Kalau anda suka makan bendi, boleh cuba tanam sendiri pokok bendi di rumah. Nak tanamnya tidaklah susah mana, bezanya cuma banyak buah atau tidak.
Dalam polibeg pun boleh dan hasilnya tetap subur dan gemuk, jika ikut penjagaan yang betul.
SOP Semaian Bendi Untuk Tanaman Polibeg
1. Pilih benih berkualiti keluaran Leckat, Baba atau Green World.
2. Rendam semalaman dalam air tanpa klorin dengan campuran larutan hydrogen peroxide.
3. Buang biji benih rosak yang timbul di permukaan air.
4. Semai dalam tray semaian guna potting soil.
5. Letak di tempat redup tetapi bercahaya dengan pengudaraan yang baik.
6. Siram 2 kali sehari.
7. Pindah ke polybag 16×16 dengan medium 3 in atau 6 in 1, atau buat campuran sendiri topsoil, cocopeat, pasir dan tanah bakar.
Tip pokok rendah, dan berbuah
Kalau mahu berbuah rendah dan berbuah, pangkas pucuknya. Pangkas masa saiz ketinggian 1.5 kaki ke 2 kaki sebelum berbuah.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Lebai Kudin
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.