Backsplash atau dinding belakang tempat memasak kebiasaanya diberi kemasan jubin agar mudah dibersihkan dan kalis air. Namun ramai antara kita mengabaikan. Akibatnya, permukaan konkrit di dapur mudah kelihatan kotor dan sukar dibersih terutamanya pada bahagian tempat memasak.
Bagi yang sedar kepentingan dan keperluan tersebut, nak pilih padanan rekaan jubin yang sesuai pun boleh memeningkan kepala. Kali ni, IMPIANA nak kongsikan beberapa trend rekaan backsplash untuk memberi inspirasi kepada anda
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
(GAMBAR) Pilih Konsep Scandi Buat Rumah Sempit Dan Ruang Tamu Memanjang Ini Kelihatan Luas
Ramai beranggapan, saiz kediaman yang kompak sukar untuk ditata hisa indah. Segala hal jadi terhad dan terbatas. Namun tidak bagi Puan Nur Victoria Ho. Kediaman teres yang dimiliki mempunyai saiz kompak di hias riangkas dengan mengetengahkan konsep Scandinavian. Ini antara tip yang dikongsikan untuk meghias kediaman gaya Puan Nur Victoria Ho:
Tema scandinavian dan minimalist sesuai untuk ruang kediaman yang terhad.
PEMILIHAN PERABOT
Perabot dan hiasan yang dipilih merupakan design yang ‘simple/clean finished’ supaya ruang yang terhad kelihatan lapang dan ‘straight forward’. Pilihan rona perabot dari warna yang cerah, pastel dan sejuk agar ruang kediaman kelihatan tidak terlalu sesak dan sentiasa sejuk di pandangan mata.
RONA CAT
Rona dinding putih/soft grey menjadi pilihan sebab rona sebegini memantulkan cahaya dengan lebih baik supaya ruang terhad kelihatan lebih luas. Rona-rona sebegini juga dikira ‘safe’ dan tidak lari dari tema scandinavian.
PENCAHAYAAN
Maksimakan pengcahyaan dalam kediaman supaya ruang kelihatan ‘alive’. Sekiranya kediaman tidak mempunyai pengcahayaan semulajadi yang mencukupi, letakkan lampu ‘warm white’ di beberapa sudut supaya kediaman tidak kelihatan kelam.
AKSESORI SEGAR
Serikan lagi kediaman dengan tumbuh-tumbuhan hiasan. Seeloknya gunakan tumbuhan hidup sebab selain dijadikan hiasan, tumbuhan hidup mampu membersihkan udara di dalam rumah. Namun sekiranya terdapat kekangan, maka tumbuhan ‘artificial’ boleh dijadikan pilihan. Tempatkan tumbuhan di beberapa sudut yang sesuaikan supaya mampu ‘accentuate’kan lagi sudut tersebut.
TIP DEKOR RUMAH SEMPIT PUAN nUR
1. Sebelum memulakan kerja dekor, perlu pastikan & tetapkan tema/konsep dekor yang bersesuaian dengan jenis/ruang rumah.
2. Selepas itu, padan suaikan rona perabot/hiasan ikut tema. Jangan lari dari tema nanti kelihatan ‘too much details’ dan rasa ‘sesak’.
3. Sebelum beli perabot, pastikan ukur dulu ruang supaya tak perabot tak terlalu ‘kerdil’ atau memakan ruang.
4. Pengcahayaan memainkan peranan supaya menaikan mood di ruang tertentu & memberikan ‘ambience’ keseluruhan ruang.
5. Jangan takut untuk bereksperimen dengan kediaman & rajin-rajin refer pinterest/ig untuk dapatkan idea-idea/tema/konsep yang sesuai dengan kediaman.
6. Yang penting, dekor ikut budget & upgrade kediaman secara berperingkat ikut budget masing-masing. Sometimes, less is more.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Hanya Belanja 2K Hias Rumah Kuarters 2 Bilik Secomel Ini. Memang Ohsem Wanita Ni!
Warna merah jambu sering dikaitkan dengan kaum wanita kerana ia melambangkan kelembutan dan bersifat keanak-anakan. Selain itu, warna tersebut juga dapat mewujudkan suasana romantis serta memupuk perasaan kasih sayang buat mereka yang terdedah padanya dalam suatu jangka masa yang tertentu. Namun begitu, stereotaip ini dilihat semakin pudar kerana ramai juga kaum lelaki yang sudah berani memakai warna pink, tidak kurang juga yang menjadikan merah jambu sebagai warna tema kediaman mereka.
Seperti yang dilakukan pemilik akaun fb Hamidah Yusof kepada rumah kuaters 2 bilik yang didiaminya sejak 6 tahun lalu. Beliau menjadikan warna tersebut sebagai salah satu warna utama yang mendominasi deko rumahnya yang telah diberi nafas baru itu. Konsep english scandinavian dipilih, justeru ruang tampak kemas dan begitu menarik. Ditambah pula, pemilihan kombinasi warna merah jambu, putih dan kelabu menjadikan rumah 1000 kaki persegi ini lebih cosy untuk didiami.
Langsir merah jambu rona lembut digantung bersama sama langsir sheer di ruang tamu nampak elegan dipadankan pula dengan sedikit tumbuhan hijau sekaligus menjadikan ruang kelihatan segar. Hiasan dinding serta kusyen sebagai perincian deko juga terlihat kemas dan tersusun rapi. Ruang makan pula dihias ringkas dengan meja makan 4 tempat duduk menggunakan replika ghost chair. Cermin digantung melintang untuk memberi ilusi ruang yang luas juga adalah keputusan yang bijak oleh tuan rumah.
Menurut pemilik, jumlah anggaran RM2k diperlukan untuk mengubahsuai rumah ini dan beliau mengambil masa selama 6 bulan untuk menyiapkan rumah ini sepenuhnya. Puan Hamidah juga ada berkongsi gambar dengan IMPIANA untuk rujukan kita semua dimasa akan datang. Selamat menghias!
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Rezeki Masuk Dalam Rumah
Dalam menghias juga kita mudahnuntuk menjemput rezeki masuk kedalam rumah kita sebenarnya, tetapi dan bagaimana mungkin ramai yang diluar sana masih ada yang tidak tahukan.
Pagi ni IMPIANA nak share tip macam mana nak bagi rezeki masuk dalam rumah kita. Mudah sahaja, perkara utama kena tahu ialah mesti ada sikap rajin bertanggung jawab. Kemudian pastikan rumah sentiasa dalam keadaan yang sentiasa bersih dan harum. Mudah kan!
Langkah seterusnya, banggun seawal pagi buka pintu dan tingkap rumah biarkan udara segar masuk kedalam rumah dalam sekitar jam 7 pagi, amalkan dan sering bersedekah itu pastinya menjadi amalan mulia dalam kehidupan harian kita.
Bagi yang mempunyai halaman, jangan biarkan ia tidak terurus, tanam pokok yang mudah dijaga, sedapo mata memandang. Biarkan halaman anda dengan rumput yang pendek dan selesa untuk anda sekeluarga besantai pada bila-bila masa. Inshaa Allah pintu rezeki rumah kediaman anda akan terbuka.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI