Tip pilih katil untuk si kecil, jangan beli sebab nampak cantik je. Mungkin kita biasa sahaja dengar tentang kanak-kanak cedera di dalam katil tidur/cot disebabkan terjatuh, tersangkut, terhantuk dan sebagainya. Sudah tentu kita tidak dapat membayangkan jika ia terjadi kepada anak kita sendiri.
Memang benar malang tidak berbau, kalau nak jadi, memang terjadi tiada siapa yang dapat menghalang. Oleh itu, alternatifnya adalah untuk mencegah di peringkat awal iaitu dalam situasi ini adalah pemilihan katil tidur yang selesa, sesuai, selamat dan praktikal untuk anak-anak kita.
Disebabkan itu, IMPIANA ingin membantu anda membuat pilihan yang tepat ketika membeli katil demi keselesaan dan keselamatan anak-anak anda ketika sedang lena dibuai mimpi.
BAWA ANAK ANDA UNTUK MENCUBA KATIL DAN TILAM
Semasa anda melakukan survey katil, pastikan anda membawa bersama anak anda untuk mencuba katil dan tilam yang dijual. Walaupun di zaman moden ini sudah banyak dijual secara online, adalah lebih baik untuk anda pergi ke pusat jualan dan biarkan anak mencubanya.
CARI KATIL YANG MEMPUNYAI CIRI KESELAMATAN YANG TINGGI
Tidak dinafikan, untuk membeli katil sebegini, anda kena berbelanja lebih, tetapi disini kita membicarakan tentang keselamatan anak kita yang dalam fasa membesar dan tidak dapat kita bayangkan apa yang akan berlaku sebaik sahaja mereka masuk ke kamar tidur. Elakkan katil yang tinggi. Ini untuk memudahkan anak anda bangun dan tidur dengan mudah serta mengurangkan kadar kecederaan incase anak anda terjatuh dari katil.
Ads
PILIH KATIL KANAK-KANAK YANG DIPERBUAT DARIPADA SOLID WOOD
Katil sebegini nampak kukuh dan kuat serta berupaya menampung berat anak anda ketika mereka bermain. Jika anda ingin membeli katil kerangka besi, periksa dengan teliti pemasangan skru dan peralatan lain. Ini adalah untuk memastikan katil tidak bergoyang serta runtuh semasa anak anda ingin memanjat naik ke atas katilnya.
BELI KATIL DENGAN KERANGKA YANG SELAMAT
Konteksnya adalah untuk membeli design katil yang bahagian hujungnya tidak tajam. Ini termasuklah material yang diperbuat daripada kayu atau besi. Ini untuk mengelakkan anak anda daripada terhantuk sehingga boleh mengakibatkan kecederaan.
ELAKKAN AKSESORI DALAM KATIL YANG BERBAHAYA
Ads
Tahukah anda terdapat kes ada bayi yang mati dalam katil sendiri? Ya, ada. Ini kerana aksesori tambahan seperti kusyen serta mainan lembut yang berbahaya. Elakkan terlalu penuhkan katil bayi dengan aksesori serta mainan yang boleh mengakibatkan bayi lemas secara tidak sengaja ketika bermain.
ELAK GUNA CAT YANG ADA VOC
Bilik tidur anak anda mestilah bebas daripada cat yang mempunyai kadar Volatile Organic Compounds (VOC) yang rendah atau lebih baik tiada langsung. Ini kerana cat sebegini mempunyai cecair kimia yang tidak baik untuk sistem pernafasan kita. Kalau tidak elok untuk golongan dewasa, bagaimana nasib anak kita yang masih lagi baru dilahirkan di dunia?
AMALKAN LANGKAH KESELAMATAN
Ads
Sentiasa pastikan keselamatan persekitaran bilik anak anda terjamin dan bebas daripada faktor-faktor yang boleh menyebabkan anak anda tergugat kesihatannya. Ingat, anak anda adalah amanah dari yang Maha Esa.
Kini musim puasa bakal tiba. Confirm ramai di kalangan kita gigih menjadi usahawan makanan dan gigih juga membeli juadah berbuka di bazaar. Salah satu masalah utama apabila dalam menjaga kebersihan makanan adalah serangan dari lalat yang adakala membuat kita hilang selera. Apatah lagi ditinggalkannya telur dan segala kekotoran yang menyebabkan kita sakit.
Bagi episod pertama cara yang paling mudah adalah anda menggunakan bunga cengkih.
Ada yang menempatkan bunga cengkih di dalam mangkuk bagi memberi bau yang mampu menghalau lalat.
Terdapat juga petua yang menyatakan perlu dimasukkan sedikit air ke dalam mangkuk tersebut bagi semarakkan bau bunga cengkih tersebut.
Bagi yang sukakan keunikan, cuba mencucuk bunga cengkih ini pada limau purut. Ia juga mampu memberikan bau yang agak kuat dan ia juga boleh digubah menjadi hiasan meja yang unik.
Ada juga yang menyatakan petua ini juga mampu menghindarkan kehadiran semut. Jadi ia amat berguna dan berbaloi. Bukan sahaja mapu memberikan bau yang menyegarkan malah cantik jika dijadikan hiasan meja makan.
