Tirai Dalam Bilik Air Yang Kotor Bertahi Lalat, Ada Cara Mudah & Berkesan Untuk Hilangkan

Share

Bagi anda yang menggunakan ‘shower curtain’ atau tirai dalam kamar bilik mandi pasti akan berdepan dengan masalah kekotoran yang melekat pada tirai sehingga bertahi lalat selepas beberapa bulan digunakan. 

Sebenarnya, ada kaedah dan cara yang anda boleh lakukan untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan hanya menggunakan beberapa bahan pencuci. Nak tahu caranya?

Langkah pertama yang boleh anda lakukan adalah cabut tirai kamar bilik mandi anda dan rendamkan ke dalam baldi yang berisi air dicampur bersama 10 titis ‘tea tree oil’, serbuk pencuci kain dan satu senduk serbuk ‘baking soda’ lalu dibiarkan rendaman semalaman. 

Setelah rendaman telah dibiarkan semalaman, gosok tirai kamar bilik mandi anda dengan menggunakan sehelai kain tuala sehingga bersih.

Bagi mengekalkan tirai dalam kamar bilik mandi anda supaya kekal bersih dan terhindar daripada kesan bertahi lalat dan berbau busuk, anda disarankan untuk mencucinya setiap minggu. 

Semoga perkongsian ini dapat dimanfaatkan oleh semua yang inginkan kamar bilik mandi sentiasa kekal tampak bersih tanpa sebarang cela.

Sumber: Rumah.com

Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.

Baca artikel berikutnya: Tip Hilangkan Kesan Hangus Pada Permukaan Besi Seterika

Published by
Nazar Rafiqhi