Tip Untuk Cantikkan Ruang Dengan Warna Putih Yang Menjadi

Share

Bila sebut putih, ramai di kalangan kita hanya tahu putih ini hanya mempunyai 2 biasan. Putih asli atau putih krim. Ehhh salah tu ! Masih banyak biasan putih yang boleh kita nikmati terutama anda yang mendiami kediaman sempit dan juga yang mahukan gaya harmoni penuh dengan rona feminin. Sederhana namun menggoda pandangan mata. Kuasa rona putih!

  • ILUSI WARNA PUTIH MEMBERI SERI RUANG

 

PUTIH BOLEH WAT RUMAH CANTIK KE?

Sebenarnya putih pun ada banyak biasan yang boleh anda cuba. Warna ni taklah terlalu terang atau jelas tetapi jika anda sukakan suasana harmoni, damai dan rileks, ilham macam ni patut kita cuba.

MANA LEH KITA DAPAT CAT MACAM NI DAN APAKAH PILIHAN BIASANNYA?

Cuba lihat dalam katalog cat. Selalunya ia disebut sebagai shades of white. Benar pilihan warna ini tidak popular sebab masih ramai yang belum berani memilihnya sebagai warna kediaman. Walhal warna nilah yang patut anda pakai terutama mereka yang duduk rumah kecil dan yang tak berani cuba warna terang tu.

PILIHAN YANG SESUAI UNTUK KITA?

Terdapat biasan yang boleh anda cuba. Dari newtral seperti warna kulit telur ke kehijauan, merahan, kekuningan malah kebiruan serta kelabu.Ia memberi aura yang positif untuk kediaman anda tanpa ada rasa terkongkong atau keterlualuan. Anda yang mahukan ketenangan dan rasa damai, digalakkan memilih warna seumpama ini. Apatah lagi mereka yang takut bermain dengan warna, boleh mencuba menggunakan warna seumpama ini.


TIP

  • Pastikan anda memilih biasan yang hampir sama dengan koleksi perabot atau kemasan lembut. Ini meyerlahan lagi suasana dan aur warna yang anda pilih.
  • Shades of white ini sangat halus warnanya. Anda jangan manik ketika mengecat dinding dan warna putih sahaja yang timbul. Nantikan apabila ia mengering.

Published by
Impiana