Tip pilih warna cat ideal untuk dinding, tersalah pilih rosak dekorasi rumah. Dalam memilih tema dekorasi, agak sukar untuk kita tentukan jenis warna yang akan kita gunakan sebagai warna utama agar ianya nampak sepadan dengan perabot yang kita pilih.
Terdapat beberapa faktor yang wajar diberikan pandangan yang serius seperti kombinasi warna asas serta utama dan jenis ruangan yang akan dicat. Anda pasti tidak mahu kelihatan sama warna dengan rumah orang lain, pastinya sebagai pemilik kediaman kita ingin muncul dengan idea tersendiri untuk mewarnai mahligai indah kita.
Berikut dikongsikan beberapa panduan pemilihan warna yang boleh anda terapkan di kediaman anda nanti.
TRY AND ERROR DI RUANGAN YANG KECIL
Saat ini anda masih lagi was-was dengan pilihan warna yang ada, jadi cuba dahulu di ruangan dinding yang kecil saiznya agar anda nampak kesannya setelah cat ditepek ke atas dinding. Ataupun anda boleh memilih dindingyang mudah untuk dilihat dan suai padankan perabot anda dengan dinging percubaan tersebut. Tetapi jika ianya nampak tidak sesuai, anda boleh tutupi kesilapan tersebut dengan hiasan wallpaper yang sesuai mengikut citarasa anda sendiri.
PILIH WARNA YANG SESUAI DENGAN MOOD ANDA
Tahukah anda jika anda tersalah memilih warna untuk bilik tidur, anda akan rasa susah untuk tidur seperti diganggu dan ia mempengaruhi kadar rehat anda dan kesan buruknya amat nyata di pagi hari selepas anda bangun dari tidur yang tidak lena. Oleh itu, pemilihan warna neutral seperti biru air laut serta hijau muda amat sesuai.
Ads
PERIKSA DAHULU ADAKAH WARNA CAT ANDA SESUAI DENGAN PENCAHAYAAN DI KEDIAMAN
Sebelum anda membeli cat, anda pasti akan ditunjukkan oleh wakil penjual tentang pilihan kotak warna untuk rujukan anda. Di sini ketelitian anda amat diperlukan dalam menentukan warna apa yang sesuai dengan lampu yang digunakan di rumah kerana di Malaysia terdapat dua jenis lampu yang amat popular digunakan iaitu lampu pijar, warnanya agak kekuningan manakala lampu kalimantang pula menghasilkan warna putih serta sedikit biru.
FAHAMI SUSUNAN KELUARGA DARIPADA CERAH HINGGA KE WARNA GELAP SERTA KETAHUI JUMLAH KECERAHANNYA
Berikut adalah di antara dua sebutan yang popular dalam penentuan kadaran warna iaitu Hue dan Saturation. Merah dan biru adalah warna hue. Nilainya bergantung kepada tahap keterangan atau kegelapan sesuatu warna tersebut.
Saturation pula adalah tentang tahap kepekatan sesuatu warna tersebut. Ianya amat penting kerana cara ini dapat menentukan kombinasi warna yang akan anda gunakan samada kuning terang bercampur biru muda atau sebagainya.
Ads
UJI WARNA PILIHAN SECARA TERUS KE DINDING UTAMA PADA SKALA KECIL
Anda boleh cuba padankan segala pilihan warna terus ke atas dinding. Tetapi anda perlu bersedia dengan cat warna asal dinding, kerana anda perlu menutupnya kembali jika segala warna yang anda cuba tidak menetapi citarasa anda. Ini kerana di peringkat permulaan tadi, anda hanya bayangkan warna yang mengikut katalog yang disediakan, tetapi anda kini membawa pulang beberapa sampel yang bersesuaian.
PEMILIHAN WARNA MENGIKUT SKALA LINGKARAN WARNA
Senjata utama para designer adalah skala lingkaran warna. Ianya membantu mereka dalam pemilihan kombinasi warna yang tetap. Contohnya, padanan warna merah terang dan hijau muda merupakan padanan ideal untuk tema gelap-terang. Skala ini membantu adunan warna tersebut tampak hebat apabila diaplikasikannya nanti.
