Dengan kedatangan Syawal yang tak lama lagi, semua pasti ingin rumah mereka kelihatan berseri antara perabot rumah dan sofa. Tapi lagi best kalau tanpa perlu membeli perabot baru, tak kan tiap tahun nak beli sofa baru.
Sofa yang koyak memang menyakitkan mata. Kalau pakai duct tape, koyak atau lubang yang kecil pun boleh menjadi lebih besar. Ramai mengambil penyelesaian mudah dengan menggunakan cara ini bukan? Sebenarnya banyak lagi cara dan kaedah mudah yang nampak lebih cantik dan menarik.
Nak hantar tukar sarung sofa, harganya pulak boleh tahan juga. Tambahan pulak yang rosak tue sikit sahaja. Jadi, bagi menyelamatkan poket anda, Boleh cuba 10 langkah mudah ini bagi menutupi sofa yang koyak atau berlubang.
1. Tampal bunga kait di atas tempat yang koyak
2. Cantuman kain perca berbentuk hexagon
3. Guna fabrik bercorak yang sepadan untuk digantikan pada sofa arm kesan dicakar kucing
4. Buat tenunan artistik menggunakan benang cross stitch pada bahagian yang koyak
Ads
5. Jahit doilies pada tempat yang koyak
6. Sediakan kait konsep granny square untuk tutup bahagian atas sofa arm yang rosak
7. Gantikan bahagian sofa arm yang rosak dengan menggunakan PU leather dan dilekatkan dengan paku kraf
8. Buat kolaj bunga dari kain perca
Ads
9. Beli kepingan sulam yang telah siap dan tampalkan pada sofa
10. Paling mudah, jahit kain mengikut saiz sofa arm dan tutup sahaja tempat yang koyak
Sumber: http://www.amazinginteriordesign.com
Tips memilih fabrik untuk sofa
Memilih fabrik yang sesuai untuk sofa anda adalah penting bagi memastikan hasil yang diperoleh memuaskan. Berikut beberapa tip untuk membantu anda membuat pilihan tepat:
Ads
Warna dan corak
Pertimbangkan warna dan corak fabrik yang sesuai dengan tema dan dekorasi ruang tamu anda. Pilihlah corak yang serasi dengan perabot dan hiasan lain dalam bilik.
2. Kualiti fabrik
Pastikan fabrik yang dipilih adalah jenis tahan lama dan mudah dijaga. Pilih bahan yang sesuai dengan gaya hidup anda dan boleh bertahan lama. Jika ada memelihara kucing atau anak kecil, sebaiknya boleh tukar kepada material jenis anti scratch tanpa mengubah desain sofa .
3. Keselesaan
Selain daripada penampilan, pertimbangkan juga keselesaan fabrik. Sentuhan lembut atau tekstur yang sejuk boleh menambah keselesaan dan menarik bagi sofa anda.
4. Kesesuaian dengan fungsi sofa
Ambil kira penggunaan sofa tersebut apabila memilih fabrik. Jika sofa digunakan secara kerap, pilihlah fabrik yang tahan lasak dan mudah dibersihkan. Pun demikian,ada yang mengatakan kos upholsteri mungkin tinggi, namun ia masih lebih jimat daripada membeli sofa baharu yang berkualiti tinggi.
Justeru, dengan membaiki sofa lama, kita dapat mengurangkan pembaziran dan menjimatkan kos. Pada masa sama, dapat mempertahankan kenangan dan nilai sentimental. Sekali gus memperkukuhkan hubungan emosional dengan kediaman dan keluarga.
Dekorasi dapur rumah kampung hasil bertukang sendiri, puas hati tengok hasil ‘kejadian.’ Siapa kata duduk di rumah kampung, kita tidak perlu beria-ia menghias kediaman? Rumah kampung kalau kita bijak menghias memang terus berubah wajah.
Selalunya modal sering dijadikan alasan untuk menghias kediaman. Memang betul semuanya perlukan duit namun jika kita bijak menggunakan barang-barang yang murah serta kreatif maka kediaman impian pasti menjadi kenyataan.
Berikut catatan Norpadilah Binti Afandi yang berkongsi pengalaman menghias ruang dapur dengan hasil kudratnya sendiri.
“Ramai yang beranggapan untuk berhias dan mencantikkan kediaman mesti ada modal yang tinggi. Tidak dapat dinafikan fakta ini memang benar. ada modal semua pun jadi. Ye betul…..tak boleh nak dinafikan fakta yang satu tu…tapi bagi kita di ‘kampung house,’ takda modal la puncanya….maka mendesak kita untuk berkarya dengan kudrat tulang empat kerat yang ada.
“Walaupun makan masa hampir dua hingga tiga tahun, semuanya dibuat secara beransur-ansur. Semua dilakukan sendiri. Dek kekangan masa dan tugas hakiki, bila bekerja seorang diri pahit dan manis itulah yang buat kita lebih menghargai setiap perkara.
“Walau tak perfect hasil bertukang orang perempuan…syukur sebab air tangan sendiri. Terima kasih buat encik suami yang sangat menyokong impian kita…selalu bawa balik kayu dan barang terpakai untuk kita realisasikan dapur yang seadanya buat berkumpul anak beranak……tiada peralatan mahal di sini, tiada pinggan mangkuk berjenama juga…..yang ada di sini cuma kasih sayang dan rasa bersyukur.”
Berikut hasil penat lelah pemilik kediaman yang bertungkus lumus merealisasikan dapur impiannya.
Apabila sudah menjelang bulan Ramadan yang mulia, mesti ramai yang mahu memasang lampu pelita di kawasan laman rumah bagi menyambut dan meraikan kedatangan bulan Syawal.
Memang sudah menjadi kebiasaan orang ramai untuk memasang lampu pelita ini bagi menyambut perayaan Aidilfitri yang meriah saban tahun. Betul tak?
Jika sebelum ini, kita masih lagi menggunakan lampu pelita yang cahaya dihasilkan daripada sumbu minyak tanah tetapi kini sudah ada kaedah yang lebih moden.
Tidak dinafikan, bukan mudah sebenarnya untuk menyediakan lampu pelita yang jenis seperti ini. Mana tidaknya, untuk menyediakan lampu pelita jenis lama ini anda terpaksa berbelanja besar untuk membeli sumbu minyak tanah dan sebagainya. Maka oleh itu, sudah pasti ia akan menjadi masalah kepada anda.
Kini, jangan anda berasa bimbang kerana kaedah dan cara yang lebih mudah boleh anda lakukan bagi untuk menangani masalah tersebut. Apa kata anda menggunakan lampu pelita solar ini sebagai alternatif.
Untuk maklumat anda, lampu pelita ini menghasilkan cahaya solar dan berfungsi secara automatik. Bukan itu sahaja, ia juga akan berfungsi untuk menghasilkan cahaya apabila keadaan kawasan sekeliling gelap.
Selain itu, ia juga akan berhenti berfungsi secara automatik apabila keadaan kawasan sekeliling terang di siang hari. Menarik bukan? Jadi sudah pasti ia akan menjimatkan kuasa elektrik dan anda tidak akan melakukan sebarang pembaziran.
Jika anda mahu dapatkan lampu pelita solar ini, anda boleh sahaja mendapatkannya dengan membuat pembelian secara dalam talian menerusi aplikasi Shopee. Klik di sini.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Rekaan Dapur Multifungsi Untuk Memasak Lebih Efisien. Selain ruang tamu dan bilik tidur, dapur juga adalah salah satu ruang yang penting untuk kita menjadikan ruang yang terbaik di dalam rumah. Sayang apabila memiliki sebuah rumah yang cantik tetapi ruang dapur tidak sempurna. Rekaan dapur multifungsi akan memudahkan kerja memasak anda.
Ramai yang kurang faham bila menyebut dapur multifungsi. Dapur serba lengkap dan mempunyai penstoran yang sempurna. Bila merancang membina kabinet di ruang dapur banyak perkara haru anda telitikan. Bukan buat kabinet dapur ikut trend, pinterest atau pun Instagram.
Kenal pasti ruang dapur basah dan dapur kdapur, fungsi setiap ruang perlulah tepat. Agar sewaktu anda masak tidak kalut di ruang tersebut. Mungkin masih tidak jelas dengan perkara ini kan. Contoh, peti sejuk atau peti sejuk beku yang mana perlu ada di ruang dapur basah atau dapur kering? Semestinya peti sejuk beku berada di ruang dapur basah manakala peti sejuk akan diletak di ruang dapur kering. Ini kerana fungsi peti tersebut. Pastinya barang basah seperti ikan, ayam, udang, daging dan sebaginya akan di simpan di dalam peti sejuk beku ini. Peti sejuk biasa akan menyimpan barang makan dan minuman, jadi lebih sesuai berada di ruang dapur kering.
Jika kedudukan perkakas dapur disusun dengan tidak rapi ia akan menyukarkan kerja di dapur dan melambatkan kerja memasak. Jadi, bila ingin membina kabinet dapur atau melengkapkan ruang dapur dengan baik, perkara utama anda perlulah merancang dengan teliti apa konsep dan keperluan anda. Jika anda seorang yang suka memasak pastikan ruang dapur anda selesa dengan pengudaraan yang secukupnya. Ventilation dalam ruang dapur untuk menyedut haba dan bau masakan juga sangat penting dan perlu dititik beratkan.
Kenal pasti perkakas elektrik yang anda idamkan itu berfungsi dengan baik dan mampu membantu dan memudahkan kerja di ruang dapur anda. Jangan beli sebab cantik dan sebab nak buat hiasan di ruang dapur. Ye lah sekarang ni kan trend TIKTOK semua nak tunjuk kat media sosial.
Paling penting dalam memiliki sebuah dapur yang multifungsi ini tempat penyimpanan perkakas yang betul dan secukupnya amat penting. Kabinet gantung dan laci serba guna penting untuk ruang penyimpanan yang lengkap. Jadi anda perlu rancang sebelum membuat keputusan terburu-buru untuk memiliki sebuah ruang dapur yang terbaik dan boleh tahan lama.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.