Jika dulu, perabot rotan dianggap lapuk. Namun kini, ia mula mendapat hati bagi peminat-peminat dekorasi. Yang sentiasa menjadi idaman adalah Wing Chair burung merak. Ada seketul kerusi ini dalam kediaman sudah cukup menjadi salah satu focal point pada keseluruhan dekorasi. Tidak kira konsep moden, boho, tradisional mahupun eclectic ia sesuai dipadankan. Selain perabot, ornamen dekorasi turut menjadi rebutan seperti cermin ini
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Antara Reka Bentuk Rumah Yang Cantik Dan Lokasi Kediaman Strategik, Mana Satu Paling Penting?
Sebelum anda membuat keputusan muktamad untuk membeli hartanah atau sebuah rumah, sudah pasti kedudukan lokasi serta reka bentuk kediaman yang cantik sering menjadi faktor penting bagi anda sebagai pembeli.
Reka bentuk serta lokasi kediaman yang strategik ini merupakan antara dua faktor penting selain nilai harga jualan hartanah yang sememang perlu diambil kira oleh setiap pembeli.
Namun, tidak dinafikan untuk memiliki sebuah kediaman yang cantik serta lokasi strategik bukan satu hal yang mudah kerana pembeli berkemungkinan akan berdepan dengan pelbagai masalah antaranya harga jualan kediaman yang terlampau mahal.
Jadi, dalam episod Tour Impiana Sembang Dekor bersama Bank Islam kali ini telah mengupas serta membincangkan topik ‘Rumah Cantik, Lokasi Strategik’ bersama penonton.
Menerusi perkongsian bersama hos dan editor IMPIANA, Mariam Shukor telah membincangkan topik tersebut bersama dua panel tetamu jemputan istimewa iaitu Puan Ai Cheng selaku Presiden Institut Ejen Hartanah Malaysia dan Encik Sheikh Yusof, pemilik syarikat hiasan dalaman, Embun Design Studio.
Ketika sesi temu bual berlangsung, sebagai ejen hartanah Puan Ai Cheng menyifatkan lokasi hartanah dan kediaman antara faktor penting yang perlu dititik beratkan oleh pembeli.
“Antara lokasi dan rumah cantik, sudah sememangnya lokasi kediaman yang strategik adalah lebih penting.
“Malah, faktor lokasi kediaman ini juga merupakan antara faktor penting yang perlu dititik beratkan oleh pembeli tidak kira untuk rumah didiami atau pelaburan hartanah,” katanya.
Tambahnya lagi, lokasi kediaman yang strategik seharusnya mempunyai akses jalan keluar masuk dari kawasan kediaman yang sangat mudah.
“Lokasi rumah yang strategik ini boleh dikenal pasti atau ditentukan dengan melalui beberapa cara antaranya lokasi kediaman mempunyai akses jalan keluar masuk yang senang dan mudah.
“Akses jalan keluar masuk dari lokasi kediaman inii sangat penting kerana contoh misalnya jika kita terpaksa membuat satu pusingan ‘u-turn’ yang besar setiap kali dalam perjalanan pulang ke rumah, ia berkemungkinan boleh menimbulkan masalah stres kepada anda dan sebagainya.
“Kalau lokasi kediaman mempunyai akses jalan keluar masuk yang mudah kita sudah boleh tentukan ia sebagai lokasi kediaman yang strategik,” ujarnya.
Foto: Twitter DASH Expressway Official
Dalam pada itu, Encik Sheikh Yusof turut menyuarakan pendapatnya berhubung topik perbincangan tersebut dari sudut pandangannya sebagai pemilik syarikat hiasan dalaman tempatan.
“Kalau tanya pendapat saya, sudah semestinya saya akan memilih rumah cantik dan lokasi yang strategik kedua-duanya sekali. Kalau lokasi strategik tetapi rumah tidak cantik, rumah kita masih mempunyai langkah altenatif untuk mengubahsuai supaya tampak lebih cantik.
“Tetapi kalau lokasi kediaman tidak strategik yang menjadi pilihan, kita sebagai pemilik rumah akan berdepan dengan pelbagai masalah, sebab lokasi kita tidak boleh ubah kedudukannya.
