Tertarik dengan sentuhan Magis yang dikongsikan di media sosial tentang kediaman ini. Rumah ini diberi nafas segar dalam setiap sudut yang diminta oleh pemilik rumah ini untuk mendapatkan ruang yang cukup sempurna. Penggunaan warna putih dan biru langit ini membangkitkan rasa tenang. Transfomasi ini adalah dari sentuhan seorang Pakar Hiasan Dalaman iaitu Isa Al-Roomie.
Bertemakan Modern English atas permintaan pemilik kepada Pakar Hiasan Dalaman untuk meralisasikan impian mereka. Isa Al-Roomie cukup gembira kerana dapat memuaskan hati pelanggannya. Menurut beliau cat dinding kediaman ini dicat oleh ICI meeting house paint.
Ads
Untuk menyiapkan projek ini beliau hanya mengambil masa selama 4 minggu.
Wall was painted with ICI meeting house paint.
Memang terinspirasi melihat kediaman mewah selebriti negara jiran ini. Selain kejayaannya sebagai usahawan, gaya hidup dan kediaman mewah Zaskia Sungkar sentiasa menjadi perhatian.
Apa tidaknya, mahligai indah isteri Irwan Syah ini tersusun kemas dan menjadi idaman setiap keluarga! Tak ubah seperti hotel bertaraf lima bintang.
Reka bentuk dalaman didominasi oleh warna putih dengan sentuhan marmar yang elegan. Apa yang pasti, wanita cantik ini punya cita rasa yang mengagumkan.
Jarang tayang rumah kepada umum, baru-baru ini Zaskia telah berkongsi tour kediamannya melalui akaun media sosial peribadinya. Reka bentuk rumah itu memaparkan keanggunan yang mantap dengan dominasi warna putih yang elegan. Bukan itu sahaja, sentuhan batu marmar juga boleh dilihat di beberapa sudut ruangan, menambahkan lagi kesan mewah.
1. Elegan dengan dekorasi putih dan hitam
Reka bentuk dalaman rumah Zaskia menyerlah dengan gabungan hitam dan putih yang mantap. Dalam foto yang dikongsinya, dinding rumahnya dicat putih, manakala aksen hitam diterapkan pada perincian seperti pintu dan tingkap.
2. Hiasan Marmar Mendominasi Ruang Dapur
Dapur yang mewah juga disediakan di kediaman Zaskia Sungkar. Set dapur direka dalam warna putih digabungkan dengan percikan belakang beraksen marmar putih. Sementara itu, meja dapur mempunyai sentuhan kayu yang tersendiri. Gabungan warna kayu putih dan coklat menambah kesan elegan pada dapur Zaskia.
3. Dapur Zaskia juga dilengkapi dengan pelbagai perabot yang canggih
Selain mempunyai reka bentuk yang elegan, dapur juga dilengkapi dengan perabot moden. Terdapat pantri yang direka khusus untuk meletakkan ketuhar gelombang mikro dan ketuhar. Bukan itu sahaja, terdapat juga alat pembuat kopi yang merupakan antara peranti kegemaran keluarga Zaskia.
4. Terdapat bilik air di tingkat 1
Di tingkat satu rumah, terdapat bilik air yang ringkas. Di dalamnya terdapat beberapa produk penjagaan kulit Zaskia yang sering digunakannya selepas beraktiviti. Sesuai dengan suasana bilik yang lain, bilik air ini juga didominasi oleh warna putih.
5. Terdapat kemudahan lif yang canggih
Kemudahan di rumah Zaskia sangat mewah termasuk adanya lif. Dengan lif ini, Zaskia dan tetamu yang ingin berkunjung ke rumahnya boleh sampai ke tingkat 2 dengan mudah tanpa perlu menaiki tangga.
6. Tingkat dua ialah butik Zaskia
Zaskia yang terkenal sebagai usahawan berjaya dalam industri fesyen menukar tingkat dua rumahnya sebagai pejabat untuk butiknya sendiri. Ruang butik itu memaparkan keanggunan dengan sentuhan hiasan yang tebal dengan kayu.
Tip Penjagaan Marmar
1. Lantai jubin tidak boleh dibiarkan dalam keadaan basah kerana ia mudah licin dan berbahaya kepada kita. Ianya perlu sentiasa dibersihkan dan kemudiannya dibilas dengan air serta dilap kering.
2. Bagi kotoran biasa seperti tumpahan minuman, minyak dan lain-lain pemilik kediaman boleh menggunakan pencuci beralkali. Manakala, minyak tanah pula sesuai untuk membersihkan kotoran cat, gris atau getah.
3. Pemilik kediaman juga boleh mengadaptasi petua orang lama bagi mengelakkan lantai cepat pudar dengan mengambil setengah baldi air, campurkan dengan semangkuk kecil kapur sireh dan juga lima sudu besar garam halus.
4. Bagi mengelakkan lantai berkulat dan cepat rosak dan kotor, pemilik kediaman boleh menggunakan bahan pencuci yang agak kasar seperti klorin, cuka dan jus limau. Caranya ialah dengan memberus jubin tersebut dengan berus yang keras serta air bercampur serbuk penaik.
5. Elakkan benda-benda berat dan tajam jatuh ke lantai jubin bagi mengelakkan lantai pecah dan rosak akibat hentakan tersebut. Pemilik kediaman boleh juga meletakkan hamparan ambal di sesetengah bahagian lantai jubin bagi keselesaan dan keselamatan di dapur sekiranya lantai agak lembap dan licin.
Perkara pertama yang pasti menarik perhatian para tetamu apabila berkunjung sudah tentunya pintu masuk ke rumah kan? Jika anda mahukan kelainan, mulakan dengan upgrade pintu utama. Ia mudah dan juga murah!
Adakah anda sedia untuk terinspirasi? Disini IMPIANA kumpulkan koleksi rekabentuk pintu dengan trend terkini yang pastinya akan memberi aura menarik pada kediaman anda.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Melalui perkongsian idea oleh Puan Betty Ramli di Facebook, ruang dapur sempitnya diubah suai kerana berasa tidak selesa dengan barang dan peralatan yang terlalu banyak di dapur sambil memberikan nafas baharu buat ruang tersebut.
Menurutnya, dia mendiami rumah sewa ini dengan dapur berkeluasan 10 kaki x 8 kaki dan demi menjadikan impiannya untuk memiliki sebuah meja kaunter idaman, beliau banyak merujuk kepada pelan susun atur yang disediakan oleh IKEA.
Ia bermula dengan pembelian base table Metod dan dipadankan dengan counter top Ekbaken dan dilengkapi dengan Utrusta Shelf yang ketiga-tiganya berharga hanya RM546.90. Ini cuma kos pembelian sahaja kerana segala pemasangan di dapur rumahnya dipasang sendiri oleh suaminya yang juga merupakan seorang mekanik.
Idea ringkas tapi praktikal ini sesuai untuk anda yang mempunyai dapur sempit dengan bajet mampu milik. Selamat menghias!
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.