Terpesona melihat idea dekorasi pada rumah flat berkeluasan 650 kaki persegi milik Puan Naqiyah Sidik ini. Dekorasi yang cukup simple tanpa barang dan perabot yang sarat namun cantik dipandang.Terus rumah tampak elegan dan cozy!
“Cara saya dan husband deco flat 650 kaki persegi kami. Rumah ni ada 3 bilik tidur, 1 shower room, 1 toilet,”ujarnya.
Padanan warna tanah dan rona gelap seperti coklat, hitam dan kelabu menambah nilai estetik pada kediaman sekaligus merubah menjadi lebih elegan. Malah menjadikan rumah rasa lebih tenang dan mendamaikan.
“Setengah orang tak suka sebab nampak gelap, tapi sebenarnya warna ni very cozy,” ujarnya.
Idea Dekorasi Sendiri
Hebatnya pemilik kediaman ini, setiap cetusan idea dekorasi adalah idea mereka sendiri suami isteri, tanpa melantik Pereka Hiasan Dalaman. Malah, kebanyakan ruang adalah dilakukan sendiri secara DIY mengikut citarasa dengan menjadikan YouTube, pinterest dan Instagram sebagai rujukan. Hanya bahagian dapur yang memerlukan ubahsuai daripada pihak kontraktor.
“Cari cari idea dekat pinterest dengan IG ja, bila dah comfirm tema apa nak buat, boleh dah start deco,”
“Kami banyak DIY sendiri. Bahagian dapur ja upah contractor buat,”ujarya.
Dapur Tertutup Dengan ‘Sliding Door’
Pemilik juga bijak membahagikan ruang dapur dan ruang tamu. Walaupun ruang kecil, idea dapur tertutup ini sangat praktikal.Ia dapat ‘melindungi’ privasi di dapur dan menghindar bau masakan tersebar ke ruang tamu.
‘Sliding door’ kaca dengan bingkai hitam pula menambah elegan pada ruang dapur. Sliding door ini ditempah khas dengan anggaran harga RM2,400 mengikut ukuran saiz pintu.
Ads
“Total untuk kitchen area lebih kurang RM17,000. Warna pula request cat jotun code sand,” ujarnya.
IMPIANA: Menarik sungguh idea dekorasi kediaman untuk rumah flat bersaiz 650 kaki persegi ni. Walaupun ruang kecil, pemilik bijak menghias ruang kediaman menjadikan ia tampak elegan dan cozy. Semoga menjadi inspirasi buat mereka yang mempunyai ruang kediaman kecil juga.
Deko Dinding Suami Isteri, DIY Hallway Ala Hotel Nampak Mahal Tapi Mampu Milik. Memang kreatif, cantik dan kemas pasangan suami ini dalam menghias rumah sendiri. DIY Hallway ala hotel berjaya diserlahkan pada kediaman sendiri memang nampak mahal namun pada harga yang mampu milik.
Memang puas hati hasilnya bila dapat buat sendiri dekorasi rumah. Lebih jimat dan berbaloi.
Perkongsian daripada Nika Shamsdin ini boleh dijadikan panduan;
Hasil DIY hallway ala hotel. Semua buat sendiri dengan husband. Nampak macam mahal tapi mampu milik. Kita transform jadi mewah.
Saya tukang design, cari idea, measuring, cari barang, buat kira-kira, tukang pasang. Suami potong kayu dan cat. Sepakat membawa berkat. 😄 (Semua deko di dinding hasil kami bertukang berdua).
Yang penting kayu kena cari urat yang cantik baru wow. Saya guna kayu spin siling. Dekat hardware banyak. Lagi tebal kayu lagi bagus. Kalau nipis kayu tak nampak timbul tak cantik.
Nak nampak rumah mewah, guna lampu yang betul. Pencahayaan yang baik sangat penting untuk naikkan seri dekorasi rumah. Rancang dengan baik pencahayaan. Tak semestinya mahal baru mewah. Mulakan dengan lampu/pencahayaan.
Lampu di rumah saya semuanya kombinasi diantara lampu Warm White dan Cool White untuk nampak mewah dan kena pada color scheme dan tema Modern Minimalist.
Ramai tanya wall art frame (4 biji frame) tu beli kat mana? Saya tak beli. Semua saya buat sendiri. Cantik memang cantik tapi makan masa yang lama nak siapkan 1 frame tu. 5-7 hari baru siap. Tahap kesabaran kena tinggi. 😅 Tapi hasilnya boleh tidur sambil berguling😆.
IMPIANA: Tahniah buat pemilik kediaman yang berjaya deko rumah sendiri dengan cantik. DIY Hallway ala hotel nampak mahal tapi mampu milik, semoga menjadi inspirasi buat pencinta dekorasi yang lain.
