Tip pilih meja makan yang tepat, utamakan kualiti dan kesesuaian. Ruang makan merupakan salah satu tempat berkumpul anggota keluarga selain ruang keluarga. Karakter ruang makan lebih personal, sebab ruang inilah keluarga berkumpul, bercengkerama, dan saling bercerita sambil menikmati juadah makanan.
Selain itu, ruang makan juga bisa menjadi tempat menjamu tetamu (formal dine entertaining). Pemilihan meja makan yang tepat perlu diberikan perhatian jika anda merancang untuk membelinya dalam waktu terdekat ini. Menentukan meja makan tidaklah terlalu sukar, hanya terdapat beberapa perkara yang harus anda ketahui.
Material
Jika ingin meja makan yang diperbuat dari material jenis kayu, pilihlah material kayu keras murni (hardwood) seperti mahogany, walnut, maple, oak atau jati. Jangan yang bersifat komposit atau gabungan, misalnya MDF (Medium Density Fiberboard).
MDF merupakan material dari campuran kayu keras dan halus yang dikompres menjadi bentuk papan. Meskipun tahan lama, tapi tak sekuat dan sekokoh jenis hardwood. Mungkin harganya akan sedikit lebih mahal, namun jika yang Anda cari adalah meja makan yang tahan lama hingga berpuluh-puluh tahun, lebih baik memilih hardwood. Sementara bagi Anda yang kurang suka meja kayu, pilihlah dari bahan metal atau marmer.
Saiz Ruang
Sangat penting untuk mengukur apakah meja makan sesuai mengikut keluasan ruang anda, terutama jika ruang makan berukuran kecil. Jangan sampai meja terlalu besar untuk ruangan sempit, atau terlalu kecil untuk ruangan luas. Meja berbentuk persegi panjang yang ditempatkan di ruang sempit akan dengan cepat memakan ruangan dan membuatnya terlihat sempit. Satu hal yang penting, anda harus mudah untuk berjalan dan bergerak di antara meja dan kursi.
Bentuk Meja
Ada beberapa aturan dalam menentukan bentuk meja makan yang sesuai dengan ruangan tertentu. Untuk ruangan kecil, pilihlah meja berbentuk oval agar tersedia ruang kosong dan tidak membuat ruangan tampak terlalu ‘ramai’. Meja bentuk bujur sangkar lebih sesuai untuk ruangan sempit, sementara persegi panjang sebaiknya ditempatkan pada ruangan yang luas. Meja bundar sebenarnya bisa ditempatkan di ruang berukuran apapun, tapi sebaiknya tidak pada tempat yang sempit kerana akan membatasi ruang untuk bergerak.
Dimensi Meja
Kebanyakan meja makan memiliki ketinggian standar antara 28 – 30 inci. Tinggi meja yang paling sesuai mampu memberi ruang yang cukup di atas lutut dan sejajar dengan siku tangan ketika anda duduk. Sementara lebarnya, sebaiknya berbentuk oval, bujur sangkar, bundar atau persegi panjang memiliki standar lebar 36 inci ke atas, tergantung jumlah orang. Sebagai contoh, meja oval dengan panjang 84 inci, boleh memuatkan sehingga 10 orang.
“Hansei”, sekali dilihat seperti sebuah kata-kata Jepun dan pasti anda beranggapan ianya rumah di Jepun bukan? Malangnya sekali ia adalah yang berada di Selangor. Interior design rumah Hansei ini, apa yang paling saya minati adalah tingkap yang besar di ruang tamu itu. Perghh, besar gila tingkap tersebut. Dah macam tingkap ala-ala rumah Sultan dah yang ada tingkap besar dan luas seperti itu. Bayangkan anda bangun pagi, buka langsir dan boleh lihat dunia di waktu pagi, dengan seluas mata memandang. Mesti bestkan? Hahahaha.
