Tip-Tip Kalau Nak Elak Dari Kegelapan Dalam Rumah

Share

Sekarang ini kalau kita lihat, tengah musim hujan dan ribut. Bila sudah musim-musim hujan ini, kilat dan guruh sering ada. Haa mula lah ada sesetengah rumah blackout atau tiba-tiba tiada ada elektrik. Tetapi adakah anda tahu, rumah kita bila tiba-tiba blackout, bukan sahaja disebabkan guruh atau kilat yang kuat? Ia boleh jadi puncanya datang dari perkara lain. Hari ini, saya akan memberitahu anda, apakah sebab-sebab rumah atau bangunan tiba-tiba terjadinya blackout.

ADA BARANGAN ELEKTRONIK YANG SUDAH ROSAK

Barang-barang elektronik yang rosak itu, boleh jadi ketuhar, cerek elektrik, extension atau benda benda yang lain. Jika kita masih gunakan barangan yang rosak itu walaupun hakikatnya sudah tahu ia rosak, maka sebab itu ia boleh terus trip satu rumah dan menyebabkan blackout.

SERANGGA ATAU BINATANG YANG MENGANGGU PADA WIRING DAN PEPASANGAN ELEKTRIK

Selalunya binatang atau serangga yang dimaksudkan ini adalah semut, tikus atau anai-anai. Paling bahaya apabila ada wayang yang sudah terkeluar dan ia boleh mengakibatkan kebakaran jika ia terkena pada air.

KOTAK SUIS UTAMA(DB) DAH ROSAK

Selalunya kes sebigini berlaku, bila rumah yang kita menetap itu sudah lama dan kotak suis utama tersebut sudah lebih dari 10 tahun. Bila ia sudah lama, ia akan kerap rosak dan menyebabkan rumah jadi blackout. Seperti manusia juga, bila yang sudah berusia, akan selalu sakit.

Jadi, itulah dia sebab-sebab yang lain yang boleh mengakibat rumah tiba-tiba blackout selain daripada kilat dan petir. Cuma saya berharap, anda semua berhati-hati selepas ini berkenaan dengan elektrik dan elektronik ini.

Sumber: Facebook: FAFIQ Electical Service

(https://www.facebook.com/FAFIQelectricalservice/posts/antara-punca-punca-berlakunya-tripblackout-di-bangunan-atau-dirumah-anda-1-petir/2841074855908796/)

Published by
Yasin