Transform Dinding Kosong Dengan Kayu Palet Terbuang Bermodalkan RM25 Saja. Hasilnya Gempak!

Share

Profil projek:
Projek : Mini Vertikal Garden
Tahap projek : Terbuka
Tempoh Masa : 1 jam (tidak termasuk waktu pengeringan)
Kesukaran : ***
Kos: RM 25
Kesesuaian projek: Sesuai sebagai penyeri tembok pagar serta memaksimumkan ruang teres lot tengah

Bahan:
Tanaman hiasan
Palet terpakai
Cat kayu (berwarna putih)
Peralatan pertukangan
Pasu plastik
Pencakuk besi

Langkah-langkah:

Sediakan bahan-bahan diperlukan seperti tanaman hiasan, pasu plastik, palet terpakai dan cat putih.

Mula-mula cat dahulu palet kayu kerana ia mengambil sedikit masa untuk kering. Cat dengan sapuan tipis untuk kemasan unfinished look dan kemudian jemur di tempat terbuka. Pastikan projek ini dilakukan ketika cuaca baik bagi memudahkan cat ini kering dengan cepat.

Setelah itu pasu plastik perlu lah ditebuk terlebih dahulu menggunakan besi tajam. Besi ini dipanaskan dengan menggunakan api agar mudah untuk menembusi pasu plastik tersebut. Buat satu lubang pada pasu sebagai tempat untuk memasukkan pencakuk besi nanti.

Tanaman hiasan yang dibeli di nurseri bolehlah dipindahkan ke pasu plastik yang telah ditebuk tadi.

Kemudian dengan menggunakan drill lekatkan paku bersaiz bersesuaian ke dinding untuk dilekatkan palet kayu tadi. Pastikan saiznya mampu menahan beban palet kayu dan pasu tanaman.

Setelah selesai memaku, masukkan pencakuk besi ke dalam lubang yang ditebuk tadi.

Kini pasu tanaman anda sedia untuk digantung pada kayu palet yang telah digantung ke dinding.

Dinding anda yang kosong dan kelihatan hambar kini telah tersedia dengan hasil kreatif buatan sendiri. Sebuah mini vertikal garden yang begitu menarik. Selamat mencuba!

 

Published by
Asmar Zakri