Menyiram, adalah perkara paling wajib dan penting untuk kelangsungan tanaman. Tapi, teknik siraman yang salah boleh menyebabkan tanaman bukan sahaja diserang penyakit, malah berisiko untuk rosak. Lebih-lebih lagi bagi tanaman yang berbunga salah teknik siraman, boleh menyebabkan ia bukan sahaja kurang berbunga malah bunga yang mekar pun cepat layu.
Zety Roses ZR, seorang pengusaha nurseri bunga ros berkongsi tip untuk menyiram tanaman ros agar berbunga banyak dan tahan lama
Lakukan siraman 2 kali sehari di waktu pagi dan petang. Untuk cuaca panAs terik, anda digalakkan untuk meLAkukan siraman 3 kali sehari iaitu pagi, tengah hari dan petang.
Untuk pastikan tanaman sihat dan membesar secara optimum, waktu siraman yang tepat juga memainkan peranan yang penting. Namun, jika anda yang mempunyai kekangan masa. sistem siraman atumatik adalah yang terbaik. Jom belajar sistem siraman pintar anjuran IMPIANA. Untuk pendaftaran, klik link yang disediakan ttps://toko.ideaktiv.com/product/webinar-impiana-smart-watering-system/
Cara saya siram pula memang elak kena pada bahagian daun dan bunga. Siram terus pada pangkal pokok sahaja. Ia bagi mengelak atau mengurangkan serangan kulat dan blackspot. Tambahan, bunga susah nak kembang mekar kalau terkena air yang banyak.
Kantan memang tanaman herba yang mudah untuk di biakkan melalui umbisi atau “rhizome”. Tanam kantan, sudah pasti bunganya yang dinanti-nanti. Tapi, ramai alami masalah, pokok subur tapi, tak keluar bunga. Usahawan bunga kantan, En. Sadam Arffain berkongsi teknik tanam kantan untuk hasil yang optimum.
Harganya boleh mencecah sehingga RM3-RM8 sekuntum pada musim perayaan, RM1-RM2 di waktu biasa.
Bunga kantan ini bermula dari rhizome seperti gambar di atas yang diambil dari rumpunan pokok kantan.Cara pengambilan anak pokok ini dengan mengorek rhizome dari rumpunannya.
Rhizome ini boleh diambil dari pokok yang telah matang yang telah mencapai ketinggian 15-20 kaki serta telah menghasilkan bunga.
Rhizome yang telah di cantas batangnya boleh ditanam kedalam tanah jenis bergambut yang lembab. Tanah yang berpaya, berpasir, tanah liat tidak sesuai untuk penaman pokok kantan. Sebaik baik nya pokok ditanam berhampiran dengan tali air.
Rhizome yang baru ditanam hendaklah disiram sehari sekali untuk memastikan keperluan pokok mencukupi untuk mengeluarkan anak pokok yang baru.
Selepas 2-3 minggu, rhizome akan mengeluarkan anak yang baru.
Untuk tempoh minggu keempat, penyiraman boleh dikurangkan kerana pokok lebih stabil bergantung pada cuaca. Pembajaan NPK yang tinggi kandungan Nitrogen boleh diberikan untuk menggalakkan tumbesaran pokok dan menjaga kandungan klorofil dalam daun untuk kehijauan pokok.
Ibu rhizome (batang tua) boleh dipotong untuk mengurangkan kapasiti nutrien supaya anak pokok dapat nutrien penuh untuk mengeluarkan lebih anak.
Dalam tempoh 4-6 bulan. Pokok kantan akan mengeluarkan lebih banyak anak pokok.
Apabila pokok sudah berusia 1 tahun. Ketinggian pokok akan mencapai 8-10 kaki. Penggunaan baja NPK yang tinggi kandungan potassium (P) untuk menggalakan tumbesaran pokok dan akar.
Dalam tempoh 2 tahun. Pokok kantan akan mencapai ketinggian 16-20 kaki. Waktu ini pokok kantan akan mula mengeluarkan bunganya. Baja NPK yang tinggi kandungan fosforus (K) untuk menggalakkan pengeluaran bunganya.
Satu batang pokok kantan matang boleh mengasilkan 1-2 batang bunga. Satu rumpun pokok kantan ada dalam 10-15 batang pokok
Apabila sudah hari ke 4-7 hari. Bunga kantan sudah membesar dan mula mengeluarkan warnanya. Di saat ini bunga boleh di tuai sebelum bunga mulai mengembang. Bunga boleh dituai 4-5 hari sekali.
Cara Mudah Tanam Halia Dalam Pasu Menjadi, Isi Besar & Banyak. Pokok halia antara tanaman cukup berbaloi untuk ditanam kerana mudah dijaga dan sering digunakan di dapur. Memang mudah, tak perlukan ruang yang luas, tanam halia dalam pasu boleh menjadi.
Untuk tanam pokok halia menjadi, sebaiknya tanam halia yang bertunas. Jika ada lebihan halia yang telah bertunas dalam peti sejuk, boleh cuba semai dan tanam pokok halia sendiri di rumah.
Namun jika halia masih belum bertunas, boleh buat cara begini.