IDEA HIAS – Anda boleh susun limau purut yang telah dicucuk dengan bunga cengkih ini menjadi susunan menarik di tengah meja makan sebagai hiasan utama . Malah ia juga menarik digantung sebagai tarikan pandangan.
Selamat Mencuba
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Mesti ada dikalangan anda yang pernah mengalami masalah untuk menghalau semut di rumah dan sehingga kini masih belum menemui penyelesaiannya. Memang stres kan?
Sebenarnya, ada beberapa petua dan langkah mudah yang anda boleh lakukan bagi menangani masalah tersebut.
Jadi, cuba petua berikut untuk menghalau semut di rumah anda dengan menggunakan bahan semulajadi yang pasti berkesan dan selamat.
1.CUKA
Cuka putih adalah penghalau semut yang amat berkesan kerana semut tak sukakan baunya yang kuat dan kandungannya yang berasid.
Caranya, anda boleh larutkan cuka ke dalam sedikit air dan masukkan ke dalam botol penyembur kosong. Kemudian, semburkan ke bahagian pintu masuk atau laluan semut.
Cuba ulangi beberapa kali sebaik saja larutan ini kering. Dalam beberapa hari, anda akan nampak kesannya.
2.KULIT KAYU MANIS
Bagi sesetengah yang tak sukakan bau cuka, anda boleh menggunakan serbuk kayu manis dan cengkih.
Taburkan serbuk tersebut di laluan semut dan biarkan selama beberapa hari.
Bagi anda yang ada ‘cinnamon essential oil’ di rumah, anda boleh campurkan minyak ini dengan sedikit air semburkan ia ke kawasan tersebut. Dengan langkah ini bukan sahaja boleh mewangikan rumah, semut-semut pun hilang!
3.SERBUK KOPI
Serbuk kopi asli juga mempunyai bau yang kuat dan boleh digunakan untuk menghalau semut daripada menghurung makanan di rumah anda.
Kaedah yang anda boleh lakukan, ambil sedikit serbuk kopi dan taburkan di kawasan laluan masuk semut dan biarkan selama beberapa hari. Semut akan menjauhi kawasan ini dan tak akan datang lagi.
4.DAUN SIRIH
Cincangkan beberapa helai daun sirih dan taburkannya pada tempat semut selalu berkerumun. Bau herba daripada daun ini akan menghalang semut daripada mendekati kawasan tersebut.
5.KULIT TELUR
Caranya, bakar kulit telur hingga menjadi abu. Tabur abu ini pada kawasan laluan semut atau tempat yang sering menjadi tumpuan semut.
Selain semut, cara ini juga berkesan juga untuk menghalau cicak atau serangga lain yang tak diingini.
Jangan lupa mengaplikasikan petua untuk menghalau semut ini. Mudah-mudahan, rumah anda akan selamat daripada dihurung semut selepas mencuba cara di atas.
Selain itu, pastikan juga tiada sisa makanan yang terbiar demi memastikan semut-semut ini tidak kembali menyerang kediaman anda. Selamat mencuba!
Sumber: SirapLimau Website
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Ramai orang ada masalah pokok dah matang lama tapi tak berbuah. Dah macam-macam cara dan baja diberikan. Tapi, masih tak berbuah. Petua, apatah lagi. Tapi pernah cuba tak teknik yang digunakan oleh Rozie Ziejy ni. Dengar kata, pokok yang tak pernah berbuah akan berbuah dan yang kedekut bunga tu lebat bunga dari daun hanya dengan menggunakan ajinimoto.
Namun menurut Rozie setiap jenis dan saiz pokok cara aplikasi baja ajinomoto ni berbeza-beza. Jom kita baca perkongsian Rozie ni.
Ajinomoto kaya dgn MSG yg mampu menyuburkan pokok yg susah mahu berbunga dan berbuah. Dedaun sayur pula akan membesar dua tiga kali ganda saiznya, pertumbuhan tanaman lebih cepat, pokok bunga akan cepat berbunga dan pokok buah akan cepat berbuah.
Resepi untuk tanaman berpasu
Ajinomoto 1 sudu teh (5g) utk 1 pasu tanaman.
CARA MEMBAJA:
Tabur terus ajinomoto di sebelah pokok. Kemudian siram dengan air.
Resepi untuk sayuran
Pokok kecil seperti sawi, kangkung, bayam, salad, pokok kari, serai, pandan dan lain-lain.
Ajinomoto 1 sudu makan (15g) + air 5 liter.
Cara membaja:Siram keliling pokok dan sembur pada batang dan daun pokok. Kekerapan siraman adalah seminggu sekali.
Resepi untuk pokok buah
Pokok besar seperti pokok mempelam, pokok rambutan, manggis dan lain-lain. (Utk umur tanaman setahun ke atas).
Ajinomoto 5 sudu makan (75g) + air 1 liter.
Cara membaja:Siram keliling pokok dan sembur pada batang dan daun pokok. Kekerapan siraman adalah seminggu sekali.
NOTA:
Kesannya biasa dapat dilihat seminggu selepas penyiraman atau semburan dibuat.
Pucuk baru akan mula muncul. Pokok yg tidak pernah berbunga akan mula berbunga. Demikian juga pokok yg tdk pernah berbuah akan mula berbuah.
Saya sudh cuba keadah ini
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.