Dekorasi

Transform Bilik Terbiar Jadi Bilik Kerja, Hanya 9 Hari Tapi Hasilnya Wow!

Share

Di dalam setiap rumah, pasti ada sudut atau bilik yang kurang dimanfaatkan. Mungkin ianya hanya menjadi tempat simpanan barang yang tidak lagi digunakan, atau sekadar ruang kosong yang terbiar.

Dengan sedikit kreativiti dan usaha, bilik terbiar ini boleh ditransformasikan menjadi sebuah bilik kerja yang bukan sahaja fungsional,malah menginspirasi. Seperti perkongsian Huda Zainal ini.

Masalah utama bilik ni, bila hujan bocor. Beberapa kali panggil repair bumbung pun bocor juga. Sampai rosak dinding. Sudahnya hanya guna untuk aktiviti menggosok baju seminggu sekali dan letak mainan yang jarang main.

“Lepas dah repair kali ketiga, alhamdulillah akhirnya dah ok. Barulah ada mood nak transform bilik ni jadi bilik kerja.

“Gigih juga nak transform bilik ni. Hari-hari buat, tapi buat sikit-sikit.”

Ubahsuai Bilik Kerja Dari Hari Pertama Hingga Sembilan

Hari pertama :

Buat kerja-kerja elektrik. Daripada kipas dinding tukar kepada kipas syiling. Tambah lampu, daripada 1 down-light biasa tambah 4 lampu LED. Nak bagi terang lagi bersuluh. Kata nak jadi bilik kerja kenalah cukup pencahayaan.

Kerja wiring ni suami buat sendiri.

Habis rosak semua sebab bocor.

Hari ke-2 :

Kikis cat lama yang dah kembang akibat kena hujan. Kerja ni banyak Haziq (anak 6 tahun) yang buat. Dia memang gemar kerja-kerja pertukangan ni.

Filler. Tampal kat dinding yang lubang dan menggerutu.

Hari ke-3 :

Tampal dinding dan siling dengan filler. Mana yang tak sekata, yang berlubang, yang retak. Semua tampal.

Hari ke-4 :

Huda dah mula cat siling dengan warna putih.
Suami cat dinding dengan wall sealer. Dinding rumah ni jenis pre-cast wall. Kalau tak cat sealer akan bertompok-tompok.

Cabut skirting

Hari ke-5 :

Huda masih cat siling untuk lapisan kedua.

Guna cat spray untuk cat skirting. Pastu salah warna pula. Belasah je.

Suami tanggalkan semua skirting bagi memudahkan proses mengecat. Kemudian mula cat dinding dengan warna pilihan. Kelabu gelap.

Hari ke-6 :

Masih lagi cat siling sebab belum sekata. Susah rupanya nak cat syiling ni. Lengan dengan bahu pun dah terasa nak tercabut. Pesanan penaja, kalau ada hati nak cat syiling, pastikan kuat semangat. Memang penat dan lenguh yang amat. Dah lah panas sebab tak boleh buka kipas.

Suami cat dinding untuk lapisan kedua.

Hari ke-7 :

Cat grille guna cat minyak. Benda paling menyesal buat. Suami cakap dah, susah. Nanti tak cantik. Isteri degil nak juga tukar daripada hitam jadi putih. Jadi suami layan kan kemahuan isteri.

Pastu sendiri menyesal. Dekat 4 jam ok, cat grille aje.

Time ni kul 11 kot. Esok kerja ye.

Hari ke-8 :

Siang Huda spray skirting. Aduh salah beli warna. Golden yellow. Belasah jelah.
Malam tampal 3D brick wallpaper. Beli dekat shoppee.

Lepas siap pasang wallpaper pasang rod langsir ikea dan terus gantung langsir.
Gamkan semula skirting.

Letak penyeri.

Hari ke-9 :

Meja dan kerusi sampai. Anak-anak yang tolong pasangkan semua.
Akhirnya, berjaya siap.

Kos Untuk Kerja-kerja Pengubahsuaian

Cost yang habis tak banyak. Sebab semua DIY sendiri. Janji rajin dan mahu buat.

Barang elektrik :

Kipas RM190
Lampu LED (4 biji) RM52

Untuk dinding :

Filler RM5.50
Wall sealer RM80
Nippon easywash 5L (dark grey) RM150
Nippon easywash 5L (putih) (baki cat dinding ruang tamu masa PKP)
3D brick wallpaper RM174
Peralatan mengecat (pakai yang lama)
Cat spray untuk skirting RM14
Gam untuk skirting (guna baki winscouting PKP)

Gigih pasang langsir sendirian. Siap jahit bawah kat situ. Nak labuh yang perfect.

Untuk tingkap :

Set rod langsir Ikea RM55
Kain langsir (sheer curtain) RM104
Kain langsir turquoise RM65


Eyelet tape dan ring RM14
Cat minyak RM20

Perabot :

Meja study RM105
Kerusi RM46

Total lebih kurang RM1074. Jimat banyak sangat berbanding nak panggil upah orang buat.
*Gigih naik taraf bilik extra dalam rumah ni.

Final. Cuci lantai guna pursue & scrub bud amway. Scrub bud ni terbaik sebab lantai tak calar.
Guna pursue senang cat keluar. Nak tanggalkan gam wallpaper yang melekat dekat lantai pun senang.
Paling penting. Tangan terpelihara. Tak kasar lepas buat kerja buruh.

Semoga bermanfaat.

Sumber/Foto : Huda Zainal

Mesti Baca:Mak Pesan Kerja Rumah Jadikan Rutin, Rumah Bersih Automatik Rasa Tenang
Baca Lagi Di Sini:PANDUAN ‘Checklist’ Penting Keperluan Pindah Masuk Rumah Baru Yang Perlu Disediakan!
Artikel Menarik:10 “Defect” Wajib Periksa Sebelum Pindah Rumah Baru!

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Sumber: Mujahid Abdul

Published by
Nana