Bukanlah mudah untuk Nuraishah membuat keputusan meninggalkan kariernya sebagai Pereka Grafik dan pulang ke kampung halaman bagi memulakan kehidupan baru sebagai petani. Nekad dan yakin dengan rezeki yang telah ditetapkan, kini sudah tujuh bulan beliau menjalani rutin harian yang serba ringkas berbanding dengan kehidupan ditengah hiruk piruk kawasan bandar.
Pada usia 27 tahun, Nuraishah telah menjadi inspirasi buat ramai orang diluar sana supaya tidak takut untuk mengejar cita-cita yang membuatkan kita lebih gembira dalam jangka masa yang lebih panjang.
Nuraishah yang tinggal bersama ibu dan seekor kucing kesayangannya kini menjalani rutin harian dengan pergi ke kebun setiap pagi dan menjual hasil tanaman organik sebagai sumber pendapatan.
” Terdapat lebih kurang 20 jenis sayur yang saya sentiasa tukar setiap kali menuai. Antaranya bayam, tomato, terung, bendi,sawi,, salad dan juga daun sup”, ujarnya.
Menurutnya lagi, bukanlah mudah untuk memulakan dan menguruskan kebun tersebut, memandangkan 95% kerja dikebun diuruskan oleh Nuraishah sendiri. Tetapi beliau tetap positif dan optimis dalam meneruskan transformasi hala tuju kehidupannya.
Sekarang ni, tak kira usia dah ada telefon sekarang ni. Bila masa nak mengecas, berebut-rebut nak-nak apabila socket yang tersedia sangat terhad. Apa kata, tukar soket anda kepada Socket yang ada USB port seperti yang dilakukan oleh Mohd Azhar Ali.
Dalam satu socket boleh muatkan 2 USB dan satu socket biasa. Tambahan, sekarang banyak juga alat elektronik yang voltan rendah seperti lampu juga menyediakan sambungan USB. Ni cara ganti sendiri Socket yang ada port USB
1. Buka yang lama. Kebanyakkan sockte berkualiti, bahagian skru ni tak kelihatan, ada penutup bulat kecil atau ada penutup khas untuk keseluruhan permukaan socket. Perlu humpil sikit bagi penutup tu terbuka
2. Ni socket ada USB port yang baru di beli online j
3. Dah buka yang lama. Oh! jangan lupa tutup MCB (Miniature Circuit Breaker) tak pun tutup je semua kalau tak tahu MCB yang mana
4. Putuskan atau cabutkan wayar dari socket asal
5. Oleh kerana belakang plug socket yg baru ada transformer utk mengawal voltage dan tukang yg sebelum ni buat kerja tak berapa kemas, jd saya perlu buang lebihan simen tu..
6. Ok.. sekarang dah boleh masuk.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Selepas beberapa tahun, mungkin prestasi TV kita tidak sama seperti baru. Lebih parah apabila skrin bermasalah dan gambar ‘bergoyang’ atau keluar garis-garis. Boleh pening kepala kalau cuba nak tengok TV begitu.
Jika ada yang menghadapi masalah seperti ini, jangan panik dulu. Anda masih boleh tengok drama kegemaran tanpa perlu beli TV baru. Hanya dengan menggunakan cellophane tape, permasalahan ini boleh diselesaikan. Ikuti perkongsian bermanfaat dari Hairul Faiszul Sanuriini.
Percubaan pertama DIY baiki TV ;
Tv yang dibaiki ialah model LED SHARP 50″
TV bermasalah skrin berlaku ‘short’ gambar goyang-goyang..(rujuk gambar). Cuba tanya kedai repair TV kata kalau mahu baiki dalam RM350 dan tak pasti boleh repair atau tidak.
Terbaca post dalam group (di facebook) cara nak baiki. Tadi terus cuba ikut langkah-langkah yang ditunjukkan, alhamdulillah berjaya. Rezeki, selamat duit RM350.
CARANYA :
Buka casing TV
Pastikan jalur wayar putih (ribbon) yang attach antara board dan skrin LED.
Try n error cari jalur berlaku short.. tampal dengan sellotape
Masukkan balik ribbon dalam clip. Pasang semula casing.
test.. skrin dah ok.. jimat rm350..
Geng2 yang ada masalah yang sama bolehlah mencuba.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.