Tips Bijak Menghias Dengan ‘Black And White’

Share

Warna hitam dapat mewujudkan titik tumpuan serta menjadikan ruang nampak sofistikated dan elegan. Aksesori seperti lampu, cat atau perabot yang berwarna hitam pula, dengan mudah mencuri tumpuan dan dapat membantu untuk menzahirkan konsep yang ingin diketangahkan dengan lebih jelas lagi. Hitam dengan sendirinya pun sudah menarik, tetapi untuk mendapatkan efek yang lebih menakjubkan dan dramatik, padankan hitam dengan putih. Kombinasi ini juga akan menerapkan suasana bersih yang segar dan elegan pada kediaman selain sesuai digayakan denga pelbagai konsep seperti moden dan kontemporari.

Cara Menggunakan Hitam dan Putih Pada Kediaman Anda Dengan Efektif.

Jika warna hitam dan putih yang anda gunakan kelihatan terlalu menonjol, tone down kan ia dengan menggunakan warna sekunder yang lain seperti penggunaan warna merah , kuning atau keemasan.

Dinding yang dicat putih atau krim lembut sesuai untuk berfungsi sebagai latar belakang yang sempurna buat bingkai gambar atau karya seni. Pilih kayu gelap atau cat bingkai dengan warna hitam supaya ia dapat menjadi titik fokus didalam ruang yang terpilih.

Sebuah bilik mandi yang kecil kelihatan elegan dengan countertop dan lantai marmar, kabinet hitam serta dipadankan dengan kemasan hitam pada paip, lampu, bingkai cermin dan sebagainya. Tandas akan kelihatan lebih rapi dan kemas dengan pemilihan warna ini. Sesuai juga buat mereka yang bersifat misterius dan elegan.

Lapik tilam atau cadar putih bersih dipadankan dengan sarung bantal belang membuatkan bilik tidur nampak klasik dan elegan. Gunakan trim hitam untuk dinding putih atau pada katil. Anda perlu bijak menggabung dan memadankan kedua dua warna ini pada setiap penjuru bilik. Contohnya, letakkan rak buku hitam dihadapan dinding putih atau tempatkan lampu lantai hitam pada sisi katil yang putih dan sebagainya.

Gunakan aksesori besi hitam sebagai pelengkap pada ruang yang dicat putih polos serta dipadankan dengan sofa kelabu. Ruang akan nampak lebih cosy dan selesa apabila warna hitam dan putih bergabung dengan lantai kayu, selain warna hijau dari pokok yang mendatangkan suasana segar pada ruang tamu anda.

Gunakan hitam dan putih sahaja atau dengan warna accent yang lain untuk mewujudkan gaya klasik yang santai. Untuk menambah kesan dramatik dan seni hias yang menakjubkan, letakkan satu titik fokus seperti cermin besar dengan bingkai keemasan pada ruang yang kecil supaya kelihatan luas ditambah pula dengan lampu meja yang penuh karakter.

 

Published by
Amalina