Tip Suburkan Limau Purut Kalau Tanam Dalam Pasu. Pokok limau purut, tidak seperti pokok limau yang lain. Mudah ditanam dan berbuah. Limau purut, sangat sensitif. Sebab tu lah, harga limau purut mahal dipasaran. Limau purut ni, bukan sahaja buahnya digunakan malah daun juga menjadi sebagai salah satu ramuan pelengkap dalam masakan.
Ramai kata, pokok limau purut tanam dalam pasu tak berapa nak subur. Betul ke?
Izham Alias berkongsi tip melalui pengalamannya.
Pokok limau purut tanam dalam pasu. Alhamdulillah masih subur walaupun telah dua tahun dalam pasu.
Baca juga: Cara Atasi Penyakit Yang Kerap Mengancam Pokok Limau Kasturi
1. Rahsianya adalah sentiasa top up dengan baja organik. Biasa baja organik saya guna adalah kompos cacing yang dibeli. Palet tahi ayam proses pun sama. Ikut mood.
2. Kadang saya nampak tahi lembu saya ambil dan letak dalam pasu.
3. Sekali sekala sembur dengan mikrob baik. Cuka kayu semestinya. Saya dapati cuka kayu memang sesuai dengan pokok limau. Meriah bunga selepas sembur.
Ramai yang guna cuka kayu ni. Beli je dekat shopee. Ni link nya https://invol.co/cla1rm5
4. Tapi sebelum itu perlu saya pastikan pokok cukup baja. Cuka kayu hanya penggalak dan bukannya baja.
5. Kadang saya nampak si ulat bulu memakan daun. Saya biarkan sahaja. Berkongsi rezeki dengan makhluk Allah SWT. Lagipun jarang togel pokok ini semenjak saya beri kasih sayang cukup.
Senang bukan caranya.