Saiz kompak menuntut pemilik kediaman lebih kreatif dan memerlukan perancangan yang teliti untuk menghasilkan sebuah kediaman yang indah. Seperti perkongsian oleh puan YAty M AD, kediaman yang dibeli jenis pangsapuri sub-sale mempunyai saiz tidak lebih 700 kaki persegi.
Tempoh 3 bulan dengan bajet RM30k telah diperuntukkan untuk membina “rumah ku syurga ku”. Idea diperolehi melalui perkongsian dari rakan-rakan yang mempunyai jenis kediaman yang sama.
Antara ubah suai yang terlibat adalah menutup tingkap bahagian hadapan menggunakan simen untuk dijadikan ruang keluarga dan pengstrukturan semula dinding di bahagian dapur.
Memandang kediaman ini terletak di bahagian paling atas, ditambah pula dengan siling sedia ada telah kelihatan usang, pemilik mengambil keputusan untuk memberi kemasan semula menggunakan plaster siling. Secara tidak langsung keseluruhan dekorasi di ruang tamu kelihatan elegan
Bahagian dapur juga diubah suai dengan melibatkan pemasangan lantai dan kabinet dapur baru. Dari segi struktur, tiada perubahan yang dilakukan.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Guna Teknik Murah dan Mudah Ini Jaga Permukaan Kayu Kabinet Dapur
Isi Kandungan
ToggleBoleh dikatakan ramai yang memilih material kayu sebagai kitchen cabinet. Permukaan cantik, kukuh, mampu milik dan tahan bertahun-tahun antara faktor ia menjadi pilihan.
Jom ikut teknik mudah ini bagaimana ingin membuat maintenance pada cabinet dapur anda. Kosnya tidak mahal Cuma perlukan kerajinan ibu ibu sekalian. Suami yang nak tolong para isteri pun boleh.
Bahan
Cuka + air
Minyak Zaitun
Campurkan satu cawan cuka ke dalam sebaldi air. Kacau sehingga kedua-dua campuran ini sebati. Kemudian gunakan kain dan lap ke keseluruhan permukaan kayu cabinet dapur. Sental kuat sedikit pada bahagian yang nampak kotor dan kehitam-hitaman.
Setelah selesai biarkan seketika ia mengering. Kemudian gunakan sehelai kain kering, letakkan minyak zaitun pada kain dan lap sekali lagi kabinet dapur. Ulang proses ini sehingga selesai. Hasilnya permukaan kayu akan lebih berkilat dan terlindung daripada dimamah usia. Lakukan rutin ini 6 bulan sekali atau setahun sekali.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Hasil Makeover Sangat Di Luar Jangkaan, Norman Hakim Terharu Sehingga Menitiskan Air Mata
Episod keempat rancangan Impiana Makeover Ruang Selebriti yang dihiasi dengan Ella Furniture, telah menyaksikan hasil transformasi dekorasi dalaman kediaman selebriti terkenal tanah air, Norman Hakim.
Bagi episod kali ini, selebriti berusia 47 tahun itu telah memilih ruang tamu di kediamannya sebagai ruang pilihan bagi melakukan perubahan makeover dekorasi yang sedia ada di rumahnya.
Ketika sesi temu bual oleh hos rancangan Impiana Makeover Ruang Selebriti, Catriona Ross di samping pakar pereka hiasan dalaman, Ben Firdaus bersama Norman Hakim, berhasrat ingin memberi kejutan makeover dekorasi ini khas buat isteri tercintanya, Memey Suhaiza.
Dalam usaha untuk merealisasikan hasratnya itu, Norman memaklumkan dia inginkan transformasi makeover dekorasi yang bertemakan rona hitam dan putih. Manakala, dari segi konsep pula Norman mahukan tampilkan konsep ‘Monochromatic’ ala hotel mewah di ruang tamunya.
Dengan saiz keluasan ruang tamu yang luas, pakar perabot dan rekaan hiasan dalaman Ella Furniture telah mencadangkan beberapa jenis pemilihan sofa yang bersesuaian untuk kediaman Norman Hakim.
Transformasi dekorasi makeover yang telah dilakukan di kediaman Norman, telah menyaksikan sofa jenis ‘3 seater’ dan ’2 seater’ sebagai pilihan. Di samping itu juga, untuk ruang tamu tampak lebih sempurna, penggunaan aksesori seperti ‘bench’ serta ‘arm chair’ bercorak jalur rona hitam dan putih menjadi penyeri.
Selepas makeover dekorasi siap sepenuhnya dan dipersembahkan buat kali pertama, Norman yang ditemani Catriona Ross dan Ben Firdaus menzahirkan rasa kagum dan terharu sehingga menitiskan air mata setelah melihat hasil makeover yang dilakukan.
Sekadar informasi, Impiana Makeover Ruang Selebriti adalah sebuah rancangan yang mengetengahkan hasil dekorasi makeover di kediaman para selebriti tanah air yang telah dilakukan oleh bersama barisan pakar pereka hiasan dalaman tempatan.