“Jadi, kita sebagai pembeli akan berdepan dengan masalah sedemikian dan berkemungkinan kita terpaksa untuk berpindah ke satu lokasi lain yang lebih strategik.
“Bagaimanapun, kedua-dua faktor ini tetap penting dan perlu dititikberatkan oleh pembeli,” luahnya menyuarakan pendapat bersama penonton.
Sacara konklusinya, antara reka bentuk rumah yang cantik dan lokasi kediaman strategik mana satu faktor yang paling penting? Ketahui jawapannya dengan menonton episod penuh Tour Impiana Sembang Dekor bersama Bank Islam dibawah;
Kepada anda semua, jangan lepaskan peluang merebut pelbagai hadiah menarik dengan menonton, ‘like’ dan ‘share’ Tour Impian Sembang Dekor bersama Bank Islam sekarang!
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Baca artikel berikutnya: Ubahsuai Rumah Tanpa Kelulusan PBT, Wajar Atau Tidak Dirobohkan?
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Saliran “Outlet” Singki Tersumbat, Plumber Ni Guna Paip Getah Je Penyelesaian Mudah Dan Jimat
Saluran outlet singki tersumbat, kebiasaanya orang akan cakap guna bahan kimia, garam, air panas dan pelbagai lagi. Tahu kah anda kaedah ini akan menyebabkan keadaan tersebut lebih teruk. Kerana, bahan yang menghalang aliran masih terperangkap di dalam saliran.
Kalau nak panggil plumber atau tukang paip, siap-siapkan sahajalah duitnya. Kalau plumber berlesan, harga boleh cecah RM 200-350. Sebenarnya, tak perlu peralatan rumit dan modal pun nak selesaikan masalah ini. Abang plumber dari youtube chenal Surihati Mr Plumber berkongsi trik mudah atasi masalah saliran singki yang tersumbat paling mudah dengan “0” kos. Jom tonton video yang disediakan
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Harvey Norman Malaysia Lancarkan Pameran Tilam Terbesar Di 1 Utama
Bagi anda yang mencari teman tidur yang sempurna tidak boleh terlepas peluang untuk berkunjung ke Pameran Tempat Tidur Harvey Norman di Pusat Beli-belah 1 Utama. Bertemakan “A Dreamy Escape – Find Your Perfect Sleepmate”, pameran itu menawarkan pelancaran tilam terbesar dengan memperkenalkan tilam inovatif terkini daripada keluaran jenama Hilker, Sealy, Napure, Serta, Van Vorst dan Musterring.
Harvey Norman’s A Dreamy Escape Bedding Fair ini telah dirasmikan hari ini oleh Jonathan Toh, Ketua Pegawai Operasi Harvey Norman Malaysia, dan Eddy Ng, Ketua Pengurus Besar Harvey Norman Malaysia.
Pameran itu, yang diadakan bermula 9 sehingga 21 Mei, akan menawarkan rangkaian tilam premium dari Amerika Syarikat dan Jerman pada harga yang menarik. Semua tilam di pameran itu akan dijual pada separuh harga, ditambah pula dengan tambahan potongan 20% dengan perbelanjaan minimum RM10000, serta tambahan 10% diskaun untuk penghantaran sebelum 30 Jun 2023. Terdapat juga rebat tukar beli sehingga RM1000 dan UPoints berganda untuk ahli ONECARD.
Pelanggan kini boleh membayar dengan ansuran tanpa faedah sehingga 36 bulan tanpa caj tambahan untuk berbelanja mendapatkan tidur yang berkualiti dengan penggunaan jenama tilam terkenal dunia.
Anda juga berpeluang untuk menikmati aktiviti hujung minggu termasuk tawaran Happy Hour, pemeriksaan dan perundingan kiropraktik percuma dan banyak lagi.
Harvey Norman tidak sabar-sabar untuk mengalu-alukan pembeli untuk melihat tilam terbaharu dengan tawaran hebat dan mendapatkan perundingan daripada pakar peralatan tempat tidur Harvey Norman untuk mencari tilam sempurna mereka di pameran peralatan tempat tidur mulai sekarang hingga 21 Mei, Ground Floor Centre Court di 1 Utama Shopping Centre
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Baca artikel berikutnya: Hasil Makeover Sangat Di Luar Jangkaan, Norman Hakim Terharu Sehingga Menitiskan Air Mata
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI