Tip pilih kontraktor sebelum bina/ubah suai rumah, elak rugi dan tertipu dengan janji manis. Sebelum membina atau mengubah suai rumah, ada beberapa perkara yang anda perlu pastikan bagi mengelakkan kerugian akibat kontraktor bermasalah.
Penting ada perjanjian antara pemilik rumah dan kontrakor. Ia bertujuan bagi melindungi hak pemilik rumah sekiranya berlaku masalah.
Perjanjian ini juga boleh dijadikan sebagai rujukan sekiranya berlaku keraguan atau pertelingkahan, serta boleh dijadikan bukti atau dokumen sah disisi undang-undang. Membina atau mengubahsuai rumah memberikan satu kepuasan namun ia juga boleh mendatangkan sengsara jika tidak kena caranya.
Berikut perkongsian lengkap dengan fakta oleh Mahanom M Mohammad sebelum anda mengambil keputusan memilih kontraktor untuk membina/mengubahsuai kediaman anda.
Apabila hendak memilih kontraktor, pilihlah kontraktor yang memberi sebutharga lengkap ada spesifikasi. Bukan harga pukal atau lumpsum.
1. Sebutharga adalah setiap kerja yang dilakukan, diterangkan dengan jelas skop kerja tersebut, bagaimana kerja tersebut dijalankan, siap dengan sukatan ukuran berapa banyak atau berapa luas kerja itu dilakukan. Dalam bahasa industri, kita sebut spesifikasi.
Ads
2. Ini supaya tuan rumah pun mudah untuk periksa sendiri harga yang dicaj itu sama dengan harga yang ditawarkan dalam sebutharga dan setanding dengan kerja yang dilaksanakan kontraktor.
3. Contohnya jika minta tukar pintu baru.
Kontraktor yang beri harga ikut spesifikasi akan beri sebutharga seperti berikut: — Membuka pintu lama, membekal dan memasang pintu nyatoh saiz xxxxxxx di ruang bilik tidur utama lengkap dengan sistem kekunci – 1 unit RM200.
4. Sekiranya dia beri sebutharga – Lumpsum RM200.00, tuan rumah berisiko menghadapi situasi begini:
Ads
“Incik, pintu lama mahu buka ke?” Tuan rumah jawab, iye, bukalah. “Incik, pintu lama ini mahu simpan atau mahu buang?” Tuan rumah jawab, iyelah, takkan nak simpan pulak. “Incik, ini pintu mahu pasang kunci biasa atau kunci terbaikkkkk?” Tuan rumah jawab, mestilah yang terbaiiikkkkk.
5. Kemudian tuan rumah terpaksa pula menghadapi bil yang dikeluarkan RM500.00 untuk tampung harga berikut.
Harga buka pintu lama – RM100.00 Harga sewa lori buang pintu lama – RM100.00 Harga pasang pintu baru seperti dalam sebutharga – RM200.00 Harga pasang sistem kekunci spec terbaikkkkkk- RM100.00 Jumlah RM500.00 Mahu tak mahu terpaksalah bayar.
Ads
6. Sekiranya dalam perbincangan secara lisan, kontraktor telah terangkan kerjanya secara detail. tentang harga yang diberinya adalah meliputi kerja-kerja yang lengkap, minta juga perincian kerja itu dituliskan dalam sebutharga.
7. Apabila ada sebutharga bertulis, sekiranya ada pertikaian, nak viral ke, buat aduan polis ke, masuk tribunal ke, saman ke, sekurangnya ada sebutharga bertulis sebagai bukti.
Bila sudah bergaduh dan tiada benda bertulis, masa itulah masing-masing akan tuduh menuduh satu sama lain. Masa nak kerja cakap lain, bila dah setuju kasi kerja cakap lain pula. Masa nak harga diskaun, setuju tak pasang itu ini, bila dah siap, bising kerja tak lengkap takde itu ini.
8. Bergaduh dan tuduh menuduh ni, bukan sahaja menimbulkan sakit hati, silap-silap boleh tambah dosa kerana mengada-adakan benda yang tiada. Lebih berdosa, bila terngumpat di belakang pula.
Over-watering atau penyiraman berlebihan antara punca utama kematian indoor plant. Sebenarnya, ada penyelesaian lebih mudah untuk mengatasi masalah ini. Selain bekas siraman yang bukan sahaja menyebabkan lebihan air malah sisa yang mengalir keluar akan mengotorkan kediaman, apa kata anda guna trik air batu.
