Lagi beberapa hari je dah nak puasa kemudian raya pula. Mesti ramai dah merancang nak cat rumah kan. Jadi ini lah masa yang paling sesuai untuk anda mengecat kediaman. Kalau tak nanti, masa bulan puasa lah baru nak mengecat. Kan dah penat berganda tu
Tapi dalam memilih padanan rona yang bertetapan dengan kediaman anda, ada beberapa perkara yang perlu diperhatikan. Tak boleh beli ikut sedap tekak dan janji ada je. Nanti rona padanan yang dipadankan langsung tidak sesuai dengan keadaan yang sedia ada untuk kediaman anda.
Oleh itu, untuk memilih rona cat yang bertepatan beberapa perkara perlu anda teliti terlebih dahulu. Antaranya ialah:
1. Kenapa perlu pilih rona putih untuk selamat?
Memang rona putih warna yang selamat sebab sesuai dengan semua rona. Tapi, bila anda memilih rona cat berwarna putih, elak membeli perabot seperti sofa dan ornamen yang berwarna cerah terutamanya putih. Ia akan menjadikan dekor kediaman anda kelihatan bosan. Perlu selitkan dengan perabot dan ornamen yang lebih bold
2. Elak gandingan zon warna yang tidak sepadan
Ramai antara kita yang suka highlight kan sesuatu ruang dengan menggunkan warna-warna yang berbeza. Itu tak salah, namun pilihan dan padanan rona perlu sesuai dan dari skema warna hampir sama terutamanya untuk ruang kecil dan sempit. jadi, ia perlukan perancangan yang teliti. Lebih mudah, buat rujukan dan carian di dalam internet atau terus dapatkan nasihat dan rundingan dari pakar cat.
3. Pilih rona yang tidak suram
Kenal pasti potensi pencahayaan di kediaman anda. Jika pencahayaan kurang terutamanya di waktu malam, elak pilih warna-warna yang akan memberi impak lagi gelap terhadap kediaman anda. Jika anda masih berniat untuk menggunakan warna-warna yang memberi impak suram, pastikan anda menyediakan lampu yang mencukupi untuk tujuan pencahayaan tambahan.
4. Jangan abaikan warna lantai
Kebiasaanya, kita lebih fokus memilih warna perabot atau cat yang berpadanan antara satu sama lain sehingga lupa akan peranan lantai. Warna lantai turut mempengaruhi visual keseluruhan ruang. Lebih kritikal pada anda yang menggunakan jubin yang bercorak. Pemilihan perabot dan cat yang tidak sesuai akan menyebabkan dekorasi ruang tersebut kelihatan serabut dan sesak. Cara paling mudah, pilih warna cat dalam skema warna atau hampir sama dengan warna lantai.
5. Terlalu banyak penggunaan warna
Penggunaan warna yang pelbagai dalam satu ruang akan menyebabkan kediaman tersebut sangat serabut. Sebaiknya, hadkan penggunaan 3 warna maksimum. Pilih salah satu dari warna yang telah di pilih tadi sebagai dominasi keseluruhan dekor kediaman anda untuk ia kelihatan seimbang. Namun, hitam dan putih bukan dikira sebagai rona atau warna.
6. Color blocking yang tak menjadi
Jika anda memilih rona cat, perabot dan aksesori kediaman anda dengan tema color blocking, anda memang seorang yang sangat berani. Namun, tidak semua color blocking cantik dan boleh memberi impak yang anda inginkan. Sebaiknya, lakukan beberapa kajian seperti dengan meminta sample atau katalog cat untuk memudahkan anda membuat padanan.
7. Elak monotone
Jangan pilih cat dinding, perabot dan semua keperluan kediaman dari warna yang sama. Ia akan menyebabkan kediaman anda gelap. Anda boleh cuba pilih rona yang bertepatan dari skema warna yang sama.
8. Terlalu banyak warna terang buat seseorang menjadi agresif
Pemilihan rona yang mendominasi kediaman juga mempengaruhi emosi seseorang. Seperti warna terang ia akan menjadikan seseorang sangat agresif seperti merah, oren dan kuning. Sebab itu KFC dan Mac Donald memilih rona kuning dan merah sebagai warna tema mereka. Ia bertujuan untuk membangkitkan emosi untuk orang jadi cepat lapar. Manakala bagi warna yang cerah dan tenang, ia membantu mewujudkan suasana yang tenang dan damai seperti hijau dan biru