Tip pilih sofa kulit untuk kediaman dengan tema dekorasi klasik. Sofa kulit asli merupakan salah satu perabot yang menjadi kegemaran ramai kerana ia nampak elegan dan tahan lasak. Kehadiran sofa kulit mampu memberikan kesan mewah dan klasik pada masa yang sama kepada bilik di rumah.
Bagaimanapun, memilih sofa kulit tulen yang sesuai untuk dalaman rumah klasik boleh menjadi tugas yang mencabar, kerana jika tersalah pilih sofa, maka kesannya bilik akan kelihatan lebih sempit dan tidak selesa.
Berikut dikongsikan tip bagi membantu anda memilih sofa kulit tulen yang betul untuk kediaman dengan tema dekorasi klasik.
PILIH WARNA YANG PADAN DENGAN INTERIOR RUMAH KLASIK
Warna sofa kulit tulen yang anda pilih mestilah sepadan dengan warna dalaman rumah klasik anda. Untuk dalaman rumah klasik, warna seperti coklat gelap, hitam, merah tua dan hijau tua akan kelihatan sangat sesuai. Warna-warna ini akan memberikan bilik anda rasa klasik, hangat dan elegan.
PERTIMBANGKAN SAIZ SOFA
Mengukur ruang dengan model dan saiz sofakulit yang akan anda beli adalah salah satu faktor yang paling penting. Anda boleh mengukur ruang di rumah anda terlebih dahulu sebelum membeli sofa kulit, supaya apabila anda memutuskan untuk membeli sofa, anda sudah tahu saiz yang sesuai.
Saiz sofa juga perlu dipertimbangkan apabila memilih sofa kulit tulen untuk dalaman rumah klasik. Pastikan sofa yang anda pilih adalah saiz yang sesuai untuk ruang yang ingin diletakkan sofa tersebut. Jangan pilih sofa yang terlalu besar sehingga menyebabkan ruang tersebut kelihatan sempit dan tidak seimbang.
Ads
BERI PERHATIAN KEPADA BUTIRAN REKA BENTUK
Reka bentuk sofa kulit tulen yang betul untuk dalaman rumah klasik adalah reka bentuk yang mempunyai perincian yang menarik dan elegan. Pilih sofa dengan bingkai kayu yang cantik dan ukiran halus. Butiran seperti kaki sofa melengkung atau tempat letak tangan berpusing mampu menambah sentuhan klasik pada bahagian dalam rumah anda.
PASTIKAN KUALITI KULIT TULEN YANG DIGUNAKAN
Kualiti kulit tulen adalah faktor penting untuk dipertimbangkan apabila memilih sofa kulit untuk dekorasi rumah klasik. Pastikan kulit yang digunakan adalah kulit asli yang berkualiti tinggi dan tahan lasak. Anda juga boleh menyemak sama ada kulit telah melalui proses penyamakan yang baik supaya ia kekal tahan lama dan tidak mudah rosak. Selain itu, pilih sofa dengan bingkai yang kukuh dan kukuh untuk menjadikannya lebih tahan lama untuk digunakan.
SESUAIKAN DENGAN BAJET ANDA
Ads
Akhir sekali, pastikan pilihan sofa kulit tulen yang ingin dibeli mengikut bajet anda. Sofa kulit tulen berkualiti tinggi biasanya mempunyai harga yang mahal. Namun, jangan korbankan kualiti untuk harga yang lebih rendah. Pilih sofa kulit asli yang berkualiti dan sesuai dengan bajet anda.
Kesimpulannya ketika memilih sofa kulit tulen yang betul untuk dekorasi dengan tema klasik, adalah sangat penting untuk mempertimbangkan faktor seperti warna, saiz, reka bentuk, kualiti kulit dan bajet. Dengan memberi perhatian kepada faktor-faktor ini, anda boleh memilih sofa kulit tulen yang betul untuk menjadikan dekorasi kediaman anda yang bertemakan klasik lebih elegan, hangat dan selesa.
Tidak semua rumah jenis apartment serta kondominium dan townhouse mempunyai balkoni. Ia selalunya ditukar ganti dengan tempat duduk tingkap. Apa yang anda boleh buat dengan tempat duduk tingkap atau Bay Window?
