Ada sebabnya mengapa lantai laminate sering menjadi pilihan pemilik kediaman berbanding lantai kayu sebenar. Selain sifatnya yang nipis serta tahan lama, laminate juga datang dalam pelbagai tekstur dan warna. Pengguna tidak perlu membelanjakan wang yang banyak untuk memasang lantai laminate kerana ia sememangnya lebih murah berbanding material lantai lain yang terdapat di pasaran. Amat sesuai untk cuaca tropika seperti di Malaysia, lantai jenis ini tidak mudah rosak apabila terdedah pada kelembapan dan cahaya matahari. Satu lagi kelebihan utama laminate adalah keupayaan meniru rupa kayu semulajadi dengan sempurna tetapi harganya jauh lebih berbaloi untuk dimiliki. Proses pemasangan lantai laminate juga amat mudah dan singkat, hinggakan ada yang memilih untuk DIY sendiri.

Memilih Bahan Dengan Kualiti Terbaik

Sama seperti mana-mana produk lain yang sering digunakan dalam kehidupan seharian kita, pemilihan lantai dengan kualiti yang tepat juga akan menjimatkan masa dan wang penyelenggaraan, sekaligus mengurangkan kemungkinan untuk mengganti lantai dalam masa beberapa tahun. Lantai yang berkualiti secara automatik akan lebih mudah untuk dikekalkan walaupun dengan penggunaan yang kerap untuk jangka masa yang lama.

Langkah Penjagaan dan Penyelenggaraan

Ads

Lantai laminate amat mudah untuk dijaga dan itu merupakan salah satu faedah utama penggunaan lantai laminate. Cara paling praktikat dan mudah untuk mengekalkan rupa bentuk asal laminate adalah dengan melakukan kerja-kerja pembersihan asas dengan kerap dan konsisten. Beberapa tabiat pembersihan lantai laminate termasuklah ;

  • Lekatkan pad pelindung pada kaki perabot. Untuk perabot beroda pula, pastikan roda tersebut adalah jenis lembut dan sesuai untuk digunakan pada lantai laminate unrtuk mngurangkan risiko calar.

Lantai Laminate Tahan Lebih Lama Kalau Ikut Tip Mudah Ini

  • Bagi mereka yang gemar menanam tumbuhan indoor, letakkan dulang titisan dibawah pasu bagi mengelakkan air atau lembapan jatuh ke lantai laminate.

Lantai Laminate Tahan Lebih Lama Kalau Ikut Tip Mudah Ini

Ads
  • Habuk dan kotoran perlu dibersihkan selalu sama ada menggunakan vacum atau penyapu berbulu lembut. Kemudian, mop lantai dengan mop yang sudah diperah.

Lantai Laminate Tahan Lebih Lama Kalau Ikut Tip Mudah Ini

  • Gunakan pembersih lantai khas untuk material laminate. Walaupun lantai dipasang dengan betul dan kurang risiko melengkung, lebih baik mengambil langkah berjaga-jaga sebelum menyesal.

Lantai Laminate Tahan Lebih Lama Kalau Ikut Tip Mudah Ini

Ads
  • Biarkan lantai kering sepenuhnya selepas dicuci dengan pembersih lantai dan cecair rawatan lantai laminate.

Lantai Laminate Tahan Lebih Lama Kalau Ikut Tip Mudah Ini

Elak Lakukan Perkara-Perkara Ini ;

Lantai laminate memang akan tahan lebih lama dan bersinar seperti ia baru sahaja dipasang semalam dengan melakukan pembersihan berkala yang kerap tetapi terdapat juga perkara-perkara yang patut anda jauhi bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku, seperti ;

  • Jangan biarkan tumpahan air bertakung dengan lama diatas permukaan laminate kerana ia boleh menyebabkan kerosakan air. Proses pengeringan menggunakan pengering wap juga tidak digalakkan.
  • Elak membersihkan lantai menggunakan wax, stim pembersih ataupun pengilat lantai.
  • Jangan memakai kasut dengan tumit yang tajam atau berpaku.
  • Elakkan memaku atau skru apa-apa lekapan ke lantai.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI