Pokok bunga matahari ini kalau tanam memang berseri laman rumah. Orang lalu lalang pun rasa geram melihatnya bila sudah berbunga.

Dalam pada itu ramai yang teringin nak tanam bunga ini tapi tak tahu caranya. Jika nak cuba tanam boleh ikut panduan yang dikongsi oleh Ardi Tani.

Cara semai biji benih pokok bunga matahari

1. Sediakan biji benih. Biji ini dibeli menjual makanan haiwan (boleh juga cari di nurseri atau beli atas talian tapi jangan guna kuaci yang selalu kita makan kerana ia telah dimasak).

Tip Pokok Bunga Matahari Dari Biji Benih, Memang Berseri Laman

 

2. Letak 2 lapisan tisu, lembapkan.

3. Susun biji benih yang sudah dikupas.

4. Letak selapis lagi tisu di atas benih dan spray supaya basah lencun.

Ads

5. Tutup bekas simpan di tempat tak terkena cahaya.

Tip Pokok Bunga Matahari Dari Biji Benih, Memang Berseri Laman

 

6. Lepas dua hari boleh periksa biji benih.

Ads

7. Jika dah keluar ekor atau tanduk macam dalam gambar di bawah biasanya dah boleh letak dalam polibeg kecil atau pasu kecil semaian untuk pembesaran seterusnya.

Tip Pokok Bunga Matahari Dari Biji Benih, Memang Berseri Laman

 

Selepas 2 bulan disemai anak benih pokok bunga matahari biasanya akan berbunga. Pastikan cukup air dan baja.

Ads

Tip Pokok Bunga Matahari Dari Biji Benih, Memang Berseri Laman

Pokok bunga matahari mampu hidup 5-6 bulan dan mampu menghasilkan 20-30 kuntum bunga. Ketinggian pokok matahari mampu lebih 2 meter.

Mesti Baca: Cara Tanam Golden Melon Di Rumah, Tetap Subur Dan Lebat Berbuah!

Baca Lagi: Cara Pastikan POKOK BUNGA KERTAS Hidup Subur & Lebat Berbunga!

Artikel menarik: Pokok Siti Zubaidah Cantik Tapi Getahnya Bahaya, Hati Hati Tanam Di Laman

Sumber: Ardi Tani

 

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI