Tip Transformasi Rumah Banyak Barang Jadi Minimalis, Sedap Mata Memandang. Rumah bila ada banyak barang, bebanan mengemas sudah pasti akan jadi lebih banyak juga. Sesetengah daripada kita mempunyai sikap ‘sayang barang’ sehinggakan barang yang tak guna pun nak simpan!
Jadi IMPIANA kongsikan beberapa tip untuk mengubah rumah yang penuh dengan barangan menjadi lebih teratur dan sedap mata memandang:
1. Penilaian dan Pemilihan Item
Mulakan dengan mengenal pasti item yang tidak lagi digunakan atau diperlukan. Buang atau dermakan barang yang tidak lagi digunakan atau rosak.
2. Atur Barang Dengan Bijak
Ads
Atur barang yang selebihnya dengan cara yang berkesan. Gunakan rak, kotak penyimpanan atau pengatur untuk mengumpulkan item mengikut jenis atau fungsinya. Jika boleh, tambahkan perabot storan seperti almari, rak gantung atau storan bawah katil untuk mengoptimumkan ruang.
3. Gunakan Ruang Secara Menegak
Manfaatkan dinding untuk penyimpanan tambahan dengan memasang rak dinding atau papan gantung untuk menggantung peralatan atau barang kecil.
4. Pertimbangkan Ruang Pelbagai Fungsi
Rancang ruang agar mempunyai fungsi yang jelas untuk mengelakkan kekeliruan dan kekacauan.
6. Kurangkan Hiasan
Ads
Kurangkan jumlah hiasan atau aksesori yang tidak diperlukan supaya ruang kelihatan lebih bersih dan luas.
5. Gunakan Cahaya dan Warna
Gunakan pencahayaan yang baik dan pilihan warna terang untuk memberi kesan ruang yang lebih besar dan teratur.
IMPIANA: Dengan mengamalkan tip-tip ini, anda boleh mengubah rumah anda menjadi tempat tinggal yang lebih selesa dan kemas.
Tak semua isi rumah di Malaysia mempunyai pressure cooker dan ia tidak sepopular fasiliti-fasiliti elektrik yang lain. Selain harganya yang agak mahal, ada diantara kita semua ini tidak tahu penggunaan pressure cooker tersebut termasuklah admin pada masa dahulu. Tapi takpa, kita boleh belajar dan duit boleh dikumpul sedikit demi sedikit.
Pressure cooker ini memendekkan masa untuk sesuatu bahan untuk masak. Sebagai contoh, jika anda mengambil masa selama 3 jam untuk menjadikan daging empuk menggunakan periuk biasa, anda hanya memerlukan kurang daripada sejam jika menggunakan pressure cooker. Jika masa masak telah dikurangkan, bermakna anda telah jimat gas memasak sebanyak lebih kurang 50%.
Bagaimana pressure cooker ini dapat menjimatkan masa memasak? Ini adalah kerana, wap panas teperangkap di dalam pressure cooker dan ‘menekan’ bahan masakan untuk masak lebih cepat. Wap panas tersebut tidak dapat keluar dari pressure cooker kerana terdapat getah silikon disekeliling penutup yang menjadikan periuk tersebut kedap.
Besi Tahan Karat (Stainless steel)
Beli pressure cooker yang dibuat dari stainless steel bukannya aluminium. Aluminium akan bertindak balas dengan bahan yang berasid seperti tomato yang menjadikan rasa masakan berlainan. Cari stainless steel yang grade dia tinggi iaitu 304. Cuba tengok dekat bawah periuk tersebut ada tak label 304 ini. Satu lagi, pastikan bawah periuk menggunakan 3 lapisan kerana tiga lapisan lebih tahan lasak dan makanan tidak cepat hangus. Periuk yang mempunyai 3 lapisan juga menyebarkan haba dengan lebih konsisten supaya tekanan yang dihasilkan tidak turun naik. Harga pressure cooker aluminum juga lebih murah daripada stainless steel. So jangan tertipu dengan harga. Ada pressure cooker kapasiti besar, tapi murah rupanya dibuat dari aluminium.
