Tip Pilih Kontraktor Sebelum Bina/Ubah Suai Rumah, Elak Rugi Dan Tertipu Dengan Janji Manis

Share

Tip pilih kontraktor sebelum bina/ubah suai rumah, elak rugi dan tertipu dengan janji manis. Sebelum membina atau mengubah suai rumah, ada beberapa perkara yang anda perlu pastikan bagi mengelakkan kerugian akibat kontraktor bermasalah.

Penting ada perjanjian antara pemilik rumah dan kontrakor. Ia bertujuan bagi melindungi hak pemilik rumah sekiranya berlaku masalah.

Perjanjian ini juga boleh dijadikan sebagai rujukan sekiranya berlaku keraguan atau pertelingkahan, serta boleh dijadikan bukti atau dokumen sah disisi undang-undang. Membina atau mengubahsuai rumah memberikan satu kepuasan namun ia juga boleh mendatangkan sengsara jika tidak kena caranya.

Kredit foto: Pixabay

Berikut perkongsian lengkap dengan fakta oleh Mahanom M Mohammad

sebelum anda mengambil keputusan memilih kontraktor untuk membina/mengubahsuai kediaman anda.

Apabila hendak memilih kontraktor, pilihlah kontraktor yang memberi sebutharga lengkap ada spesifikasi. Bukan harga pukal atau lumpsum.

1. Sebutharga adalah setiap kerja yang dilakukan, diterangkan dengan jelas skop kerja tersebut, bagaimana kerja tersebut dijalankan, siap dengan sukatan ukuran berapa banyak atau berapa luas kerja itu dilakukan. Dalam bahasa industri, kita sebut spesifikasi.

2. Ini supaya tuan rumah pun mudah untuk periksa sendiri harga yang dicaj itu sama dengan harga yang ditawarkan dalam sebutharga dan setanding dengan kerja yang dilaksanakan kontraktor.

Kredit foto: Pexels

3. Contohnya jika minta tukar pintu baru.

Kontraktor yang beri harga ikut spesifikasi akan beri sebutharga seperti berikut:
— Membuka pintu lama, membekal dan memasang pintu nyatoh saiz xxxxxxx di ruang bilik tidur utama lengkap dengan sistem kekunci – 1 unit RM200.

4. Sekiranya dia beri sebutharga – Lumpsum RM200.00, tuan rumah berisiko menghadapi situasi begini:

“Incik, pintu lama mahu buka ke?”
Tuan rumah jawab, iye, bukalah.
“Incik, pintu lama ini mahu simpan atau mahu buang?”
Tuan rumah jawab, iyelah, takkan nak simpan pulak.
“Incik, ini pintu mahu pasang kunci biasa atau kunci terbaikkkkk?”
Tuan rumah jawab, mestilah yang terbaiiikkkkk.

5. Kemudian tuan rumah terpaksa pula menghadapi bil yang dikeluarkan RM500.00 untuk tampung harga berikut.

Harga buka pintu lama – RM100.00
Harga sewa lori buang pintu lama – RM100.00
Harga pasang pintu baru seperti dalam sebutharga – RM200.00
Harga pasang sistem kekunci spec terbaikkkkkk- RM100.00
Jumlah RM500.00
Mahu tak mahu terpaksalah bayar.

Kredit foto: Pixabay

6. Sekiranya dalam perbincangan secara lisan, kontraktor telah terangkan kerjanya secara detail. tentang harga yang diberinya adalah meliputi kerja-kerja yang lengkap, minta juga perincian kerja itu dituliskan dalam sebutharga.

7. Apabila ada sebutharga bertulis, sekiranya ada pertikaian, nak viral ke, buat aduan polis ke, masuk tribunal ke, saman ke, sekurangnya ada sebutharga bertulis sebagai bukti.

Bila sudah bergaduh dan tiada benda bertulis, masa itulah masing-masing akan tuduh menuduh satu sama lain. Masa nak kerja cakap lain, bila dah setuju kasi kerja cakap lain pula. Masa nak harga diskaun, setuju tak pasang itu ini, bila dah siap, bising kerja tak lengkap takde itu ini.

8. Bergaduh dan tuduh menuduh ni, bukan sahaja menimbulkan sakit hati, silap-silap boleh tambah dosa kerana mengada-adakan benda yang tiada. Lebih berdosa, bila terngumpat di belakang pula.

Sumber: Facebook Mahanom M Mohammad Kredit foto (top image) Pixabay

Published by
Norhasliza Mohd Shafi