Adakah anda bercadang untuk membeli rumah pada tahun 2020?
Dalam era pembangunan ini, masing-masing berebut untuk membeli rumah sendiri. Terdapat juga lambakan unit kediaman untuk dijual di pasaran dan pelbagai pakej ditawarkan oleh pihak pemaju.
Tetapi sebagai pengguna yang bijak, anda tidak seharusnya senang terpengaruh dan pastikan dahulu latar belakang dan kredibiliti pemaju. Jangan mudah teruja dengan pendingin hawa atau kabinet dapur percuma yang kos nya tidak lebih RM10 ribu pun. Sebenarnya, lebih menguntungkan jika diskaun diberi.
Selain itu, terdapat beberapa faktor lagi yang boleh mempengaruhi keputusan membeli anda. Seperti dalam perkongsian pakar hartanah Dr Azizul Azli Ahmad, ini senarai semak yang perlu anda ikuti jika tidak mahu menyesal dikemudian hari.
TIPS BELI RUMAH 2020
1. Jangan Tergesa Gesa Membeli
Jangan buat keputusan beli rumah dalam masa sehari. Beri tempoh bertenang antara 5-7 hari baru bayar booking. Kita cenderung buat keputusan salah bila terburu buru.
2. Hadiah Percuma!
Dapat aircond, kabinet dapur, SnP dan lawyer fees percuma itu dah biasa. Belajar negosasi minta pemaju kurangkan harga. Pasaran lebihan hartanah starta makin buruk, mintak diskaun 20-25% lebih baik dari hadiah percuma.
3. Pasaran Kondominium
Lebihan kediaman strata membimbangkan semua, semak kembali jika nak beli kondominium tahun ini. Ada hartanah landed yang dah turun harga dan hampir sama. Kini harga kondominium tak seimbang lagi.
Semak, semak dan semak kawasan sekitarnya.
4. Kos Tambahan Hartanah Strata
Bagi pangsapuri dan kondo ada kos tambahan seperti yuran selengara dan insuran. Ada setengah tempat kos selengara hingga RM0.45 sekaki persegi. Jika keluasan lantai 900kps. Kita perlu bayar selenggara RM405 setiap bulannnnn!.
5. Jarak Tak Lebih Sejam
Rumah yang sihat adalah tidak lebih sejam perjalanan ke tempat kerja. Semakin jauh semakin besar kos bulanan kita sebenarnya. Cari beberapa pilihan mengunakan Google map untuk ketempat kerja kita dari arah berbeza.
Jangan terburu, tahun ini dijangka lebihan hartanah cecah lebih 40,000 .
Beli yang mampu bukan yang kita suka.
Azizul Azli Ahmad Pelabur Kecil Hartanah
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Baru- baru ini banyak kita membaca di laman media sosial tentang transformasi rumah kediaman jenis kampung. Bukan rumah kampung batu, tetapi rumah kampung tradisional yang berdiri teguh di atas bahan berasaskan kayu. Impiana menerima satu lagi perkongsian dari sabah di mana rumah pusaka yang dibina oleh moyang pemilik diubah suai menajdi sebuah kediaman berkonsepkan English cottage
Menurut pemiliknya iaitu En Asri Meris Anthony yang juga merupakan seorang pereka dalaman, rumah kampung ini pada asalnya milik Allahyarhamah nendanya yang terletak di Tuaran, Sabah dan diamanahkan kepada beliau untuk dijaga serta dikekalkan keindahannya.
“Teratak kecil ini ditatarias dengan konsep English Cottage dengan paduan rona turquoise serta putih krim”, ujar bapa anak dua ini.
Memilih tema warna putih krim pasti akan memberi cabaran yang besar kepada pemilik terutamanya untuk mengekalkan kebersihan memandangkan anak yang masih kecil dan lincah. Tetapi itu tidak menjadi masalah kepada pasangan. Langkah yang diambil untuk mengatasi isu tersebut, pemilik melatih dan menguatkan peraturan kepada semua ahli keluarga untuk makan hanya di dapur.
Kami kerap membuat eksperimentasi ke atas teratak kecil ini.. memandangkan kami adalah Interior designer, so kami gemar membuat perubahan dari masa ke semasa khususnya pada ruang tamu
Di bawah ini IMPIANA sediakan transformasi rumah tradisional Sabah yang didekorasi secara berperingkat. Pemilik rumah kampung tradisional lain boleh mencedok sedikit idea daripada artikel ini. Selamat mencuba.
Sebelum
Selepas
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Persoalan yang lebih penting ketika ini kepada ramai orang dalam pasca raya dengan keadaan kos sara hidup makin meningkat adalah benar-benar ke bersedia untuk mengubah hidup mereka.