Kata-kata hikmah yang diberi oleh pereka interior ini, “Menghentikan hansei bermakna berhenti belajar. Dengan hansei, seseorang tidak pernah pasti tentang ketuanan dirinya, dan sentiasa ada ruang untuk, atau memerlukan, kemajuan yang lebih besar.” Dengan sebuah kata-kata ini, maka terhasil lah strategi reka bentuk untuk projek ini. Memandangkan rangkaian luas “tabiat” yang terkumpul, matlamat pereka adalah untuk mencari kaedah untuk menyaring kekayaan bahan, idea dan ciri ke dalam satu persekitaran yang harmoni untuk sebuah keluarga untuk dipanggil pulang.
Justeru, pereka ini berhasrat untuk mencipta satu lagi imej berbingkai Ruang Tamu yang digabungkan dengan bahagian luar sambil mengekalkan penekanan pada kawasan volum berganda dan pemandangan berbingkai dedaunan yang rimbun di boulevard di luar. Selain itu, ruang makan, yang bersambung dengan sempurna ke pulau perbualan yang panjang dan cantik, menggalakkan interaksi sosial sepanjang hari. Lampu candelier yang digantung di siling yang dibuat khas bertujuan untuk menambah rasa yang lebih jeragat pada kemasan atas kayu padu dan marmar. Bilik tidur individu kemudiannya dibina dengan teliti dan menawarkan suasana damai pada waktu malam.
Jadi, untuk mengkonklusikan tentang rumah ini, saya boleh memberi pendapat, bahawa rumah seperti ini memang sesuai jika anda inginkan kesendirian yang tenang. Malahan, saya dapat rasakan, rumah seperti ini boleh dibuat sebagai Homestay dan saya yakin, Homestay ini akan mendapat review dan feedback yang banyak dan pasti disukai oleh orang ramai.
Bukan hanya sekadar ruang untuk memasak dan makan, dapur juga adalah tempat di mana kita berkumpul bersama ahli keluarga dan para tetamu sambil mengeratkan silaturahim. Jadi, sama ada anda memilih untuk membuat perubahan total, ataupun hanya renovasi kecil dengan mengemas kini ruangan ini, pertimbangkanlah segala hal sebelum memulakan proses tersebut. Dapatkan inspirasi dan arah yang jelas agar dapur anda lebih praktikal tetapi tetap menarik dan selesa.
Hal yang paling mencabar apabila bercakap tentang renovasi dapur ialah tentang ruang penyimpanan barangan. Rancang dengan bijak dan fikir secara kreatif agar anda dapat menggunakan sepenuhnya ruang yang ada sejajar dengan aktiviti.
Bina laluan yang luas dan lebar. Laluan di dapur yang dibina hendaklah sekurang-kurangnya 36 inci lebar. Tetapi laluan dalam zon memasak seharusnya 42 inci lebar untuk satu dapur dan 48 inci lebar untuk konfigurasi dua dapur.
Dapur yang mesra kanak-kanak adalah impian para ibu. Untuk itu, letakkan dapur gas jauh daripada capaian mereka. Ini adalah untuk memastikan keselamatan anak-anak dan kesejahteraan ruang dapur.
Pastikan peti sejuk mudah diakses oleh kedua-dua orang yang lalu lalang dan orang yang sedang menyediakan atau memasak makanan. Bukaan pintu peti sejuk juga perlu diambil kira, jadi ukur dahulu ruang meletak peti sejuk sebelum membeli.
Untuk kabinet yang berfungsi dengan baik dan sepenuhnya, rancang ruang bukaan setiap pintunya. Kita tidak mahu pintu kabinet berlanggar antara satu sama yang lain jika ada keperluan untuk dibuka pada waktu yang sama.
Tentukan fungsi kaunter pulau anda. Reka bentuk kaunter pulau yang baik adalah yang mempunyai keluasan permukaan yang mencukupi. Jika anda mahu letakkan dapur memasak di kaunter pulau, pastikan ia terpisah dengan ruangan untuk menyimpan dan makan.