Menurut Jilian dari I Am a Homemaker, air batu yang mencair berupaya membekalkan siraman kepada tanaman secara beransur-ansur (slow-release). Ini menyebabkan air dapat diserap sepenuhnya oleh akar secara berperingkat dan sempurna. Tambahan, teknik ini sangat sesuai bagi penyiraman tanaman bergantung. Ia dapat memastikan persekitaran anda tidak kotor disebabkan air yang jatuh
Teknik ini paling sesuai untuk tanaman jenis berbunga seperti orkid, begonia, petunia dan sebagainya.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Merancang nak jual rumah atau cairkan aset. Mungkin untuk di buat muka bagi membeli aset yang lebih bagus atau untuk keperluan lain. Tapi, tak pernah ada pengalaman jual rumah. Boleh ke terus jual macam tu je. Jual beli rumah ni, bukan sebarangan. Ini kerana ia melibatkan kerja-kerja berkaitan dengan surat hitam putih dan hal undang-undang lain. Menurut perkongsian propertyguru.com, sebelum jual rumah hadam dulu 8 langkah ni
1. BUAT KAJIAN PASARAN SEMASA DAN TETAPKAN HARGA
Langkah pertama yang wajib anda lakukan sebelum jual sesebuah hartanah adalah tetapkan harga. Untuk pastikan harga semasa sesebuah hatanah yang hendak dijual tidak terlalu tinggi atau rendah dari pasaran, anda boleh lantik ejen atau penilai profesional.
2. DAPATKAN EJEN HARTANAH YANG BETUL
Seorang ejen hartanah yang bagus, boleh menyediakan sebut nilai sesebuah aset dengan cepat dan menguntung kan si penjual sebaiknya. Sesiapa sahaja boleh claim dirinya sebagai ejen hartanah. Namun, pastikan ia berdaftar dengan Board of Valuers, Appraisers and Estate Agents (BOVAEA).
Untuk elak ditipu atau lebih mudah, cari ejen berdasarkan cadangan dari rakan-rakan atau ahli keluarga yang pernah berurusan dengan ejen hartanah.
Tak nak guna ejen? Nanti nak kene bayar persen dekat ejen pula. Tak ada masalah, tapi segala urusan surat menyurat sama ada antara pembeli, bank dan lain-lainnya perlu anda selesaikan sendiri. Ini bermakna lebih banyak kerja yang perlu anda lakukan.
3. DAPATKAN NASIHAT PERUNDANGAN
Apabila anda menjual sebuah hartanah, ia melibatkan prosedur undang-undang tertentu terutamanya proses pemindahan pemilikkan antara penjual dan pembeli.
Sebab itu anda memerlukan bantuan guaman kerana mereka yang akan sediakan surat hitam putih dan segala dokumen berkaitan. Namun, sekarang lebih mudah. Kebiasaanya ejen akan hadir bersama peguam untuk lebih mudah dan proses jual beli lebih cepat dan berjalan lancar
Apabila anda membuat keputusan untuk menjual harta anda, anda harus mengambil langkah untuk menjadikannya kelihatan rapi dan Bakal pembeli rasa selesa untuk datang review
Pandangan pertama adalah segala-galanya. Sebaiknya, bersihkan dahulu kedaiaman yang hendak dijual dan cat dengan warna putih. Ini salah satu cara untuk menaikkan harga hartanah yang hendak dijual dan si pembeli tidak boleh minta diskaun yang banyak
5. IKLAN KAN HARTANAH ANDA
Warwarkan bahawa anda akan menjual hartanah anda. Walaupun ejen akan melakukan tugasan ini, anda juga boleh lakukan hebahan untuk meamstikan hartanah lebih cepat terjual. Pastikan anda ambil gambar yang mencukupi dan sebaiknya cantik. Jika ada modal lebih, boleh lantik jurugamabr profesional
6. BERSIAP SEDIA UNTUK “VIEWINGS”
Apabila bakal pembeli menyatakan minat terhadap harta tanah anda, mereka pasti ingin datang untuk melihat. Sebaiknya pilih waktu siang. Buka semua tingkap dan pintu untuk memberi lebih cahaya dan udara semulajadi masuk ke dalam ruangan kediaman. Untuk viewings, pastikan ejen datang berasama supaya segala rundingan yang berlaku antara penjual dan pebeli disaksikan oleh ejen.
