Cuaca sekarang amat panas dan tidak menentu. Kadangkala waktu malam pun boleh berpeluh. Menurut sumber ramalan cuaca fenomena taufan Lan yang menyebabkan cuaca di Semenanjung Malaysia menjadi panas terik sehingga suhu 34 darjah celsius.
Jadi, untuk menghadapi cuaca panas terik ini, anda boleh cuba ‘trick’ untuk sejukkan ruang kediaman ini walaupun tanpa penghawa dingin.
1. Letak bantal kecil dalam peti ais
Anda boleh dapatkan jenis pad bantal kecil in di pasaran. Kegunaannya anda hanya perlu isikan air dan letak di dalam peti ais, kemudian keluarkan ia apabila hendak menggunanya. Jika terlalu sejuk, anda boleh balutkan bersama tuala.
2. Letak kipas sebelah tingkap.
Tujuan letakkan kipas berdekatan dengan tingkap adalah untuk mengeluarkan udara panas yang terkumpul di dalam bilik dan menyerap udara segar dari luar masuk ke ruang bilik.
Ads
3. Letakkan kain basah pada kaki
Kaedah paling mudah untuk sejukkan diri anda apabila terasa panas di rumah, adalah dengan melekakan kain basah pada kaki anda. Atau anda hanya perlu merendam kaki ke dalam air sejuk dan duduk berehat.
Ads
4. Gunakan Pelembab Udara atau ‘Humidifier’
Pelembap udara boleh didapati di mana-mana pusat membeli belah, ia boleh menambahkan kelembapan udara dengan titisan-titisan wap airnya. Jadi boleh letak di bilik tidur ataupun di ruang tamu.
Ads
5. DIY penghawa dingin
Bekukan air botol semalaman. Apabila panas, ambil dan letak di lantai betul-betul di bawah kipas siling ataupun letak ais tadi dihadapan kipas meja. Buka kan kipas dan anda akan rasa angin kipas sejuk seperti ‘air-cond’. Untuk air botol kekal beku, tabur sedikit garam ke atasnya.
Kabinet dapur material aluminium, nampak macam kayu nyatoh, kos hanya RM17K. Kabinet dapur daripada kayu nyatoh memang menjadi idaman ramai. Material kayu nyatoh menonjolkan suasana dapur yang mewah dengan perincian dan kemasan yang halus.
Bagaimana pun kos untuk ‘membina’ kabinet dapurdaripada material kayu nyatoh memerlukan kos yang tinggi. Jangan bimbang. Kini anda mempunyai pilihan yang lebih murah untuk kabinet dapur dengan ‘look’ seakan kayu nyatoh iaitu dengan menggunakan material aluminium.
Kabinet dapur yang berasaskan aluminium tidak terhad kepada pintu kabinet atau panel hadapan sahaja. Bahagian kabinet seperti panel belakang, bingkai, laci dan rak semuanya boleh menggunakan material daripada aluminium. Kemasannya juga cantik.
“Ruang dapur saya. Dah lama cari pintu kabinet macam nyatuh yang ada profile. Tapi nyatuh mahal sangat. Maka buatlah material aluminium, still boleh dapat profile pintu look macam kayu nyatuh.
“Tapi material aluminium murah sikit. Tinggi kabinet 10 kaki sampai siling. Kabinet dan bar table pula daripada rubber wood.”
Jom kita lihat hasilnya.
KELEBIHAN MATERIAL ALUMINIUM UNTUK KABINET DAPUR:
Aluminium adalah logam yang stabil. Ia tidak menghakis, tidak mudah terbakar dan tidak berbau. Kabinet dapur yang diperbuat daripada aluminium sifatnya tahan lasak, selamat, bersih, bebas anai-anai, kalis air dan anti karat.
Bukan hanya menyemakkan mata, malah ruang untuk bersantai mengambil angin pun terbatas jika menyidai baju di balkoni ini.
Bagi anda yang tinggal di rumah apartment boleh gunakan idea daripada Nordin Nj ini.
Beliau menggunakan rod langsir Ikea yang ubah untuk menjadi penyidai baju. Bagusnya idea ini, selepas baju kering, boleh simpan rod dan balkoni bebas digunakan untuk bersantai. Modal pula cukup murah RM25 saja.
Ini barang yang digunakan
Boleh beli di sini
Cara pasang pun mudah
Hasilnya
Bila kain dah kering, angkat dan kemaskan rod langsir pada bracket.
Ha… Year End Sale (YES) dah mula. Mesti ramai yang bershopping sakan sampai tak ingat dunia. Menjelang tengah bulan sudah mula ikat perut. Malah ada yang sanggup meminjam untuk teruskan kelangsungan hidup sehingga dapat gaji berikutnya. Mana yang ada kad kredit, sampai maksimum digunakan. Ini antara masalah yang ramai alami sama ada yang bujang atau sudah berkeluarga.
Untuk atasi masalah ini, jom ikut 21 langkah yang dikongsikan oleh pakar Amir Syahir di facebooknya.
Jualan murah akhir tahun kini kembali, maka bersepahlah kedai-kedai dan pasar raya mengadakan jualan murah sempena jualan murah akhir tahun ni. Korang pun turut menggelupur nak beli itu ini walaupun barang tu korang tak memerlukan sangat pun. Akibatnya, air mata penyesalan ataupun scene buka dompet serupa tumbuk bawang pun berlaku.
Korang bukan boleh tengok sangat perkataan “Jualan Murah” ni. Perkataan SALE seperti memanggil-memanggil untuk membazirkan duit yang korang kumpul sepanjang tahun ini dan akhirnya lenyap dalam beberapa jam sahaja.
Disini gua ada tips sedikit sebanyak untuk menyelamatkan wang korang daripada membuat pembelian yang tidak sepatutnya.
Antaranya:]
1. Buat senarai barangan yang hendak dibeli. Sediakan bajet perbelanjaan. Beli barangan yang disenaraikan sahaja. Janganlah bila masuk pasar raya terus hilang ingatan ataupun buang senarai tu.
2. Jangan membawa wang yang banyak. Bawalah wang yang mencukupi sahaja. Ia akan mengelakkan korang membeli-belah secara berlebihan.
3. Jangan jadikan membeli-belah sebagai satu tabiat untuk melepaskan tekanan. Sekiranya korang hendak membeli sesuatu barang kehendak, pastikan kewangan mencukupi. Jauhi pembelian secara hutang. Bayaran ansuran akan meningkatkan lagi harga barangan tersebut.
4. Jangan keluar membeli barangan dengan rakan-rakan yang memang suka membeli belah. Karang, dua benda korang nak beli, akhirnya bermacam benda diorang hasut korang suruh beli.
. 5. Jangan membeli belah hanya untuk menunjuk-nunjuk pada jiran, kawan-kawan, teman sejawat ataupun bekas makwe / pakwe.
6. Jika ada kad kredit, uruskan perbelanjaan dengan bijak. Kad kredit membunuh kewangan korang dengan senyap jika korang jadi hamba kepadanya. Simple.
7. Buat perbandingan harga semasa korang membeli-belah. Ada barang berkualiti yang boleh didapati dengan harga yang murah.
8. Bersederhana dalam berbelanja. Ukur kewangan korang berdasarkan pendapatan korang. Janganlah berbelanja mengikut nafsu ataupun berdasarkan kewangan kawan-kawan yang lain.
9. Kualiti produk yang mewah mungkin sama dengan jenama yang lebih murah. Janganlah alergik dengan produk ataupun jenama murah. Alergik nak masuk Mydin misalnya. Takde kelas katanya. Korang nak masuk kedai hipster je. Nak beli barangan berjenama mewah saja.
10. Jangan mudah terpengaruh dengan tawaran istimewa. Kalau tak perlu, tak payahlah nak mengada-ngada beli ye. Jangan beli untuk kegunaa dua tahun akan datang misalnya
11. Periksa resit pembelian barangan untuk mengelakkan terlebih bayar atau berlaku kesilapan semasa pengiraan pembelian.
12. Beli ketika jualan murah, tetapi kawal diri supaya tidak terlebih belanja. Beli barang yang perlu dan hendak digunakan sahaja.
13. Periksa kualiti dan mutu barang yang hendak dibeli ketika jualan murah. Ambil tahu polisi penukaran barang ataupun saiz pakaian.
14. Tawar menawarlah jika boleh.
15. Katakan “TIDAK” sekiranya korang tidak memerlukan barangan yang ditawarkan. Jangan beli sebab kesiankan peniaga. Korang kena kesiankan kewangan korang terlebih dahulu.
16. Jangan berbelanja lebih terutamanya jika korang tidak ada kemampuan. Ikut bajet bulanan korang ye. Karang berhutang sampai ke tua korang juga yang susah.
17. Beli produk keluaran tempatan. Lagi jimat dan juga berkualiti. Sokonglah Barangan Buatan Malaysia.
18. Tak perlu korang nak urban ataupun nak nampak hipster ataupun up-to-date dengan trend terkini. Perangai nak semua benda yang baru, yang ikut trend terkini tapi berhutang. Ubah la sikit perangai tu.
19. Jangan membeli-belah dengan perut kosong yang kosong. Makan siap-siap dekat rumah.
20. Rancang tempat untuk membeli-belah bagi menjimatkan penggunaan bahan api dan masa. Belilah barang keperluan dengan sekali pergi sahaja.
21. Amalkan fikir sejenak 30 saat jika tidak ada dalam senarai perbelanjaan ataupun tangguhkan pembelian 30 hari jika melibatkan perbelanjaan wang yang besar.
Ini antara tips yang korang boleh jadikan panduan. Tidaklah nanti korang memberi alasan asyik tak cukup duit untuk menabung atau menyimpan je. Fahami dan lakukan. Dah tahu tetapi tak buat, tak guna juga. Ye dak? Nanti tak delah tengah bulan dompet korang banyak resit je daripada duit. Kah!
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.