Stail ini telah diaplikasikan sejak sekian lamanya. Pada hari ini ianya dikenali sebagai idea hiasan bertemakan konsep klasik. Selalunya ruangan ini dijadikan tempat untuk mencari ilham di siang hari berikutan cahaya semulajadi yang masuk melalui tingkap.
Jadikan Ianya sebagai salah satu komponen ruang makan yang besar
Anda boleh jadikannya sebagai tempat duduk tambahan bagi meja makan. Idea ini amat sesuai jika anda mempunyai keluarga yang besar dan suka makan beramai-ramai. Jika tidak muat makan di atas meja, anda boleh duduk di tepi tingkaptetapi harus berjaga-jaga, jangan sampai makanan tumpah dari pinggan sebab anda tidak mempunyai meja cuma tangan sebagai alas.
Gabungkan tempat duduk tingkap dengan meja kopi kecil
Satu idea yang paling mudah untuk dilaksanakan adalah dengan memadankan meja kopi di sebelah tempat duduk tingkap dan ditambah dengan meja kusyen atau mini stool. Idea ini ingin memastikan anda menikmati sarapan serta evening coffee yang nyaman serta memberikan anda pengalaman seperti sedang menikmati secangkir kopi di restoran. Jika pemandangan luar sayup mata memandang, jangan lupa panjatkan syukur kepada yang Maha Esa.
Suai padan dengan perabot tambahan lain
Sama seperti balkoni, ianya terletak bukan sahaja di sebelah ruang tamu, di bilik tidur utama juga terdapat ruang lebihan yang mana jika kita upgrade, ianya akan menjadi tempat duduk tingkap yang kreatif. Suai padannya tidak terhad dengan tambahan perabot seperti kerusi dan meja sahaja kerana anda boleh pelbagaikan reka letak dengan tambahan seperti rak buku, ruang simpanan dan juga katil.
Meja Kerja Di Rumah
Kalau anda tidak mahu jadikannya sebagai tempat duduk, anda boleh tukar peranannya menjadi tempat meja kerja. Ianya amat sesuai dengan mereka yang menjalankan perniagaan atas talian serta pekerja sambilan pelbagai perkhidmatan. Motivasi anda untuk menyampaikan hasil kerja yang mantap lebih tinggi jika pemandangan luar tingkap anda menakjubkan pandangan mata.
Tidak terhad hanya dalam rumah
Jika anda merupakan pemilik kediaman rumah atas tanah seperti, Semi-D, teres setingkat, banglo dan townhouse aras bawah, anda boleh jadikan tingkap di sebelah pintu masuk utama sebagai tempat duduk tingkap bukan di bahagian dalam, tetapi bahagian luar. Idea ini akan menjadi meja minibar kecil yang mana ianya memudahkan tetamu anda untuk menikmati minum petang di bahagian luar rumah. TETAPI harus diingat, pastikan keselamatan tingkap anda mantap untuk mengekang kemasukan pencuri.
Tempat istirehat
Akhir sekali, anda boleh jadikannya ruangan tingkap ini sebagai tempat anda beristirehat bersama yang tersayang. Ianya bergantung kepada saiz yang anda miliki, jika besar, jadikan ianya muat untuk 2 orang atau lebih, jika tidak cukup untuk anda seorang menjamu mata pemandangan indah.
Ingin kongsi idea dekorasi rumah anda? Klik link ini untuk join telegram grup Geng Dekor Impiana: https://t.me/gengdekorimpiana
Ingin lebih tahu pelbagai tip untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Tip Nak Hasil Cili Banyak Dan Berkualiti, Baja Je Tak Cukup. Nak tanam cili berkualiti dan hasilnya banyak, bukan sahaja perlu dibaja sahaja. anda perlukan tip ini juga.
Pencahayan yang baik
Pilih lokasi yang mempunyai atau menerima tempat pencahayaan yang baik. Pokok cili memerlukan pencahayaan sekurang-kurangnya dari jam 8am hingga 5pm. Jika pokok tidak menerima pencahayaan yang mencukupi, pokok akan menjadi kurus dan meninggi. manakala hasil buahnya kecil.