7. RUNDINGAN DENGAN BAKAL PEMBELI
Dah jumpa bakal pembeli yang berminat dengan rumah anda? sekarang adalah masa untuk bakal pembeli lakukan rundingan bersama penjual. Tapi sebelum berlaku rundingan, anda dah tetapkan margin akhir. Seperti contoh, harga jual dari mulut anda ialah RM530,000, harga akhir rundingan adalah RM 500,000. Hal ini penting bagi mengelak anda dari kerugian
8. PERSEDIAAN DOKUMEN TUKAR HAK MILIK
Selepas pembeli bersetuju, maka ejen akan mengeluarkan Letter of offer. Manakala, si pembeli perlu menyediakan diposit pembelian kebiasaanyan 2-3% dari harga perjanjian jual beli
Video pilihan:
Kemudian, peguam yang telah dilantik akan sediakan Sale And Purchase Agreement (SPA. Untuk sign dokuman ini, pembeli perlu menyediakan wang diposit 10% lagi dan dalam tempoh 14 hari dokumen ini perlu mati setem
9. BAYARAN BAKI JUALAN
Menurut terma standard, dari tempoh mati steme pada dokumen SPA, 90% dari baki jualan rumah akan dibayar dalam tmepoh 3 bulan
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Dengar macam mustahil tetapi percaya atau tidak, yang anda boleh memberi wajah baru pada kediaman tanpa perlu membayar apa apa pun! YA. Anda hanya memerlukan sedikit kreativiti, imaginasi dan kerajinan untuk melakukannya. Tidak perlu rasa terbeban memikirkan ruang tamu yang kelihatan hambar dan bilik tidur yang tidak lagi menarik kerana hanya dengan sedikit perubahan, ruangan tersebut akan dengan serta merta berubah menjadi seperti sebuah ruangan yang baru.
Mari ikuti tip-tip ini untuk upgrade rumah yang lama menjadi baru tanpa perlu mengeluarkan sebarang belanja.
Perbaharui Susun Atur Ruang Tamu
Pertama sekali, cuba tanya pada diri anda, “Adakah ruang tamu saya ini berfungsi sepenuhnya dengan baik?”. Mungkin produktiviti ruang tamu yang biasanya kita guna hanyalah 40%. Jadi apa yang perlu dilakukan untuk mendapatkan fungsi selebihnya? Majoriti ruang tamu boleh diperbaiki dengan hanya menggerakkan perabot.
Tukarkan ruang tamu anda menjadi lebih mesra pengguna; bukan saja untuk menonton TV tetapi juga mempunyai suasana yang menggalakkan perbualan. Jika anda masih tidak tahu, kerusi tidak semestinya perlu dirapatkan ke dinding. Jadi anda boleh alihkan sofa dan kerusi-kerusi lain agar lebih dekat antara satu sama lain bagi mewujudkan kenyamanan.
Wujudkan Dinding Galeri
Daripada anda gantungkan gambar-gambar kenangan peribadi merata diseluruh rumah, lebih elok jika anda kumpulkan semua gambar berharga tersebut dan gantungkannya pada satu dinding yang juga boleh dijadikan sebagai focal point sesebuah ruang.
Bergantung pada berapa ukuran dinding, anda boleh susun bingkai gambar mengikut kesesuaian tetapi pastikan anda tidak menggantung terlalu banyak bingkai bersaiz kecil kerana ia akan membuatkan dinding nampak semak dan sibuk.
Waktu Untuk Spring-Cleaning !
Melainkan barangan tersebut ;
a) masih berguna
b) mempunyai nilai sentimental
Selain itu, buangkan saja. Proses decluttering ini akan membuatkan anda rasa lebih baik dan ruang akan terasa lebih nyaman dan ‘ringan’. Rumah anda bukan stor jadi apa apa objek yang tidak lagi memberi kemudahan dalam kehidupan seharian anda pelu dihapuskan atau dibawa keluar dari rumah.
Ubah Kedudukan Katil
Sedar atau tidak, mungkin anda telah letakkan katil pada dinding yang salah. Jangan khuatir, inilah masa yang sesuai untuk anda fikirkan susun atur yang baru untuk ruang paling intim dalam rumah anda.
Dengan pengecualian tertentu, katil seharusnya diletakkan di dinding yang paling ‘panjang’ di dalam bilik. Jika anda letakkan katil di dinding yang lebih pendek, ia akan memberi banyak ruang mati di kaki katil dan menjadikan bilik anda kelihatan lebih kecil dari saiz sebenar.
‘Hidupkan’ Pasu Yang Kosong
Perkara yang paling mudah anda boleh buat untuk mendapatkan nafas baru buat sesebuah ruang. Dengan sedikit tumbuh-tumbuhan hijau di rumah anda boleh membawa kesegaran taman masuk kedalam. Anda tidak perlu membeli pun, cukup saja dengan dedaun hijau yang anda boleh jumpa diluar rumah.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.