuai untuk dijadikan backsplash dengan menilai faktor-faktor berikut ;
1.KOS
Adakah bahan itu mampu milik dari segi kos pemasangan dan kos penyelenggaraan
2.GAYA
Sama ada ia adalah satu gaya yang sudah lapuk dan ketinggalan zaman atau tidak bersesuaian dengan konsep
3.KETAHANAN
Memastikan bahan yang dipilih berbaloi dengan nilai yang dibayar dari segi ketahanan untuk jangka masa yang panjang
Jangan pula kita lupa bahawa backsplash bukan hanya sekadar elemen dekoratif di dapur tetapi juga merupakan sesuatu yang mempunyai fungsi pelindung. Jadi kita juga perlu menilai backsplash dari aspek functionality. Sama ada material yang dipilih dapat mejalankan tugas menghalang air dari terpercik ke dinding dengan baik ataupun tidak. Keperluan setiap orang juga adalah berbeza-beza jadi ikutlah kesesuaian dan kemampuan masing-masing ya!
Di bawah merupakan 4 material pilihan IMPIANA untuk backsplash :
Kaca Material kaca sesuai digunakan untuk dapur yang berkonsepkan minimalis dan moden. Ia mudah dibersihkan selain buat dapur anda nampak lebih kemas dan elegan . Sifat reflektif kaca juga dapat memberikan efek luas pada dapur yang kecil. Penggunaan material kaca harus sering dibersihkan agar kaca backsplash tetap terjaga rapi dan tidak dikotori kesan minyak atau makanan.
Batu Marmar
Marmar adalah antara material pilihan popular untuk backsplash. Selain mudah dibersihkan material ini juga menciptakan aura elegan dan mewah. Marmar juga sangat keras dan tidak mudah pecah menjadikannya antara bahan yang bagus untuk jangka masa panjang. Selain untuk dinding anda juga boleh gunakan marmar untuk material counter top anda.
Stainless Steel Merupakan material anti-karat yang mudah dibersihkan. Kotoran hanya perlu dilap dengan kain lembap tanpa perlu bersusah payah. Material stainless steel sesuai untuk dapur yang bertema industrial dan moden. Stainless steel sebagai backsplash juga sering digunakan di dapur-dapur profesional seperti hotel atau restoran.
Jubin Seramik atau Porselin
Material paling common yang kita lihat untuk backsplash ini menjadi pilihan ramai kerana ia amat versatail dan mudah disesuaikan denagn konsep mengikut kehendak pemilik. Dan dari aspek kos pula, harganya berubah ubah bergantung pada saiz, ketebalan dan bentuk yang anda pilih. Tetapi jangan risau, terdapat ribuan pilihan jubin yang sesuai dijadikan lapisan pada dinding, anda hanya perlu pilih yang kena denga bajet dan gaya sahaja.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.