Tip pilih meja konsol supaya tidak tersalah pilih, jangan asal beli lepas itu tiada fungsi. Meja konsol sememangnya menjadi satu perabot pelengkap gaya di kediaman. Lokasinya selalu terletak di pinggir pintu masuk utama, di penghujung koridor atau terletak di antara ruang makan dan ruang tamu. Sebenarnya adakah kita perlu perabot yang cantik menawan ini?
Persoalannya apakah yang perlu kita letak dan hias di meja konsol seumpama ini? Pereka selalunya memilih reka bentuk yang selari dengan konsep ruang. Daripada klasik, ke vintaj, ke urban dan beberapa konsep popular yang lain.
Selalunya set konsep disempurnakan dengan sepasang kerusi di kiri kanan konsol. Awas kerusinya pun perlu selari konsep dengan meja konsol agar tidak nampak janggal. Ramai juga yang menambah cermin muka pada dinding di atas meja konsol. Dapat juga dijadikan tempat last touch up anda sebelum keluar rumah bukan! Diapit oleh lampu meja dan dihias dengan pelbagai aksesori.
Ada juga yang menempatkan pelbagai keperluan asas kediaman di dalam meja konsep termasuk bill elektirk , air dan sebagainya. Ruang yang ada juga dijadikan tempat meletak gebar dan pelbagai barangan keperluan harian di kediaman. Dari permukaan sempurna, ke karakter rustik, meja konsol sememangnya banyak manfaat pada anda.
Adakah anda sedang merancang untuk mengubahsuai kediaman, terutamanya ruangan publik seperti entryway dan ruang tamu? Jika ya, boleh cuba pertimbangkan kegunaan meja konsol untuk mendapatkan penampilan yang menarik selain dapat memberikan beberapa alternatif pilihan untuk dekorasi di ruangan tersebut.
Meja konsol merupakan rekaan meja kecil yang ukurannya tidak terlalu besar oleh itu sesuai untuk diletakkan berhampiran pintu masuk serta sebagai pelengkap sofa di ruang tamu ataupun di satu sudut bahagian ruang makan. Ianya bukan hanya cantik tetapi juga merupakan satu penyelesaian mudah buat masalah penyimpanan barang anda.
Hal lain yang menarik tentang meja konsol adalah sifatnya yang multifunction. Selain berfungsi sebagai elemen dekoratif dan penyeri ruang, meja konsol juga boleh dimanfaatkan untuk menyimpan barang-barang kecil. Jika anda sejenis orang yang selalu lupa di mana anda letakkan kunci kereta, pengecas telefon bimbit mahupun pin tudung, maka meja konsol memang pilihan yang tepat untuk anda.
Sebagai perabot penyeri ruang, antara cara untuk anda mendeko meja konsol adalah dengan menghiasnya dengan lampu meja yang unik, pasu bunga atau susunkan bingkai gambar-gambar kenangan. Selain itu anda juga boleh gantungkan cermin atau art piece pada dinding untuk mendapatkan kesan lebih dramatik.
Namun sebelum anda pergi mendapatkan meja konsol, terdapat beberapa kriteria yang perlu dipertimbangkan. Berikut tip berguna sebelum memilih mja konsol. Moga bermanfaat.
KENALPASTI KEGUNAAN MEJA KONSOL DALAM RUANGAN YANG TELAH DITETAPKAN
Terlebih dahulu anda perlu tahu untuk apa kegunaan meja konsol ini, adakah ia sekadar hiasan ataupun ia akan digunakan sebagai tempat penstoran tambahan. Cuba bayangkan jika anda pilih untuk membeli meja konsol yang tidak bersesuaian dengan kegunaannya pasti akan rasa menyesal dan ralat.
TENTUKAN KONSEP DAN GAYA KESELURUHAN KEDIAMAN ANDA:
Perkara paling penting yang perlu dipertimbangkan sebelum membeli meja konsol adalah konsep yang telah dipilih untuk kediaman anda. Setelah pasti dan yakin dengan konsep yang dipilih, barulah mudah hendak membuat pilihan perabot supaya tidak bercelaru temanya.
TRIAL AND ERROR POSISI MENJA KONSOL SEBELUM BETUL-BETUL MEMBUAT KEPUTUSAN:
Cuba letakkan meja konsol di beberapa sudut atau ruang untuk melihat kesesuaian dan keserasian meja dengan perabut yang lain. Fungsi meja konsol perlu juga dititikberatkan dalam hal ini agar mudah dan lebih praktikal.
Kredit foto (top image): Freepik
Ingin lebih tahu pelbagai tip untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.