Gaya Hidup

Tip ‘Spring Cleaning’, Elak Jadi ‘Hoarder’

Share

Tip ‘spring cleaning’, elak jadi ‘hoarder’. Apa itu ‘spring cleaning’? Spring cleaning adalah istilah yang digunakan untuk merujuk kepada aktiviti membersihkan rumah secara menyeluruh, biasanya dilakukan pada musim bunga.

Tradisi ini selalunya melibatkan pembersihan yang mendalam dan decluttering untuk mengeluarkan habuk, kotoran, dan barang-barang yang tidak diperlukan. Kebiasaannya tradisi ini dilakukan sebelum masuk ke tahun baru. Matlamatnya adalah untuk mewujudkan persekitaran yang lebih bersih, selesa dan sihat untuk semua penghuni rumah.

1) Pembersihan Secara Menyeluruh

Ini termasuk membersihkan semua permukaan seperti lantai, dinding dan perabot. Ini juga termasuk membersihkan kawasan yang mungkin diabaikan setiap hari, seperti di belakang almari atau sudut bilik.

2) Decluttering

Pilih barang yang tidak lagi digunakan atau tidak lagi perlu dibuang atau didermakan. Ini membantu mengurangkan kekusutan dan menjadikan bilik kelihatan lebih kemas.

 

3) Membersihkan Tekstil

Seperti mencuci langsir, membersihkan permaidani, dan mencuci selimut atau bantal. Ini penting untuk mengeluarkan habuk dan kotoran yang tersekat.

 

4) Penyelenggaraan Secara Berkala

Periksa dan bersihkan peralatan rumah seperti penyaman udara, kipas atau penapis udara. Memastikan semuanya berfungsi dengan baik.

 

5) Penyusunan Semula

Selepas membersihkan dan mengemas, susun semula ruang penyimpanan untuk memaksimumkan ruang dan menjadikan item lebih mudah diakses.

Mesti Baca: Tak Perlu Sayang Barang! 9 Item Anda Perlu Buang Ketika “Spring Cleaning” Kediaman

Baca Lagi Di Sini: Cara Musnahkan Kemitetep, Elak Kene Gigit Dan Rosakkan Pakaian

Artikel Menarik: Cuci Cermin Rumah Dengan Mudah & Lebih Bersih, Anda Boleh Gunakan 5 Bahan Ini Sahaja!

IMPIANA: ‘Spring cleaning’ bukan sekadar aktiviti pembersihan biasa, tetapi juga peluang untuk memberi perhatian tambahan kepada rumah anda dan mencipta persekitaran yang lebih bersih, selesa dan menyegarkan untuk didiami.

Follow kami di  WEBSITE,  TELEGRAM,  INSTAGRAM,  TIKTOK,  FACEBOOK   dan  YOUTUBE  untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Published by
Hani Azmy