Menyiram, adalah perkara paling wajib dan penting untuk kelangsungan tanaman. Tapi, teknik siraman yang salah boleh menyebabkan tanaman bukan sahaja diserang penyakit, malah berisiko untuk rosak. Lebih-lebih lagi bagi tanaman yang berbunga salah teknik siraman, boleh menyebabkan ia bukan sahaja kurang berbunga malah bunga yang mekar pun cepat layu.
Zety Roses ZR, seorang pengusaha nurseri bunga ros berkongsi tip untuk menyiram tanaman ros agar berbunga banyak dan tahan lama
Lakukan siraman 2 kali sehari di waktu pagi dan petang. Untuk cuaca panAs terik, anda digalakkan untuk meLAkukan siraman 3 kali sehari iaitu pagi, tengah hari dan petang.
Artikel berkaitan:
4 Resepi Baja Dan Pencegah Serangga Mudah, Pokok Sihat Dan Tak Rosak
Baja Dan Kawalan Perosak Organik Mujarab Dari Kulit Telur Dan Kopi Terpakai
Cara saya siram pula memang elak kena pada bahagian daun dan bunga. Siram terus pada pangkal pokok sahaja. Ia bagi mengelak atau mengurangkan serangan kulat dan blackspot. Tambahan, bunga susah nak kembang mekar kalau terkena air yang banyak.
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.