Transformasi Minimalis Dapur Saiz 160 Kaki Persegi Bermodalkan RM2500

Share

.Ramai beranggapan untuk mempunyai kabinet dapur yang cantik dalam saiz yang besar, pemilik pasti akan berbelanja besar, tetapi tidak bagi En Syahir Farham yang menetap di Rawang, Selangor kerana beliau berjaya mengenepikan tanggapan bahawa untuk memiliki kabinet dapur yang cantik bersama kemasan counter top memerlukan belanja yang tinggi. Ini kerana beliau berpendapat bahawa ia cukup sahaja dengan pemilihan jenis bahan yang sesuai, perancangan pembelian rapi serta pasang sendiri segala kelengkapan tersebut.

“Untuk dapur kediaman saya ini, saya membeli sebanyak 3 set kabinet bersama counter top bernilai RM 2.5K (tidak termasuk singki dan dapur memasak) serta mendapat bantuan isteri untuk memegang barang sementara saya pasang skru untuk mencantumkan setiap komponen”. katanya.

Dia turut menyatakan bahawa, jika ingin counter top ini tahan lama, kena sentiasa pastikan tiada air yang bertakung di atasnya serta meletakkan silikon sebagai pelindung daripada terkena air.

 

 

Published by
Team Impiana