Tip Pilih Jubin, Jangan Asal Berkenan Terus Pilih, Bukan Semua Jenis Kediaman Sesuai

Share

Tip pilih jubin, jangan asal berkenan terus pilih, bukan semua jenis kediaman sesuai. Masih ramai yang tidak tahu memilih jubin yang sesuai untuk kediaman. Selalunya yang menjadi kebimbangan ialah bila kita tersalah pilih jubin. Mungkin tidak sesuai dengan konsep rumah, kurang cantik dan sebagainya.

Jubin rumah akan kelihatan cantik jika anda pandai memilih jubin yang betul-betul berkualiti dan sesuai. Seperti yang kita ketahui jubin bukan sahaja sesuai untuk lantai di bahagian ruang tamu tetapi juga menyeluruh hingga ke bilik mandi dan juga ruang dapur.

Kredit foto: Pexels

Paling penting, tentukan konsep kediaman terlebih dahulu jadi secara tidak langsung ia memudahkan anda untuk memilih warna, corak dan juga saiz jubin tersebut.

TIP PEMILIHAN JUBIN UNTUK KEDIAMAN:

*Salah satu cara untuk melihat jubin sebelum membelinya adalah dengan berdiri dalam jarak sekurang-kurangnya satu meter untuk mendapatkan gambaran yang realistik bagi jubin tersebut.

*Pada bahagian luar atau kawasan mudah terdedah kepada kelembapan, anda boleh menggunakan jubin dengan permukaan bertekstur lebih kasar.

Kredit foto: Pexels

*Berbanding untuk kegunaan dalaman rumah, selalunya jubin daripada jenis permukaan licin dan berkilat sering menjadi pilihan.

*Bagi kediaman yang lebih kecil, pilihan jubin sederhana lebih baik berbanding bersaiz kecil atau besar.

*Jika jubin daripada jenis yang kasar selalunya mudah memerangkap kotoran dan berdaki. Oleh itu menggosok dan pembersihan secara intensif dengan teknik yang betul diperlukan bagi mengekalkan keaslian permukaan. Jangan sesekali memasang jubin yang dikhaskan untuk dinding pada lantai kerana masing-masing ada perbezaannya.

Kredit foto: Pexels

Paling penting untuk memilih jubin yang berkualiti, pastikan anda meminta pendapat pada mereka yang berpengalaman luas dalam bidang binaan. Mereka lebih mengetahuai mengenai produk atau jenama yang lebih bagus, yang lebih mantap untuk jubin rumah anda. Paling penting kita akan tahu ‘standard’ dan ianya bermutu atau tidak.

Permukaan yang licin biasanya sesuai untuk lantai di bilik tetamu, manakala permukaan yang kasar sesuai untuk bilik air. Bagaimanapun jubin dengan permukaan yang kasar  susah untuk dicuci kerana kekotoran itu susah hendak ditanggal.

Kredit foto: Pexels

Selain itu, anda juga perlu memastikan tukang yang dipertanggungjawabkan untuk memasang jubin di rumah anda juga adalah yang berpengalaman dalam pemasangan jubin. Pemilihan tukang yang berpengalaman dapat memastikan jubin dapat dipasang dengan sempurna agar kelihatan kemas dan cantik.

Jangan sesekali memasang jubin yang dikhaskan untuk dinding pada lantai kerana masing-masing ada perbezaannya. Fungsi jubin untuk dinding dan lantai tidak sama kerana seperti yang kita ketahui jubin untuk lantai lebih tahan lasak.

Teknik pemasangan jubin juga perlu diberi perhatian supaya tetap utuh dan tidak menggelembung. Jika jubin lantai sudah menggelembung, lama kelamaan ia pasti pecah dan berserpih. Jubin yang bersepah mempunyai bucu tajam dan boleh mencederakan kaki jika terpijak.

Sumber: Jernih Marketing 

Kredit foto (top image): Pexels

Ingin kongsi idea dekorasi rumah anda? Klik link ini untuk join telegram grup Geng Dekor Impiana: https://t.me/gengdekorimpiana

 

Ingin lebih tahu pelbagai tip untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.

 

 

 

 

 

 

Published by
Norhasliza Mohd Shafi