Saiz
Alang-alang nak beli pressure cooker, beli yang saiznya lebih dari 6 atau 7 liter. Kenapa? Satu dapat masak dengan lebih banyak. Satu family boleh makan termasuk jiran. Yang kedua kita biasanya akan beli satu je pressure cooker untuk seumur hidup. So buat pilihan yang bijak. Cari juga pressure cooker yang diameternya lebih besar kerana senang kita nak tengok dan kacau bahan didalam periuk tersebut. Lagipun kalau pressure cooker yang diameter dia besar, senang kita saute daging. (Saute tu maksudnya goreng daging dengan cepat).
Cari periuk yang tinggi. Periuk yang dibawahnya besar dan diatasnya kecil akan menyebabkan bahagian atas cepat rosak terkena haba yang dibebaskan dari benjolan periuk dibawah.
Pressure Indicator
Cari pressure Indicator yang kita boleh nampak dengan senang dari jauh atau dekat. Kadang-kadang ada pressure cooker indicatornya kedalam, so kita kena tengok dari dekat baru nampak. Kita juga tidak mahu pressure cooker yang sering melepaskan wap. Pressure cooker yang bagus hanya melepaskan wap apabila tekanan yang sesuai telah dicapai. Jika wap sering dilepaskan, makanan akan hangus kerana air sudah kering. Makanan juga akan jadi lambat untuk lembut atau masak kerana kehilangan tekanan.
Keburukan dan bahaya Pressure Cooker
Sering kita terdengar pressure cooker meletup ketika sedang masak. Secara amnya, pressure cooker adalah sangat selamat dipakai. Beli pressure cooker dari jenama yang terkenal. Pengguna juga harus sentiasa memastikan semua komponen injap tekanan dalam keadaan bersih dan tidak tersumbat.
Dari segi masakan, anda tidak boleh meletakkan semua jenis bahan dan mengharap bahan tersebut akan masak dalam waktu yang sama. Selain itu, semasa memasak dengan pressure cooker, pengguna tidak boleh membuka dan menambah bahan lain seperti garam atau perasa.
Cara guna Pressure Cooker
Menggunakan pressure cooker tidaklah susah kerana sedikit sebanyak seperti memasak menggunakan periuk konvensional. Cara penggunaan setiap jenama pressure cooker secara amnya juga adalah sama. Jom kita tengok langkah dibawah untuk cara menggunakan pressure cooker (untuk gas pressure cooker)
Masukkan bahan yang ingin dimasak kedalam periuk tekanan
Tutup penutup pressure cooker dan pastikan injap tekanan dalam posisi yang betul
Letak diatas dapur memasak dan pilih tetapan tekanan.
Tunggu sehingga tekanan berkumpul.
Perlahankan api dan kira masa masak yang diperlukan
IMPIANA nak SHARE Pressure Cooker Pilihan. Kalau nak boleh KILIK dan shopping.
Kunyit, selesai menggunakannya tidak kira lah kunyit hidup mahupun serbuk akan meninggalkan kesan terutamanya pada tangan, periuk, besin, pinggan dan pengisar. Masalah ini kerap menghantui suri rumah. Kalau yang terkesan pada tangan tu, bila Encik suami ajak keluar mesti malu sbb ada kesan kunyit kan.
Ada yang sampai sanggup sediakan pengisar khas untuk tujuan mengisar bahan-bahan yang melibatkan campuran kunyit. Kalau kena pada pinggan dan sudu pula, Sakit mata dibuatnya. Dah guna pelbagai cara untuk mengatasinya. Rendam dengan air panas, guna sabun basuh pinggan yang mahal namun masih gagal.
Untuk atasi masalah ini, Impiana kumpulkan petua-petua mudah untuk menghilangkan kesan kunyit pada peralatan dapur, pakaian, tangan dan pengisar. Selamat mencuba.