Apabila merancang reka bentuk dapur, pastikan anda mempunyai ruang permukaan kaunter sekurang-kurangnya sepanjang 15 inci pada setiap sisi peti sejuk, dapur memasak serta di sebelah ketuhar gelombang mikro.
Pertimbangkan keluasan, material dan ketinggian permukaan kaunter. Bergantung pada kesesuaian penggunaan anda, keluasan permukaan kaunter seorang chef yang suka memasak mungkin berbeza dengan orang yang kurang memasak.
Material permukaan kaunter juga perlu dipilih dengan cermat. Jangan terlalu tergesa-gesa memilih sebelum anda tentukan cara penggunaan dan konsep dapur masing-masing.
Kaunter yang ergonomik dibina bagi menjanjikan persekitaran dapur yang lebih produktif, efisien dan selesa. Dengan menggabungkan reka bentuk yang ergonomik dengan perancangan yang berhati-hati, pekerjaan di dapur akan terlihat mudah dan menyeronokkan.
Pasang beberapa plug elektrik di sepanjang backsplash dan di kaunter pulau agar mudah untuk anda gunakannya jika diperlukan.
Cari atau wujudkan satu titik tumpuan dalam dapur anda supaya ruang kelihatan lebih menarik dan segar. Pasangkan jubin bercorak ataupun gunakan backsplash dengan warna yang menonjol.
Sediakan satu sudut untuk meninggalkan pesanan atau menulis senarai barangan untuk dibeli. Gantungkan papan putih kecil atau pegboard pada dinding kosong. Untuk langkah yang lebih dramatik, cat kan dinding dengan cat papan hitam. Pasti menarik!
Amalkan konsep 3R ; Reduce, Reuse, Recycle. Di samping dapat membantu alam sekitar, amalan ini juga dapat membantu dapur anda untuk sentiasa berada dalam keadaan kemas dan teratur.
Gunakan setiap inci ruang yang ada dengan bijak dan cermat. Pastikan kesemua kabinet mempunyai ruang penstoran yang banyak agar mudah anda menyimpan periuk belanga dan pinggan mangkuk dengan teratur dan rapi.
Untuk tip dan idea dekorasi yang lebih banyak dan lengkap jangan lupa dapatkan majalah IMPIANA EDISI OKT/DIS 2018 DI PASARAN SEKARANG.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Tidak dinafikan, ada segelintir pemilik rumah yang lebih gemar untuk menggunakan jubin simen berbanding jenis jubin lain kerana kos harganya yang rendah dan lebih murah.
Meski jenis ini ia selamat untuk diguna pakai, namun ada beberapa kelemahannya yang anda perlu tahu sebelum memasangnya di kediaman anda.
Selain kos harganya yang lebih rendah dan murah, jubin simen ini menjadi sentiasa menjadi pilihan ramai kerana memiliki pelbagai struktur bentuk dan warna yang menarik.
Malah, ia juga dipercayai memiliki daya ketahanan yang baik serta kalis daripada kesan cuaca dan suhu.
Ini kerana, jubin simen tidak seperti jubin lain yang menggunakan tanah liat sebagai bahan utama dan penghasilannya tidak melalui proses pemanasan. Kebiasaannya ia dihasilkan dengan melalui proses hidraulik.
Namun begitu, ada beberapa kelemahan jubin simen yang anda perlu tahu antaranya ia berisiko tinggi untuk mudah rosak.
Selain itu, jubin simen dipercayai mempunyai sifat yang cepat sejuk oleh kerana struktur bentuknya yang tebal dan berat.
Maka, ia kurang sesuai untuk dipasang di permukaan lantai kawasan ruang tamu, bilik tidur, dapur dan ruang makan.
Sesuai digunakan di kawasan yang basah dan lembap seperti bilik mandi, dinding pancuran mandi atau bilik stim.
Sumber: PropertyGuru Website
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.