Hobi & Minat

Tip Tanam Pokok Timun, Buang Daun Ini Supaya Pokok Cepat Besar & Tak Kena Penyakit

Share

Menanam pokok timun adalah aktiviti yang menyeronokkan dan boleh memberikan hasil yang lumayan jika dilakukan dengan betul.

Namun, untuk memastikan pokok timun anda tumbuh subur dan bebas dari penyakit, terdapat beberapa langkah penting yang perlu diambil.

Menurut pekebun yang selalu berkongsi tip penanaman ini jika mahu tumbesar pokok timun cepat dan mengelak dari serangan kulat, pokok yang berusia 7 hari perlu dibuang daun kotiledon iaitu daun yang tiada fungsi.

Lepas 7 hari tanam pokok timun buang daun kotiledon

Pokok timun ini saya tanam 7 hari lalu. Tanam dalam pasu guna teknik hidroponik. Media 100% cocopeat. Baja guna AB Smart.

Hari ini usianya 8 hari lepas tanam. Tumbesarannya pun cantik molek. Dah ada 4-5 helai daun yang berfungsi.

Biasanya dalam tempoh 7-10 hari lepas tanam (tanam anak benih usia 7 hari lepas semai), saya akan buang daun kotiledon (rujuk gambar).

timun
Cara potong

Potong daun kotiledon dengan pisau/gunting dan buang jauh-jauh daun tadi dari pokok. Nak lagi selamat, bakar atau kambus dalam tanah.

Kenapa daun kotiledon ini saya buang? Ini yang saya dapat daripada guru-guru saya.

1. Daun kotiledon ini ambil air dan nutrien yang banyak. Tapi ia tak buat kerja untuk proses makanan. Jadi kira duk makan saja la kan.

2. Dengan cara buang daun kotiledon ni, kita dapat kurangkan risiko pokok terkena penyakit bawaan kulat terutamanya kulapuk downy.

3. Dapat membaiki pengudaran pokok.

4. Dapat cepatkan tumbesaran pokok.

timun

Cara ini boleh dipraktikkan untuk semua pokok sayur jenis menjalar. Ini cara yang saya buat ya sahabat.

Semoga bermanfaat

IMPIANA : Bagi yang baru menanam pokok timun di rumah, boleh ikut tip yang dikongsi oleh Azuan Abdullah ini.

Mesti Baca:5 Kesilapan Besar Yang Wajib Anda Jauhi Ketika Mengubahsuai Rumah
Baca Lagi Di Sini:Ubahsuai Rumah Flat 30 Tahun Dengan Sentuhan Kontemporari Dan Tropikal Ini menarik!


Artikel Menarik:Sebelum Pindah Masuk Atau Ubahsuai Rumah Baru, Wajib Periksa 10 “Defect” Ni Dulu

Sumber: Azuan Abdullah

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Published by
Nana