Anda terlepas untuk melihat bagaimana hasil dekorasi makeover yang telah dilakukan di kediaman selebriti pilihan Karl Shafek? Jangan bimbang, anda boleh menonton kembali kesemua episod rancangan Impiana Makeover Ruang Selebriti di On Demand.
Siapakah pula selebriti pilihan untuk episod akan datang? Jadi jangan lupa untuk saksikan rancangan Impiana Makeover Ruang Selebriti pada setiap hari Jumaat, jam 10 malam di saluran Astro Ria.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Baca artikel berikutnya: Ingin Beri Kejutan Buat Suami Tercinta, Impiana Makeover Ruang Selebriti Realisasikan Impian Zulin Aziz
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Cara Menjadi Tanam Pokok Bendi Dalam Pasu
Isi Kandungan
ToggleBendi atau juga dikenali dengan nama lady finger dan okra dalam bahasa inggrisnya antara tanaman jenis sayuran yang amat digemari pelbagai bangsa di Malaysia. Antara menu yang paling enak dihidang bersama bendi adalah seperti kari, asam pedas dan sebagainya.
Tanaman sayuran yang berasal dari keluarga hibiscus ini mempunyai kandungan kalori yang rendah iaitu antara 25 hingga 40 kcal bagi setiap 100g. Disamping itu juga, ia diperkaya dengan vitamin A, C, kalsium dan pelbagai mineral lain.
Kebiasaanya, pokok bendi mampu mencapai ketinggian lebih 1.5 meter dan mempunyai jangka hayat yang agak lama. Sebab itu,kebiasaan nya pokok bendi ditanam terus di atas batas.
Sebenarnya, pokok bendi juga sesuai ditanam di dalam bekas atau pasu. Hanya ada beberapa perkara yang perlu anda teliti untuk memastikan tanaman ini mendapat keperluan optimum untuk tumbesara sihat. Antaranya adalah:
1. Pasu
Pokok bendi memerlukan saiz pasu yang dalam untuk menampung akar tunjangnya. Ideal saiz pasu yang diperlukan adalah antara 3-5 gelon bagi setiap batang pokok. Namun jika anda mempunyai saiz yang lebih besar, ia mampu memuatkan 2-3 batang pokok bendi dalam satu bekas. Pemilihan material tidak menjadi masalah. Sama ada plastik, tanah liat, fiber dan sebagainya sesuai untuk dijadikan sebagai bekas tanaman.
Namun, anda perlu pastikan pasu atau bekas yang digunakan mempunyai lubang saliran untuk air keluar. Batang bendi jenis tidak tahan air bertakung, ia akan mudah dijangkiti kulat.
2. Medium tanah
Seperti tanaman sayuran yang lain, pokok bendi memerlukan medium tanaman yang seimbang. Medium tanaman yang telah siap dijual di pasaran amat sesuai digunakan. Yang menjadi kepentingan dalam penyediaan medium tanaman pokok bendi ini ia harus mempunyai sistem saliran dan pengudaraan yang baik.
Untuk memastikan keperluan nutrien yang diperlukan untuk tumbesaran pokok bendi mencukupi, medium tanaman seimbang yang telah siap dicampur tadi boleh diadun bersama sedikit bahan organik atau kompos.
3. Semai biji benih
Di pasaran terdapat pelbagai jenis benih bendi. Terbaru, jenis bendi renek. Sebaiknya, anda perlu pilih jenis bendi renek kerana ia lebih mudah diuruskan dan hasilnya cepat. Terdapat juga bendi berwarna ungu. Untuk jenis bendi biasa, ketinggian matangnya boleh mencapai 5 kaki.
Disebabkan pokok bendi mempunyai sistem akar tunjang, ia perlu di semai terus didalam pasu bagi mengelak masalah kerosakkan akar apabila pemindahan tanaman dilakukan. Sediakan lubang semaian antara 1/2 hingga 1 inci dalam di tengah-tengah pasu dan tanam 2-3 biji benih bagi setiap lubang. Tutup penuh lebung tersebut dan siram biji benih dengan air menggunakan penyembur. Letakkan pasu yang berisi benih tadi di kawasan yang mempunyai cahaya matahari terus dan pastikan medium tanamannya sentiasa lembap. Dalam tempuh 5 hingga 10 hari, biji benih yang disemai tadi akan mula bercambah
4. Lokasi
Pastikan pokok bendi menerima cahaya matahari terus sekurang-kurangnya 5 hingga 6 jam sehari. Sebaiknya, pastikan lokasi dipilih untuk meletakkan pasu yang telah ditanam pokok bendi tadi menghadap cahaya matahari di waktu pagi. Ini kerana, waktu pagi tanaman mula aktif menjalankan proses fotosintesis dan cahaya matahari amat diperlukan untuk proses ini
5. Siraman
Pokok bendi memerlukan medium tanaman yang sentiasa lembap. Oleh itu, pastikan siraman dilakukan paling tidak sehari sekali. Sebaiknya, siraman dilakukan di awal pagi. Ia bertujuan memberi sumber bekalan air yang diperlukan oleh pokok bendi untuk melakukan proses fotosintesis
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI