Pokok bunga Kemboja Cina atau nama saintifiknya Adenium memang sangat cantik dijadikan pokok hiasan di halaman rumah dan mempunyai pelbagai warna.Jika pokok adenium ini sudah jarang-jarang berbunga ada cara mudah untuk membuatkan ia banyak tunas dan kembali berbunga lebat serta merimbun.
Boleh ikut tip ringkas yang dikongsikan oleh Irfan Hulya ini supaya pokok Adenium atau Kemboja Cina berbunga lebat.
1. Potong dahan adenium yang sudah jarang berbunga.
2. Cucuk dahan tersebut dengan pencungkil gigi atau lidi supaya dahan-dahan tersebut dapat menghasilkan tunas-tunas yang lebih banyak.
3. Satu dahan biasanya boleh tumbuh 5 atau 6 tunas bahkan pokok saya ni kebanyakkan tumbuh sehingga 7 tunas baru kerana dahannya agak besar.
Ads
4. Siram bahagian akar pada waktu pagi dan petang agar subur dan cepat bertunas.Letak di tempat yang kena panas matahari dan hujan.
5. Dalam masa 3 minggu daun mulai bertunas dan mengeluarkan putik bunga.
IMPIANA: Menarik teknik yang dikongsikan ini. Jadi kalau ada pokok kemboja cina ini di rumah, boleh ikut teknik yang dikongsikan supaya ia berbunga lebat merimbun.
Bayam Brazil semakin menjadi kesukaan ramai. Nama sahaja bayam Brazil tapi kita boleh tanam sendiri sayur ini di rumah. Bukan saja sedap dimakan tapi cara tanamannya juga mudah.
Tak percaya boleh lihat perkongsian Puan Zainol Yunus ini. Dalam botol plastik pun jadi, cantik merimbun pulak tu. Kalau nak cuba ada step by step yang beliau kongsikan. Tanam dalam botol ini bukan saja senang nak alih, petik pun mudah.
DIY tanam bayam Brazil dalam botol plastik
Bahan-bahan
Botol Plastik
Besi Panas
Tanah Organik
Anak Benih Bayam Brazil
Marker (Untuk Tebuk Lubang Botol)
Langkah demi langkah
1. Sebelum menebuk lubang, tandakan dahulu supaya pokok lebih tersusun.
2. Botol siap ditebuk, boleh guna besi panas.
3. Bahagian bawah botol air juga perlu ditebuk untuk laluan lebihan air.
4. Masukkan tanah ke dalam botol. Tanah boleh beli di nursery, guna tanah organik, campuran cocopeat, tanah sisa sawit dan tanah biasa.
5. Dapatkan anak benih daripada batang pokok bayam. Buang daun-daun, tinggalkan tunas sahaja.
6. Sebelum cucukkan batang bayam Brazil pada botol, masukkan air supaya tanah lembap, lebih mudah nak tanam batang bayam Brazil.
7. Batang yang telah ditanam pada botol. Siap!
Dalam botol kecil macam ni pun boleh
Ini contoh yang dah lama ditanam.
Bayam Brazil merupakan spesies tumbuhan yang cepat membesar. Daunnya boleh dimakan samada mentah atau dimasak. Daun bayam Brazil tidak berlendir dan juga rangup. Oleh itu, sayuran ini sesuai dijadikan ulaman.
Khasiat Bayam Brazil
Khasiat bayam Brazil hampir sama dengan khasiat bayam secara keseluruhannya. Seperti sayur bayam yang tergolong dalam keluarga Amaranthus, bayam Brazil turut mengandungi zat-zat baik untuk kesihatan tubuh.
Dalam 100 gm bayam Brazil, dikatakan mengandungi b-carotene (4-8 mg), vitamin C (60-120 mg), Ferrum (Fe) (4-9 mg), kalsium (300-450 mg), dan serat.
Kandungan asid folik dan serat tinggi (20 -30 peratus) menjadikan ia baik untuk kesihatan. Bayam juga kaya dengan mineral seperti besi dan potassium.
Soda penaik, atau lebih dikenali sebagai baking soda, merupakan bahan yang sering digunakan di dapur. Namun, tahukah anda bahawa soda penaik juga mempunyai manfaat yang luar biasa dalam berkebun?
Soda penaik adalah kawan baik tukang kebun, ini caranya:
1. Racun kulat semula jadi
Caranya adalah dengan mencampurkan soda penaik dengan air dan sabun cecair. Semburkan cecair ini di tumbuhan untuk melawan penyakit seperti kulat serbuk.
2. Matikan rumput
Seterusnya, anda boleh gunakan soda penaik untuk mematikan rumput tanpa merosakkan tumbuhan sekeliling yang lain.
3. Penghalang serangga perosak
Sekiranya anda mempunyai masalah serangga perosak, boleh campurkan soda penaik dan sedikit tepung. Cacing kubis dan kutu daun boleh hilang apabila sapu bancuhan ini.
4. Pindaan tanah
Soda penaik boleh digunakan untuk membuang tanah yang terlalu berasid dan memperbaiki persekitaran pertumbuhan.
5. Pemanis buah tomato
Sekiranya buah tomato yang ditanam tidak manis, boleh taburkan sedikit soda penaik di sekeliling pokok tomato untuk mengurangkan keasidan tanah. Hasilnya tomato pasti lebih manis!
6. Penggalak kompos
Bagi mempercepatkan proses pengkomposan dengan menjadikan persekitaran lebih elok, anda boleh menggunakan soda penaik.
7. Penyerapan bau
Meneutralkan bau di kawasan seperti sampah, boleh taburkan sedikit soda penaik di sekitar tersebut.
8. Pembersih alatan kebun
Bersihkan alatan berkebun dengan menggosoknya menggunnkan pes baking soda. Dengan cara ini, ia mampu menghilangkan kotoran dan karat.
9. Tingkatkan percambahan benih
Tingkatkan percambahan benih dengan merendam benih dalam larutan soda penaik sebelum menanam.
10. Halau semut
Buang semut dengan taburkan sedikit soda penaik di sekeliling tumbuhan atau laluan semut.
IMPIANA : Dengan menggunakan soda penaik, anda dapat memastikan tanaman di kebun kekal sihat dan produktif tanpa perlu bergantung kepada bahan kimia yang berbahaya.
‘Indoor plant’ bukan sahaja mencantikkan ruang dalaman rumah malahan mampu membekalkan udara segar dan mendinginkan kediaman anda.
Bagi anda yang mempunyai masalah sesak nafas, 5 tanaman ini dapat membantu anda memberi udara yang segar dan bersih:
5 Jenis ‘Indoor Plant’ Ini Mampu Bersihkan Udara, Sesuai Untuk Pesakit Asma
1 – Peace Lily
Seperti namanya begitu jugalah fungsinya. Memberi damai ruang rumah yang didiami. Tumbuhan ini memerlukan pencahayaan terus dari luar jadi pastikan ia di sudut yang betul. Peace Lily juga dikenali sebagai the communicative plant yang mampu memberikan isyarat apabila ia perlu disiram dan dijaga.
TIP: Ruang luas putih dan bersiling tinggi mampu menyerlahkan Peace Lily di kediaman.
2 – Dieffenbachia Camilla
Tempatkan di ruang cahaya. Suhu sesuai untuk tumbuhan ini adalah di bawah 65 darjah. Pun begitu, ia agak rapuh dan kering di hujungnya. Pastikan anda menjaganya dengan cermat. Apa yang pasti Dieffenbachia Camilla mampu memberi pengudaraan yang baik bagi setiap kediaman.
TIP: Perlu rajin menjaganya dan pastikan jangan dibiar ia kering. Tempatkan di ruang luas dan punya banyak sumber cahaya.
3 – Ficus Elastica
Permukaan daun tumbuhan ini berkilat dan berbentuk. Daunnya juga agak keras dan besar. Oleh itu, sesuai dijadikan ilham dekorasi yang mengisi kekosongan kediaman. Cukup hanya dengan menyiram sekali seminggu dan akan hidup dalam kediaman anda dengan memberi pengudaraan yang baik.
TIP: Rumit sedikit sebenarnya penjagaan Ficus Elastika kerana saiznya yang besar tetapi jika bijak dalam susun letak ia akan menjadi sudut tumpuan yang sangat menarik.
4 – Lidah Buaya
Juga dikenali sebagai Aloe vera dan mempunyai kandungan kira-kira 95 peratus air. Menurut kajian menanam Lidah Buaya dalam kediaman mampu menjadikan suasana dan persekitaran lebih sejuk dan tidak kering.
TIP: Jadi lebih kreatif dengan menanam Lidah Buaya dalam balang yang lebih kecil berbanding pasu besar.
5 – English Ivy
English Ivy memiliki bahan kimia organik yang mampu mengurangkan rasa sakit kepala dan mual. Mudah tumbuh dan mudah dijaga kerana tidak perlu disiram selalu. Tidak perlu pencahayaan terus. Tumbuhan malar menjalar ini boleh diletakkan di tepi tingkap atau gantungkan di tempat tinggi.
TIP: Kalau mahu menanam English Ivy di ruang kediaman, rajinkan diri untuk pangkas ya, kalau tidak tak ubahlah seperti semak di luar rumah.
Untuk memastikan indoor plant anda sihat dan cantik bukan sesuatu perkara yang susah, cukup sekadar memberi perhatian kepada keperluan asasnya dan memeliharanya dari sebarang jenis masalah dan penyakit.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.