Jika tanam di atas tanah terus
Ada yang mimilih untuk tanam atau semai terus anak pokok cili di aats tanah. Bukan tak boleh, tapi tanah tersebut perlu dirawat terlebih dahulu. Rawat tanah yang hendak disemai dengan kapur pertanian atau taburkan baja tinja ayam yang telah diproses. Ia bagi megelak pokok diserang penyakit yang berpunca dari tanah.
Tambahan, jika pokok di tanam terus di atas tanah, ia memerlukan siraman 2 kali sehari iaitu pagi dan petang. Boleh juga gunakan sistem siraman fertigasi. Untuk kaedah ini, ia perlukan jadual siram 4-5 kali sehari. Nak beli set fertigasi murah, boleh klik link ni https://invol.co/cl9frbz
Masa tepat memindahkan anak pokok
Kebiasaanya, untuk memindahkan kebanyakkan jenis anak pokok apabila ia mengelurakan daun ke-4. Namun untuk cili, apabila anak pokok capai usia 3-4 minggu adalah masa yang terbaik
Waktu sesuai untuk dituai
Cili sesuai dituai apbila 70% warna cili berkilau dan bewarna merah. Waktu sesuai untuk menuai adalah sebelum embun kering
Cara simpan cili yang dituai
Lepas petik atau tuai, jangan terus simpan. Anginkan atau keringkan terlebih dahulu.
Tip Nak Hasil Cili Banyak Dan Berkualiti, Baja Je Tak Cukup
Pokok cili memang mudah untuk ditanam, tapi ia juga mudah untuk dijangkiti penyakit dan menjadi sasaran perosak. Sebab itu, pokok cili memerlukan penjagaan yang rapi dan terperinci untuk memastikan penghasilannya yang berkualiti.
Buah cili juga tidak terkecuali daripada dijangkiti penyakit dan serangan perosak. Oleh itu bagi mengatasi masalah dan ancaman serangga perosak, racun serangga perlu digunakan sebaiknya setiap hari. Sekali culas, padah jadinya.Nak-nak serangan dari ulat buah. Ia pandai mencari peluang dan ruang. tahu-tahu je, buah cantik tapi dalam berpenghuni.
Penggunaan racun dengan bahan kimia sudah pasti membahayakan kesihatan. Solusi terbaik adalah gunakan racun organik untuk melindungi cili dari sebarang ancaman serangga dan kulat. Berikut adalah cara untuk menghasilkan racun serangga untuk cili:
Bahan-bahan:
50gm Lada hitam (Ditumbuk)
50gm cili kering
50gm jus tomato
50gm tembakau (guna puntong rokok pun boleh)
50gm bawang putih
50gm bawang merah
50gm daun semambu (kisar kasar)
50gm gula merah
sedikit EM
Cara-cara:
1. kisar semua bahan
2. Masukkan bahan kisar di dalam baldi dan tuangkan 4-5 liter air.
3. Kacau rata dan masukkan ke dalam bekas perapan dan tutup kedap
4. Perap air campuran tadi selama 2 hingga 3 minggu
Cara penggunaan:
Gunakan 50-80 mililiter pati bersama 4-5 liter air. Semburkan pada keseluruhan pokok cili setiap 2-3 hari
Tip: Pastikan anda menggunakan penutup hidung dan sarung tangan untuk mengelak dri terkena semburan. Ianya pedas dan jika terkena mata pedih
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Tidak perlu memilih kertas dinding, anda hanya perlu mengecat dinding yang ada dengan tema warna pilihan. Perlu banyak bersabar dan cermat kerana ia memerlukan proses satu persatu untuk disempurnakan.
Kita sedar ada di kalangan tuan rumah mempunyai kediaman yang tampil biasa dan tidaklah seluas mana. Salah satu teknik mudah menjadikan ruang tampil ceria dan bergaya adalah bermain dengan lapisan warna dan garisan. Jalur melintang (horizontal) atau menegak (vertical) sememangnya memberi satu kelainan dalam penampilan sebuah ruang.
Mungkin anda yang mempunyai ketinggian siling yang agak rendah boleh mencuba gaya menegak dan ruang yang sempit boleh memilih gaya melintang. Apa pun jika anda mempunyai anak-anak yang sedang rancak membesar, ini antara ilham yang cukup menarik dalam menjadikan ruang kediaman anda mesra kanak-kanak dan pada masa yang sama tampil bergaya.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.