Hilangkan kesan kunyit pada baju
Petua 1
Jika anda baru perasan baju anda terkena kunyit malah kari, gunakan cuka dan lemon serta sedikit sabun pencuci baju. Letakkan sabun pencuci baju terus pada kesan kotoran dan biarkan selama 30 minit. Tambahkan cuka dan gosok dengan cermat. Apabila ia mula memudar, tambahkan perahan lemon agar menghilangkan bau cuka dan menyerlahkan seri pakaian. Pastikan kekotoran semua hilang barulah dimuatkan dalam mesin pengering.
Petua 2
Jika baju anda baru sahaja terkena serbuk kunyit, lekas-lekas tenyeh dengan serbuk pencuci. Sental dengan berus secepat mungkin dan bilas. Jemur di bawah panas terik.
Hilangkan kesan kunyit pada tangan
Petua 1
Bancuh soda bikarbonat sampai menjadi adunan seperti krim tangan atau ubat gigi. Lumurkan pada tangan dan sental perlahan-lahan.Kemudian bilas dengan sabun dan air bersih.
petua 2
Adakala rimas juga memasak menggunakan kunyit. Apatah lagi jika satu tangan kita menjadi kuning macam demam kuning pulak jadinya. Jangan panik. Gunakan minyak zaitun dan gosoklah dengan kain. Lebih bagus jika kain tersebut lembab jadi tidaklah terasa perit. Ada juga yang menggunakan scrub badan dan gosok perlahan-lahan.
Cara menghilangkan kesan kunyit Pada pengisar
Petua 1
Caranya, gunakanlah baking soda. Cara untuk membuatnya, campurkan baking soda dengan sedikit air dan gaul sehingga teksturnya menyerupai ubat gigi. Jika sudah siap, sapukan pes pada pengisar dan gosok, kemudian cuci dan bilas lah sehingga bersih.
Petua 2
Masukkan 1 cawan air panas dan 2 sudu makan cuka ke dalam pengisar dan biarkan 2 hingga 3 minit. Kisar air bancuhan cuka beberapa kali sehingga kesan kunyit tanggal.
Cara Hilangkan kesan kunyit pada periuk, pinggan, mangkuk dan sudu
Petua 1
Campurkan baking soda dengan air hingga menjadi pes atau seakan tekstur ubat gigi. Sental pinggan atau periuk yang ada kesan kunyit tadi dengan pes tersebut. Biarkan 1-2 minit baru dibilas.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Pernah tak anda basuh kain menggunakan mesin basuh automatik tapi kain baju bau hapak walau sudah letak sabun dan pelembut serta pewangi pakaian.
Lagi sakit matam ada banyak kerak hitam yang melekat pada baju. Kalau dah ada dua tanda ini, itu maknanya mesih basuh tersebut perlu dibersihkan kerana sudah ada banyak kotoran.
Macam mana nak bersihkan? Kalau pada mesin basuh akan ada fungsi soak atau tub cleaning, Ia bukan untuk hiasan ya tapi untuk bersihkan tub mesin basuh.
Caranya mudah saja
Tekan ON
Pilih dan tekan pilihan SOAK? TUB CLEANING. Tekan START
Untuk lebih bersih Masukkan CUKA + BAKING SODA. Anggaran 1 cawan cuka dan 4-5 sudu baking soda. Boleh juga beli saja pencuci mesih basuh yang ada dijual.
Biarkan mesin basuh selesaikan fungsinya.
Waktu ini anda akan dapati air dalam mesin kotor menandakan segala kotoran sudah keluar.
Cuka dan soda bikarbonat tadi berfungsi membersihkan mesin basuh dan menghapuskan bau kepam atau hapak.
Amalkan bersihkan tub ini dua bulan sekali untuk elak kotoran tersimpan lama hingga menyebabkan kotoran ini melekat pada baju.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.