CARA MUDAH HALIA BERTUNAS
1. Bungkuskan halia dalam tisu basah.
2. Kemudian masukkan dalam bekas bertutup dan masukkan hirisan bawang besar sekali bagi mempercepatkan pertumbuhan tunas.
3. Sentiasa pastikan tisu dalam keadaan lembab.
4. Apabila rizom sudah ada tunas, boleh ditanam di atas tanah / pasu.
Selain itu, boleh juga guna cara tanam halia begini supaya isinya besar dan banyak.
CARA TANAM POKOK HALIA DALAM PASU
1. Sediakan pasu besar (yang boleh muat 5 – 6 beg tanah) & isikan 4 beg tanah 3 in 1 beli di nurseri atau campur separuh tanah hitam.
2. Beli halia tua dan mempunyai banyak mata tunasnya untuk semaian terus dalam pasu/polibag. Cari halia jenis besar baru dapat hasil besar. Kalau tanam halia kecil biasa lama nak tunggu dapat hasil besar.
3. Kerat halia jadi lebih kurang 3 inci panjang & tanam sedalam 1/2 jengkal dari tinggi tanah. Letak 2 ketul rizom halia untuk 1 pasu besar & dijarakkan 1 jengkal antara keduanya.
4. Tanamkan secara ‘terbaring’ / ‘terlentang’ supaya lebih banyak keluar tunas.
5. Siram 2 kali sehari (pastikan tanah tak bertakung air) sampai naik daunnya lebih kurang 2 kaki. Kemudian baru tambah 1 beg tanah lagi, penuhkan dalam pasu.
6. Bila dah umur 3 bulan boleh kurangkan siraman kepada 1 kali sehari, asalkan daunnya tidak kering.
7. Boleh siram guna baja sisa dapur 2 kali seminggu. Seperti air basuhan ikan, air basuhan beras, kulit bawang, kulit telur kering, nasi dingin atau tanamkan perut ikan.
TANDA HALIA SEDIA DITUAI:
1. Daun Mula Berubah, Menguning, atau Mati:
Jika lihat daun halia bertukar kuning atau layu, jangan panik. Ini biasanya tanda halia hampir matang.
2. Bunga Mula Muncul:
Jika bunga halia muncul, itu tanda halia sudah matang.Ini biasanya berlaku apabila pokok halia tumbuh dalam keadaan yang sangat baik.
3. Saiz Rizom:
Periksa saiz rizom dengan menggali sedikit tanah di sekeliling pokok. Jika rizom sudah besar dan tebal, ia sedia untuk dituai.
WAKTU PENUAIAN IKUT JENIS HALIA & KEGUNAAN
HALIA MUDA
Waktu Penuaian: Sekitar 4-6 bulan selepas penanaman.
Ciri-ciri: Rizom lebih kecil, kulit lebih lembut dan kurang berserat.
Kegunaan: Sesuai untuk digunakan segar dalam masakan kerana teksturnya lembut dan rasanya lebih ringan.
HALIA TUA/MATANG
Waktu Penuaian: 8-10 bulan selepas penanaman.
Ciri-ciri: Rizom lebih besar, kulit lebih tebal dan berserat. Daun mula menguning dan layu.
Kegunaan: Sesuai untuk pengeringan, penjerukan, atau sebagai rempah dalam masakan yang memerlukan rasa halia yang lebih kuat.
Semoga Bermanfaat, Selamat Mencuba!
IMPIANA: Bagi yang nak cuba tanam halia di rumah boleh ikut panduan lengkap yang dikongsikan ini. Memang menjadi dan hasilnya, isinya besar dan banyak walaupun hanya tanam dalam pasu.
Kebiasaanya, halia yang dibeli, mesti tak digunakan semuanya. Ada tu sampai kecut simpan dalam peti ais. Apa kata kalua dah Nampak hali yang disimpan mula tumbuh tunas, kita semai je. Tak perlu batas dan pasu yang khas, guna guni pun dah mencukupi seperti yang dilakukan oleh Puan Bebiyana Tambi Khan. Cara yang dikongsikan oleh puan Bebiyana sangat mudah dan tak perlukan barang dan bahan yang rumit. Tapi hasil halinya yang ditanam di dalam guni memang menajdi. Jom kita tengok cara tanam hali dalam guni puan Bebiyana
Ada ramai orang di luar sana punya halia yang berbaki dalam peti ais. Mesti ramai tak tahu sebenarnya nak tanam halia senang sangat sangat. Saya dah biasa buat sampai orang nak beli anak pokok halia saya.
Ini contoh halia yang masih ada dalam peti ais, saya pakai “glove” sebab nak cuci dia
Kemudian potong-potong halia mengikut tunas yang dah tumbuh
Rendam selama 20 minit dalam bancuhan racun kulat, ini untuk mematikan fungus yang ada. Kemudian keringkan
Bancuh serbuk racun kulat dengan air mengikut sukatan yang di syorkan
Letak kedalam tanah atau medium tanaman seperti cocopeat yang basah
Kambuskan halia yang telah disemai. Siram sekali dalam dua hari hanya untuk kekalkan kelembapan sahaja. Tunas akan keluar sekitar seminggu selepas ditanam.
Ta daaaaa! Ini yang Kak BB dah alihkan dalam guni.
Inilah hasilnya. Yang ini dah boleh guna untuk masakan anda.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.